Jom Follow

Isnin, 24 September 2012

200K KM.

Dah dekat 200K.
Sudah jauh keliling Malaysia.
Tapi belum puas kerja bersama ATM181.
Masih ramai yang menanti.
Masih ramai yang menunggu.

Minggu minggu depan dah kena servis.
Harap tak ada penyakit-penyakit lain.
Cukup sekadar tukar minyak enjin, jenama JTX1000.
Kena 2 tong dah cukup. Lebih jimat sikit.
Kalau guna minyak enjin shell, mau RM600.

Sejak dulu lagi aku setia dengan JTX1000.
Terpikat dengan prestasi dan penjimatan petrol.
Terasa save petrol.
Bukan aku saja yang setia, ramai lagi yang setia.
Setiap kali mahu servis mesti cari JTX1000.

Sekali guna JTX1000 pasti terpikat.
Next akan guna JTX1000 lagi.


Meter menuju 200K KM.

Singgah Pejabat Plus.

Balik dari Denai Alam.
Guna laluan Subang Airport.
Cdm Kuyah ajak singgah ke Pejabat Plus.
Nak kutip dokumen.
Harap dipermudahkan urusan dana.
Macam-macam boleh terjadi selagi belum transfer.

Join biz ini untuk bantu diri sendiri ubah hidup.
Kita usaha ubah hidup dengan dibantu oleh ATM181.
Proses tersebut lebih mudah bila dua-dua pihak saling percaya dan saling bantu membantu.
Kita juga kena ingat, rezeki seseorang tu tak sama.
Ada cepat. Ada lambat. Ada lebih. Ada sikit. Paling utama bersyukur dan usaha tanpa henti.

CDM Kuyah & Mala.

Bakal Haji Khairul Nizam Ishak.

Baru balik dari rumah Bakal Haji Tahun 2012.
Khairul Nizam Ishak.
Denai Alam.
Kami satu kereta dengan CDM Kuyah.
Sampai sana, semua dah sampai.
Lewat.hi!hi!hi!
Ziarah orang nak berangkat mengerjakan haji. Ada makan-makan. Pot luck, masing-masing bawa. Pulut pauh, nasi impit, behun goreng, nasi lemak....
Sempat lagi tu bergambar...Dah jumpa kaki meniaga. Tak boleh lari dari cakap-cakap biz. Produk baru yang bakal boom bang.
Bergambar bersama bakal haji. DDM Nizam dan Mertuanya.
Geng-geng yang hadir pun yang biz secara sepenuh masa.
Mereka yang kerja, tak dapat nak datang.
Mungkin lain kali boleh jumpa.

Bersama geng-geng lelaki....Azizi lewat, ada appt, selisih semasa kami bertolak balik. Dari kanan ke kiri; Syam, Jai, Nizam, Abg Zul, Aku.
Mereka akan terbang ke Madinah pada hari rabu jam 9 pagi.
2 hari lagi dengan penerbangan KT35.
Balik 11/11/2012.
Berada kat sana selama 47 hari.

Kami doakan agar mereka dapat haji mabrur.
Dapat jalani ibadat dengan sempurna dan lancar.
Selamat pergi dan selamat balik.

Breakfast Aku Hari Ini.

Harakah & The Star.hi!hi!hi!
Selepas hantar anak ke sekolah.
Breakfast dulu, ditemani oleh Harakah dan The Star.
Breakfast sekadar nasi lemak kerang & 2 gelas teh cina.
(Sejak amal Garam Buluh, dah berani bedal kerang).

Biz secara sepenuh masa.
Buatkan aku ada masa breakfast & baca paper.

Kelas Oh Kelas!

Kelas ahad. Tiap-tiap minggu buat.
Tiap-tiap minggu ada. Sejak 10 tahun dulu.
Dah ramai yang dapat manfaat dari kelas tersebut.
Dah ramai berubah hidup lantaran rajin ikuti kelas.
Dah ramai gengam impian, lantaran ilmu yang dikongsi.
Ramai anak-anak seronok bila ibubapa ikuti kelas, mudah dpt duit belanja.

Tak suka datang kelas pun ada.
Sikit halangan, sah-sah tak muncul.
Datang kelas, bila free sahaja.
Sepatutnya datang kelas, freekan masa.

Mereka yang attend kelas semalam. Ikut mentor dan guru kesanyangan mereka. Jai tak pernah ponteng kelas. Serapkan disiplin tentera dalam diri & groupnya. Kelas wajib kalau mahu berjaya. Kelas wajib kalau mahu berjaya lama-lama. Kelas wajib kalau mahu kaya. Kelas wajib kalau mahu berubah hidup.
DDM Azhar & Rakan kongsinya Shahruinizam Shuib. Dibakar & ditempa &diasah menjadi terbaik dalam ATM181. Rela diri dibimbing menjadi terbaik untuk hidup lebih wow!


Singgah Masjid UPM

Masjid UPM. Singgah solat maghrib semalam. Dah lama tak berjemaah kat Masjid ini. Banyak yang telah berubah. Imam dan bilal semalam dah tak kenal. Muka baru kot.
Jemaah solat maghrib semalam. Adalah sekitar 2 saf. Cuba bayangkan solat maghrib dan solat-solat lain macam solat jumaat. Ya Allah pilihlah aku untuk solat 5 waktu secara berjemaah di masjid @ surau. Aku respect siapa-siapa yang dapat solat berjemaah 5 kali sehari dah bertahun-tahun. Lebih-lebih lagi dapat takbirratulihram bersama imam.
Sangkut jam di Seri Kembangan. Salah buat perkiraan. Sepatutnya dari UPM menuju Kinrara aku ikut PLUS je. Terus keluar Bulatan Lumba Kuda. Lebih cepat...Nak buat macamana trafic light kong. Aku ke sana, hantar anak buah balik UPM.

Ahad, 23 September 2012

Open Day Branch Melaka

Semalam.
Sabtu.
22/9/2012.
Branch Hai-O Melaka.
Buat majlis 'Open Day' Branch Melaka.
Sempena siapnya wajah baru Branch Melaka.

Ala-ala lobi hotel gitu.
Nak tawan selatan, Branch juga mesti power punya.
Tengok dah terpikat, belum lagi info produk.

Kami pun pergi untuk memeriahkan suasana.
Walaupun kami tiba agak lewat, tapi sempat merasai kemeriahan majlis tersebut.
Bukan sengaja pilih lewat, tapi ada appt sebelum ke sana.
Ingatkan cepat habis. Rupa-rupanya 5 orang nak fitting FB.
Kami sampai, acara kudapan dan menanti cabuta bertuah saja.
Hampir jam 5 petang baru sampai ke Melaka Raya.

Ternyata lain sakan.
Berbeza dengan wajah sebelum ini.
Ground floor. Macam lobi hotel.
Level 1 dan level 2 tempat meeting.
Tapi semalam level 2, Hai-O buat booth untuk beberapa produk terhangat.
Demo kehebatan produk di setiap booth.
Siapa yang tengok pasti teruja dan tambah yakin lagi terhadap produk-produk Hai-O.
Aku sempat singgah/lihat kehebatan Sabun Garam Buluh.
Nasib baik aku dah lama guna.
Tentatif program semalam.
Wow! Ternyata wajah baru. Dari jauh dah nampak. Semalam siap ada 2 khemah.
Kaunter Hai-O, Branch Melaka. Ternyata berwajah baru. Masuk je, bangkitkan semangat pahlawan.
Sofa merah. Garang. Ummphkan daya juang.
Indah rak kaca. Tersusun produk Hai-O yang panas-panas.
Buah tangan siapa yang hadir semalam.
Makan dulu!!!
Wow! Sibuk register cabutan bertuah...
Level 1. Bilik meeting. Senang nak buat kelas. Free tak payah sewa tempat lain lagi.
Level 2. Booth produk terhangat dipasaran.
Salah satu demo yang aku tengok. Kelebihan sabun garam buluh. Selepas tengok demo ini, takut nak guna sabun-sabun lain.
Staff Hai-O sedang buat demo kelebihan Garam Buluh.
Sebelum bertolak ke KL. Sempat abadikan kenangan bersama GM Hai-O. Terima Kasih GM kerana bawa kapal Hai-O dengan baik.

Powered By Blogger