Jom Follow

Rabu, 26 September 2012

Mineral Kopi & BBplus.

Produk BBplus. Makin laris.
Makin dapat tempat dihati masyarakat.
Datang berapa banyak kat stokis, pasti habis dalam masa yang singkat.
Semalam pun banyak orang ambil BBplus.
Bukan sekotak beli.
4 kotak sekali gus.

BBplus.
Mineral Kopi.
Mineral kopi.
Hari-hari mesti kena.
Sekali kena, nak selalu.
Kopi garam buluh!!!
Hanya Hai-O ada kopi garam buluh.

Restoran Haji Sharin Low

Entri seterusnya hari ini.
Esok dah lewat.
Dah sejuk.
Nak kongsi ketika panas-panas.
Baru ada sudi tengok.

Dari Desa Putra.
Balik rumah.
Singgah melantak dulu.
Haji Sharin Low.
Terletak di tepi jalan menuju bangi.
Ikut laluan kg Abu Bakar Baginda.
Sebelah Perantau Hill.
Dari Bangi sebelah kiri,sebelum Perantau Hill.

Dah trend sekarang.
Ramai peminat masakan Cina.
Berlumba-lumba orang buka restoran jenis ini.
Ini pun dah cawangan ke berapa?
Aku x ingat nak tanya tadi.


Kami singgah sini. Ini kali ke dua.
Nasi Goreng Ikan Masin.
Sayur...X ingat apa namanya. Ada kacang & terung.
Ini pun sayur. Goreng telur masin.
Sotong celup tepong.
Tenang. X ada orang. Dah petang kot. Kami singgah sekitar jam 5.30 petang.
Tak ada idea.
Boleh datang sini.
Merasai kenikmatan masakannya.
Tapi kalau ikut penilaian aku.
Restoran Al-Munawarah lagi best.
Tapi menu tak berapa banyak kat Al-Munawarah.
Tapi apa-apa pun ikut selera masing-masing.

Selasa, 25 September 2012

Tukar & Cuci BA.

Kita teruskan perjalanan biz.
Hari-hari terakhir kempen LOPA.

Orang main bola.
Semakin menuju visel penamat.
Permainan semakin rancak.

Kempen LOPA pun sama.
Semakin menuju tempoh penamat.
Rancak!Rancak!Rancak!
Nak rest pun tak sempat.
Ada-ada je appt yang masuk.

Segala-galanya mungkin.
Mungkin awal bulan 9.
Peluang nak ke LOPA macam tertutup.
Tapi bila akhir-akhir rezeki mencurah datang.
Dapat tiket. Bukan 1 malah 2.

Jam 4.
Menuju ke Desa Putra, Sungai Merab.
Servis BA & hantar BBplus.
Tukar filter B & C. Filter A baru tukar so cuci.
Inilah rumahnya. Atas bukit. Dikelilingi kebun durian.Rumah banglo atas tanah lot. Tanah pemberian bapanya. Bapanya antara orang yang buka kampung tersebut. Jadi luas tanahnya. Depan rumah ini, ada satu lagi rumah banglow. Adiknya punya. Juga terserengam indah. Kalau beli sekarang kat sini satu lot mau RM1 juta.
Inilah rupa filter A setelah beberapa bulan diguna. Bandingkan dengan yang disebelah tu. Putih melepak. Kena guna filter bagi setiap rumah.Mesti guna. Tak kira jenama. Aku jual BA, aku galak pakai BA. Jangan jeles!!!
Tanah ayah bagi.
Dah jimat berapa RM?
Hanya kos buat rumah sahaja.

Kami juga berazam nak jadi macam bapa dia.
Boleh bagi rumah buat anak-anak.
Jadikan impian ini sebagai pengerak motivasi kerja.
Tak boleh rest selalu selagi belum tercapai impian tersebut.
Untungnya anak-anak kalau dapat.
Rumah 15 tahun akan dapat dah berapa harganya.
Bukan senang nak dapat rumah bagus dan lokasi ok punya.

Giant Batu Cave

Dah sampai Giant Batu Cave.
Ada customer nak PB.
Kali ini bawa Amar.
Jadi aku kena layan dialah.
Cdm Kartini selesaikan tugasan.
Aku bawa Amar pusing-pusing.
Tak bawa, kesian pulak.
Menangis nak ikut.
Lagi pun dekat dan hanya 1 appt je tengahari ini
Lepas ni terus balik rumah.
Tunggu appt seterusnya.

Pusat Kesihatan UPM.

Jam 8.20 pagi dah tercokoh di Pusat Kesihatan UPM.
Bawa anak buah jumpa Dr.
Semalam xcident.
Dah datang semalam.
Suruh datang pagi ni.
Nak x-ray.
Tangan tak boleh gerak....

Lepas ni.
Kena berdesup ke arah Gombak.
Ada customer nak fitting PB.
Hujung LOPA, permintaan semakin banyak.
Macam tahu-tahu je, sikit lagi nak lepas.
Kena usaha sendiri untuk layak.
Kalau mampu, buka line baru.
Tak mampu pun kena buka line baru.
Baru bertahan lama dalam dunia MLM.


Xcident!

Kereta anak buah:Xcident semalam. Jalan susur ke luar Hospital Serdang. Selekoh dekat kuih. Langgar kereta parkir tengah jalan. Orang India pi kuil.
Perkara yang kita tak ingini.
Tapi malang tak berbau.
Xcident.

Nasib baik.
Ketiga-tiga tak ada yang cedera.
Cuma luka sikit-sikit.

Kita berhati-hati.
Orang lain pula yang cuai.

Apa-apa pun.
Bacalah doa naik kenderaan.


Isnin, 24 September 2012

Kajang!

Taman Teknologi Kajang.
Pekena chow koew teow dulu.
Datang ambil roadtax Myvi.
Urusan roadtax kawan yang urus.
Nasib baik lepas.
Saman memang ada tapi belum disenarai hitam lagi.
Save bajet seketika.


Powered By Blogger