Jom Follow

Isnin, 2 Julai 2012

AKademi Taipan181...


Hi-Tea, originally uploaded by kartinimatyaakob.

Aku bangga dengan Akademi.
Aku sayang Akademi.
Aku berteduh dibayang Akademi.
Aku perkuatkan kekuatan Akademi.
Aku perteguhkan keteguhan Akademi.

Ramai yang mencemburui kejayaan Akademi melahirkan usahawan hebat...

Bertemu Mentor!!


Hi-Tea, originally uploaded by kartinimatyaakob.
Wow!
Aiman bersama Mentornya...
Belajar dulu, lepas belajar buat bisness.
Baru jadi kaya. Biarlah kaya harta asal kaya hati...
Bukan kaya di dunia sahaja tetapi juga kaya di akhirat.

Akademi Taipan181. 

3 Jejaka

Datang kelas, kita buka kedai. Bila buka, insyaalah adalah hasilnya. Tak sikit, banyak. Kalau tak datang kelas, kedai tutup. Sah-sah tak ada sales. Seorang dari Penang, Seorang dari Bukit Puchong, seorang dari Puncak Alam. Seorang dah CDM.  2 lagi belum. Bertemu USJ 9 @ USJ Taipan. Tunggu kelas mula. Sempat dulu kutip ilmu. Niat yang satu, memajukan diri dan keluarga serta seluruh rakyat Malaysia. Kami bangga dengan mereka ini. Tak jemu-jemu datang kelas. Lepas kelas kongsi pula dengan orang lain. Kahidupan mereka semakin sempurna. Sikit-sikit masalah kewangan selesai. Kehidupan semakin makmur. Semakin ramai yang kena tempiasnya.

Kami G Hi tea...

Kami abadikan foto ini semasa hadir ke Majlis Hi tea, Akademi Taipan181, pada 1/Julai/2012 di Hotel Quality, Shah Alam. Masa untuk anak-anak. Makan dengan anak-anak. Cakap dengan anak-anak.Bergurau dengan anak-anak. Bukan selalu dapat begini. Bila ada peluang sahaja. Peluang ada bila kita mencarinya.

Ahad, 1 Julai 2012

Hi-tea, Akademi

Agenda kami petang tadi.
Hadirkan diri ke Majlis Hi-Tea, Akademi Taipan181.
Nak kami kongsi sedikit dengan anda semua..
the Gardenia coffee house. Quality Hotel Shah Alam.
Akademi Taipan181. Akademi MLM, kian unggul di Malaysia. Akademi kian harum. Akademi kian menjulang tinggi. Dah macam magnet. Kuat tarik orang masuk..
 
Tersusun menanti dibelasah oleh warga akademi. Licin...
Bukan setakat melantak saja tapi ada juga beg dan La Praise bagi yang qualifier ke Guangzhou. Kali ini beg bagi awal-awal lagi. Biasanya masa nak fly baru bagi. Dah ada pembaharuan.
Wow! Guangzhou....
Tahniah Mohd Ridwan telah melayakkan diri ke Guangzhou.
Wow! Hebat!Teruja tengok. Terbakar! Kenapa ada yang boleh.Ada yang tak boleh.
Guangzhou dari atas pun ada. Ini dah betul-betul hebat...Akademi..hi!hi!hi!
Guangzhou atas tangga....Akademi semakin ramai pengikutnya.
DDM Norkamisah & Suami. Datang dari Melaka. Tahniah. Pengorbanan akan dapat hasil yang setimpal.
Dari Penang. CDM Fitri jadi emcee majlis Hi-tea.
CDM Kartini bagi sedikit kata-kata semangat dalam majlis Hi-tea.
CDM Faridah & CDM Kuyah.
CDM Muhammad Razali, CDM Dzul...
Puas hati.
Dapat makan.
Dapat kenal-mengenal.
Dapat ilmu.
Dapat semangat.
Dapat sembang-sembang.
NO CBEG.

Pesta Buku Selangor 2012.

Salam.
Bertemu sekali lagi hari ini.
Kali pertama @ kali ke-2.
Aku tak berapa ingat..

Tak apa, berapa kali pun aku tak kisah.
Asalkan aku masih ada kesempatan mencatat.
Sejarah aku sebagai seorang network.

Tak payah nak pusing-pusing.
Tulis apa yang nak tulis.
Mudahkan. Jangan payahkan.
Semalam aku ke Pusat Konvensyen Shah Alam.
Ada Pesta Buku Selangor 2012.
29 Jun - 9 Jul 2012.

Nasib baik dah gi semalam.
Kalau tak, hari ini penuh sakan.
Susah nak pilih buku.

CDM Kartini & Aiman dipintu masuk Pesta Buku Selangor 2012.

Aiman; kiri, kanan tangan ada buku pilihan. Membaca Amalan Mulia.

Booth Karangkraf. Pelbagai pilihan buku dan majalah. Pilih saja. Jangan sayang duit nak beli buku. Tambah ilmu sebagai pelaburan jangka panjang. Berbaloi...
Booth banyak.
Buku-buku melayu banyak.
Buku kanak-kanak banyak.
Buku-buku komik banyak.
Buku-buku agama banyak.
Buku-buku motivasi banyak.
Buku-buku biografi banyak.

Aku seronok sakan.
Boleh tahan nak pilih.
Boleh tahan nak baca.
Boleh tahan nak beli.
Asalkan poket tebal.
Asalkan poket berisi.

Aku borong sakan.
Aku sapu sakan.
Buku-buku puisi....
Keluaran DBP jual dengan harga RM4 sahaja...
Semakin bertambah koleksi 'Rumah Buku'.

Jom bawa anak.
Jom bawa diri.
Beli buku. Beli buku.Beli buku.
Banyak tersedia....

SRI TTDI: Cari Bubur!

Lepas zohor semalam.
Misi alan-jalan cari makan, tambah lemak dan tambah gula.
Cari bubur dan mee celupserta seumpamanya.
Dari Taman Bukit Kinrara menuju ke TTDI Jaya.
Bersama CDM Kartini dan Aiman.
Masing-masing memang kosong isinya. hi!hi!hi!
Inilah kedai tersebut. Deretan kereta. Customer pun ramai. Kalau tengahari nak parkir pun susah.
Sri ttdi, nama kedainya. Buka 2 pintu, dulu lagi dasyat 3 pintu.
Sebahagian bubur yang terdapat di sini. Peminat bubur jangan lepaskan peluang hebat. Nak sedap lagi cicah roti...roti bawa sendiri.
Bubur pilihan utama...
Wow! Sedap! Terangkat! Tak berapa manis..
Mee celup...Boleh dipertingkatkan lagi mutu kesedapannya..
CDM Kartini & Aiman...
Aku rasa tak salah pilih kedai.
Macam-macam ada, tapi aku tak rasa pun lauk pauknya.
Tengok pun aku dah dapat rasai kesedapannya.

Pasal buburnya memang sedap.
Ada 8 jenis bubur, buleh tahan nok makan.
Semalam 3, jenis bubur aku bedal.....
RM2.50 satu mangkuk bubur..

Mutu masakan dah sedap...
tapi kalau kedai/lantai lebih bersih lagi bagus.
Lagi ramai customer datang....
Pekerja perlu lebih mesra customer.
Baru ok...Pekerjanya rata-rata dari Thailand.
Tokeynya mungkin dari sana juga.
(kebersihan x dititik berat)
Mungkin ini salah satu sebab dari 3 pintu, jadi 2 pintu.
hi!hi!hi!hi!

Akademi Taipan181.

Powered By Blogger