Jom Follow

Rabu, 21 November 2012

Kreatif Pecah Pasaran.

Ha!ha!ha!
Petang ini apa pula cerita.
Gambar Majalah Terbaru Q & A.

Aku tak nak cite pasal Majalah ini.
Aku pun tak pernah beli.
Tapi pagi tadi aku beli.
Aku beli semasa aku sedang minum pagi,
 di Restoran Bintang Tujuh di Batu Cave.

Tiba-tiba datang si penjual majalah ini.
Biasanya mereka jual buku-buku keluaran syarikat Direct Selling(x ingat nama).
Tapi kali ini, si penjual ini, jual majalah-majalah agama.
Antara majalah yang dia bawa, Solusi, Q & A serta Bersama Ustaz(kalau x silap aku).
Terkejut juga aku. Majalah-majalah ini boleh dapat dengan mudah di kedai Majalah @ Kedai runcit.

Fenomena ini baru bagi aku.
Tak pernah jumpa, tapi penduduk sekitar Batu Cave biasa jumpa.
Aku sempat tanya.
Satu majalah berapa dapat?
Lebih kurang RM3.
Satu hari biasa berapa majalah dapat jual?
Lebih kurang 30 buah majalah.

Lebih kurang RM90 sehari.
Itu congak-congak aku.

Tak sempat nak sembang lama.
Nama pun tak sempat tanya.

Dia pun nak cepat.
Bagi aku, dia kreatif cari pasaran.
Pasaran dahagakan ilmu agama.
Dia bawa majalah keagamaan.
Kalau memang dah selalu beli.
Bila dihulur majalah tersebut, 
lagi pun keluaran terbaru pulak.
Customer tak akan menolak.
Boleh baca sambil minum.
Taklah kosong sangat masa.
Majalah ini isinya ringan.
Syam bawa jumpa kawannya.

Selasa, 20 November 2012

Cek Bonus Hai-O, 15 Tahun Dulu.


Cek Hai-O Marketing Sdn Bhd bertarikh 13, Januari 97.
Jumlahnya; RM43.50
Bonus untuk bulan Disember 96.
Cek ini dah 15 tahun...

Cek ini atas nama; Sukiman Zakaria. Aku punya abang. 
Tapi dah meninggal.

Aku pun x tahu, macamana cek ini boleh berada dalam simpanan aku. 
Sayangnya cek ini terconteng. 
Ada bahagian yang tak nampak. 
Tak nampak, aku masih sayang..

Mungkin beliau tak capai CDM.
Tapi mana tahu, anak-anaknya akan teruskan perjuangan yang beliau mulakan.

Sejak dulu lagi.
Bonus tak pernah miss, kalau buat...

Kesiannya Kuda Aku.

Kesiannya. Kalau hujan malam. Pagi ginilah aku punya kereta. Parkir bawah pokok. Kena pula time daun gugur, lagi banyak.

UPSR; 5 A.

Tahniah.
Dapat semua A.

Tahniah juga.
Tak dapat semua A.

Nak minta kerja tak perlu tunjuk slip UPSR.
Jangan sedih bagi yang gagal dapat semua A.

Nak minta loan kereta/ loan biz/ personal loan/
Slip upsr bank tak nak tengok.

Apa yang aku harapkan.
Teruskan belajar untuk cemerlang sepanjang hayat.
Bukannya sekadar cemerlang di peringkat upsr/pmr/spm.

Dunia semakin banyak persaingan.
Cepat ambil peluang, akan berjaya.
Berani rebut peluang, akan berjaya.
Bijak pilih peluang, akan berjaya.


Isnin, 19 November 2012

Aroma Hijrah.

Lokasi makan malam. Restoran Aroma Hijrah. 
Pilihan aku sekeluarga. Maqlubah &kambing kabshah jadi sajian.
Dah kali keberapa aku ke sini tapi dah tak ingat. Paling penting sedap.
Sape-sape yang tak pernah ke sini. Sila cuba masakan arab di sini.
Bandingkan dengan restoran masakan arab yang lain.
Pasti ada perbezaannya, kalau tak mana mungkin aku kerap ke sini.

Biz besar-besar.
Biz sedang jadi.
Pasaran makin luas.
Permintaan semakin kencang.

Ahad, 18 November 2012

Mana-mana Boleh Berguru.

Berguru dengan Hj Mohd Kamel.
Dapat ilmu percuma/
Ketika menikmati capati disalah satu gerai di Pasar Tani Shah Alam.
Haji Mohd Kamel duduk sebelah.
Juga datang untuk menjamah capati kat sini.
Sedap & lembut. Customernya jangan cakap. Penuh.

Haji Mohd Kamel.
Umur dah 71 tahun. Dah 15 pencen. 
Menetap di Seksyen 10, Shah Alam.
Masih sihat. Selalulah berdoa agar Allah beri kesihatan yang baik.
Selalu berkebun sekitar rumah. Corner Lot ada ruang untuk aktiviti tersebut.
Kat Rembau, ada kebun juga. Selalu balik.

Soal duit muit & harta.
Jangan mudah percaya pada seseorang.
Hatta adik beradik sekalipun.

Tarian Naga.

Tonton tarian naga.






Powered By Blogger