CDM ZAITON BINTI MAT NOOR.
BISMILLAHIROHMANIROHIM..
ROBBISROHLI SODRI WAYASSIRLI AMRI WAHLUL UKDATAM MILLISAN NI YAFKOHU KOULI.
ASSALAMUALAUKUM W.B.T
Terima kasih kepada pengurusi majlis YANG AKAN TERUS MENCERIAKAN MAJLIS penganugerahan SM & SSM KALI KEDUA BAGI KAWASAN LEMBAH KLANG UNTUK TAHUN 2009
Yang dihormati LAGI DI SEGANI Encik. Tan Kai He selaku PeNgarah Urusan Hai-o Enterprise Group Berhad,
Tan Sri Osman S. Cassim Pengerusi Hai-o Marketing Sdn. Bhd.
Pengarah Urusan hai-o Marketing EN.Eng Lip Yong.
en jim oww pengurus besar hai o marketing sdn bhd
pengurus pemasaran encik tajudin ali serta
semua dif-dif kehormat para jemputan yang hadir pada malam yang penuh gemilang ini.
yang di KASIHI barisan pemimpin-pemimpin CROWN DIAMOND MANAGER. terutama mentor dan sifu usahawan JUTAWAn hai-o, CDM chem thiam chai , CDM chem thiam hock,
CDM Zulkifli Sohor, CDM Hamdan kamarudin, CDM Kartini mat yaakob . CDM Kamarudin Mamat, CDM Julianie mohd bastaman,
CDM Zulkornain ahmad nasir, cdm faridah mohd ali,
serta semua crown diamond manager yang hari ini berjumlah lebih 200 orang.
double diamond manager, diamond sales manager , senior sales manager, sales manager .serta hadirin hadirat yang sudi hadir pada malam yang penuh gemilang ini.
Sekalung TAHNIAH juga di tujukan kepada semua penerima anugerah SM & SSM usahawan Hai O yang diraikan pada malam ini.
semoga anugerah yang di terima menjadi pemangkin kepada kejayaan seterusnya, jadikan Kejayaan hari ini sebagai langkah permulaan untuk anda terus berusaha segigihnya
kerana perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang pertama . percayalah kita tidak akan gagal kecuali apabila kita mengalah. dan kita tidak akan tewas kecuali kita menyerah.
bersama hai-o kita menyanyi dengan lagu yang sama,kita berdendang dengan irama yang serupa dan kita menari dengan rentak yang tidak berbeza.
untuk berjaya dan menjadi kaya di haio peganglah pada prinsip ini . memberi baru kita menerima dan membina baru ia membangun
HARI INI KEHEBATAN HAI-0 usah di pertikaikan lagi . tahun ini sahaja WALAUPUN BARU SUKU TAHUN PERTAMA KITA LEWATI
TETAPI HAI-O TELAH MENGADAKAN EMPAT MAJLIS PENGANUGERAHAN
YANG BEGITU BERPRESTIJ SEPERTI MALAM INI.yang DI KHASKAN KEPADA
SEMUA PENGEDAR HAI-O TANPA MENGIRA PANGKAT DAN KEDUDUKAN ANDA di luar sana.
.
pengiktirafan sebegini kita tidak akan dapat di tempat kerja kita.dengan peluang kenaikan pangkat yang begitu mudah .
di samping insentif-insentif seperti tabung kereta dan bonus wawasan yang begitu lumayan inilah juga antara rahsia kenapa haio hari ini menjadi begitu hebat dan di geruni oleh syarikat-syarikat multilevel lain di luar sana.
Para hadirin yang dikasihi sekalian…
.
2 tahun yang lalu.di majlis yang sama seperti hari ini dalam dewan dan di pentas inilah yang menjadi sejarah yang terpahat kukuh ibarat ukiran pada batu . di mana ketika itu cdm Faridah Mohd Ali menjadi speaker mungkin ucapan beliau pada orang lain biasa
tetapi pada saya satu Gegaran semangat yang menggetarkan seluruh urat saraf dan denyutan nadi saya ketika itu
apabila dalam ucapan beliau mengatakan
bahawa tahun 2007 ini akan lahirlah seorang crown diamond manager dari golongan pasar malam
Syukur alhamdulillah hari ini CROWN DIAMOND manager YANG DI MAKSUDKAN tersebut berdiri di hadapan anda bukan untuk menjual barang 3 -10 3 -10 tetapi untuk berkongsi peluang dan semangat dengan anda akan bisnes hai-o yang cukup hebat ini.
saya crown diamond manager zaiton mohd noor anak kampung kelahiran Sungai Besar, Selangor.
se awal usia 18 tahun Datang berhijrah ke ibu kota semata-mata mencari rezeki sesuap nasi untuk meringgankan bebanan keluarga
dengan hanya berbekalkan sijil SPM gred 3 . saya hanya layak bergelar operator pengeluaran di sebuah kilang elektronik. Bergaji RM250 sebulan, peritnya terasa . namun untuk selesa jauh sekali.
Bertemu jodoh dengan suami tercinta bakal CDM Mohd Razid b. Yunus
seorang peniaga pasar malam yang boleh di katakan agak berjaya. di sinilah bermulanya kerjaya baru saya sebagai peniaga pasar malam yang bertahan selama 15 tahun.
Pendapatan kami biasa-biasa saja namun setiap bulan mencecah lima angka
ingatkan inilah kerjaya saya seumur hidup
. Syukur Alhamdulillah kami bahagia, ekonomi keluarga stabil.
Telah dikurniakan lima orang cahaya mata, Nur Zafirah, M.Jamal Fikri, Nur Afifah, M.Iman Hafizi dan M.Iffan Hafifi.
namun ku sangka panas hingga ke petang .rupanya mendung mula menampakkan diri walaupun hujan belum mencurah keadaan ini berlaku apabila pasar raya besar mula tumbuh bagai cendawan
te rutama di kawasan lembah klang
ini memberi tempias kepada kami peniaga-peniaga pasar malam .
Hari demi hari pendapatan kami mula menguncup setiap bulan. berbagai perniagaan direct selling saya cuba sebagai alternatif menambah pendapatan
.
Duit tabung hampir habis saya gunakan sebagai modal
menjadi stokis beberapa produk kesihatan dan kecantikan
namun tiada satu pun yang serasi. ‘
sejarah bersama hai-o bermula apabila seorang pelangan datang membeli barang sambil menunjukkan peluang perniagaan yang luar biasa hebatnya. Terimakasih kepada pasangan CDM Julianie dan CDM Zulkornian. Budi dan Jasa kalian hanya tuhan yang mampu membalasnya.
9 bulan bersama hai-o saya berjaya di nobatkan sebagai crown diamond manager Kini 2 tahun bersama Hai O Markerting saya telah merasai kembali pendapatan lima angka setiap bulan. Kereta lama dan van pasar malam telah bertukar ke Mercedez Benz. Dahulu rumah hutang dengan bank tapi kini dengan haio segala hutang kami langsaikan .
Dahulu tidak pernah melancong keluar negara tapi sekarang bagai mimpi jadi realiti. Bermain salji di KOREA , melancong ke PARIS, SYDNEY dan MENUNAIKAN UMRAH semuanya percuma.patutlah orang selalu kata hai o ni. . hidup amat indah olright. memang bertepatan
Jutaan terimakasih tak terhingga kepada suami yang banyak memberi sokongan, galakan dan bimbingan. Pengorbanan yang terlalu besar darinya untuk sama-sama berjuang di haio dengan meletakkan jawatan 24 jam
untuk merubah kehidupan dari dunia perniagaan ‘pasar malam’ selama 22 tahun kepada perniagaan MLM. Saya sangat kagum dengan keputusan yang dibuat kerana beliau telah membina perniagaannya lebih 22 tahun tapi Kerana sifat tanggungjawabnya terhadap rangkaian kumpulan yang sedang berkembang dan dalam MLM segalanya tidak mustahil.
Restu dan Doa arwah ayah, ibu dan mertua yang mengiringi per-jalanan perniagaan saya serta perhatian dan kasih sayang arwah ayah yang meninggal Ketika saya baru hendak merasai kemanisan dalam perniagaan ini menjadi pembakar semangat
KEPADA ANAK-ANAK TERIMA KASIH KERANA MEMAHAMI PENGORBANAN MAMA. APA YANG MAMA LAKUKAN SEGALANYA UNTUK KEBAHAGIAAN KITA SEKELUARGA
KEPADA SEMUA STAF-STAF SYARIKAT HAI-O MARKETING TERUTAMA MISS FLORENCE.MISS TAN SIEW ZIE. EN CC TAN EN HASRUL HISYAM DAN SEMUA KAKITANGAN HOM YANG MENJALANKAN TUGAS BEGITU CEMERLANG DAN DEDIKASI . HAI-O HEBAT KERANA ADANYA PEKERJA-PEKERJA YANG HEBAT SEPERTI ANDA .TAHNIAH.
KEPADA CDM HARYANA DAN CDM HARYATI SERTA SEMUA RAKAN-RAKAN CDM SERTA SEMUA RAKAN-RAKAN KONGSI KUMPULAN TAIPAN KITA SEMUA TELAH BERJANJI UNTUK BERSAMA DAN BERSATU DI BAWAH SATU BUMBUNG 181. IMPIAN DAN HARAPAN KITA BUKAN SATU MIMPI SEBALIKNYA PASTI AKAN MENJADI SATU REALITI.
KEPADA STOKIS KENNY DAN NG TERIMA KASIH KERANA MEMBANTU KAMI DALAM MELANCARkan perniagaan kami..
dan untuk semua
telus baru kita dapat fulus
TOGETHER WE ACHIEVE, STRIKE FOR SUCCESS
HAI-O MY CHOICE FOR LIFE
Para hadirin sekalian ……
Kejayaan dalam usahawan MLM boleh dirasai oleh semua golongan dan lapisan. Kejayaan usahawan MLM juga bukan kerana kehebatannya sendiri. Namun kehebatan usahawan MLM lahir bila usahawan MLM dapat melahirkan ramai usahawan MLM berjaya sepertinya.
Para hadirin yang dikasihi sekalian..
Miskipun ramai orang dalam kebimbangan kerana negara dalam kejatuhan ekonomi yang begitu teruk sekali. Banyak juga syarikat sedang mengurangkan pekerja dan masa bekerja. Namun perniagaan MLM terus pacu pertumbuhan Hai O. Banyak syarikat lain telah mengurangkan perbelanjaan pengiklanan dan promosi produk mereka, sebaliknya OSK research berkata, Hai O telah memilih memperuntukkan perbelanjaan besar untuk mewujudkan kesedaran terhadap produk-produknya. Contohnya papan iklan BioAura dan Beautiful yang masih terpapar disepanjang lebuh raya, iklan BioAura di TV3 dan TV9.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan