masih lagi kat hospital colombia asia puchong. anak dah 3 malam, tapi kami baru 2 malam tidur kat hospital. nasib baiklah beli pruBsn. dapatlah dok kat sini. tambahan pulak agen yang beli, terus datang keesokannya. servicenya cukup baik. dalam 6 jam je dah sampai hospital. kami beli pun kerana servicenya cukup bagus, dah ramai yang dok cite. tak dengar pun apa plannya cuma tahu servicenya bagus. bayaranya bulanannya boleh tahan juga tapi masih dalam kemampuan.
kat sini pun pasal service juga saya nak sentuh. dalam mlm service penting. penting keservice? siapa perlu diservice? kalau jumpa apa yang perlu dicakap? upline aku pun tak pernah service aku, buat apa service dline? inilah beberapa persoalan berkenanan service.
ada juga kita pakai follow up. ada beberapa bab follow up. baru masuk, lama masuk, leader, prospek baru. prospek baru, mesti follow up dalam masa 24 jam. kalau tak dah sejuk. melepas begitu sahaja. bersemangat macamana pun prospek, kita mesti follow up. kalau dline kita tak mampu follow up, kita sebagai upline mesti follow up sendiri. bukan susah pun, call je. kita kena ingat kadang-kadang dline kita malu nak wak kerjatu. malu dan segan, terutamanya orang baru dan tak tahu nak cakap apa. sebaik-baiknya kita ajar bagaimana nak buat follow up. jangan main suruh je, ajarnya tidak. kadang-kadang mereka ni berani call sekali je, kalau tak jadi mereka dah tak pandai pujuk lagi. jadi kerja kitalah selepas tu. seboleh mungkin ajak mereka datang kelas.
orang baru lagi kena follow up. perkara pertama yang selalu kena cakap.puji dia. dia hebat. dia boleh buat. bukan payah pun mlm ni. kita sharing peluang je. kalau orang tak nak cari lain. tak payah pikir orang tak nak. ini dulu yang kita selalu tanam dalam minda orang baru. lepas tu kita perkukuhkan impian dia. dia boleh capai semua impian hidupnya. malah kalau bersama taipan impian tersebut lagi cepat dia capai. lakarkan impian. kereta apa yang dok mimpi-mimpikan. kalau boleh bawak g kedai keta, ambil gambar bersama dengan keta impian. lagi cepat capai dari dok koya je. berapa banyak simpanan yang dia mahu. rumah bagaimana dia nak dan melancung kemana dia impikan. lakarkan impian ini bersama dia. lagi jelas impian, lagi cepat dia boleh capai. ramai yang tak capai, impian kabur dan tak bersungguh nak capainya. dok pikir kelemahan diri dan terikat dengan kegagalan semalam. atau dah buat dulu tapi tak capai pun. bukan setakat tu je ramai orang berimpian tak capai pun. tak apa ambil masa lama sikit, separuh hari pun tak apa. banyak impian pun tak ada masalah, cecah 150. biar dia betul-betul yakin boleh capainya. tulis cantik-cantik. tulis 3 impian terhebat dan sentiasa bawa bersama-sama. baca sentiasa. pagi baca, tengah hari baca, petang baca, malam baca, nak demo baca, lepas demo baca, nak meeting baca, lepas meeting baca. semakin kerap baca, keyakinan diri semakin meningkat dan semakin pasti kita boleh mencapainya. bila yakin boleh mencapainya, kualiti kerja pun meningkat. lebih rajin, tak tahu penat, lebih bersungguh-sungguh, lebih tekun, tahan cabaran, lebih gembira lagi, tak merungut, seminar selalu datang.
apa yang terjadi, impian dline, upline tak lakarkan. tunggu dulu. biar berniaga lama sikit dan pangka naik dulu. itu silap. hari pertama dia masuk, kita dah lakarkan impian bersama-sama dia. impian ini akan jadi bos dia. kerja pun tak payah suruh. kalau malas datang, ingat pada impian, semangat juang datang semula. seseorang ada impian jelas, kemalasan tak akan hinggap orang ini. mereka boleh tepis. apa yang berlaku ialah impian dilakar sekadar suka-suka je. orang kata lakar, dia pun lakar. dalam hati dok kata tak dapat, tak boleh, dok ragu-ragu. buat mlm pun sekerat jalan jelah.
saya sendiri masih ada lagi impian yang nak dicapai. nak ada simpanan 10juta dan aset-aset lain 30 juta. pasif income cecah rm 20k sebulan. masa tu, tak kerja pun tak apa. pakai duit yang ada dan dari pasif income. itu kalau nak cite pasal duit. nak lahirkan 1000 cdm bertaraf jutawan juga dalam impian yang nak dicapai. mustahil ke. saya yakin selagi saya bersama/ menumpang taipan ini tak mustahil boleh capai. cuma masa je yang akan menentukan. inilah sebabnya semangat juang tak pernah luntur. otak sentiasa jalan, dok pikir apa lagi aktiviti yang boleh dibuat untuk mencapainya.
bertemu anda dipuncak kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan