tempat: TTC 1
MC : DSM Wahidan
CDM : CDM Rosniza
saya perturunkan serba ringkas kelas pengukuhan hari ini. ini slot cdm rosniza. masuk tahun 2006. jadi cdm setelah bertahan selama 2.5 tahun. dari kuala selangor sanggup datang ke USJ, semata-mata nak berjaya. pengorbanan mesti dilakukan kalau mahu berjaya. kawan lama yang ajak. kerjaya sebelum ni kerani kat syarikat kontraktor dan agen insurans dan sekarang sepenuh masa dengan hai-o dan taipan 181. masuk hanya rm 30.00. nak masuk lebih memang tak mampu, tapi nak lebih memang mahu,senyap dulu, datang kelas jelah yang boleh buat masa tu. perhatikan MP. lama-lama terpikir tak akan datang kelas boleh jadi kaya. kena buat sesuatu. buka mulut je. beranikan diri untuk offer MP dulu. keputusan memberanikan diri itulah membawa titik permulaan menuju kejayaan.
bulan pertama = RM 226
bulan ke2= RM 36
bulan ke3= RM 6300
selepas tu tak perlu catat, jumpa, tanya dan tengok sendiri salinan ceknya. kalau dia bagi. tak bagi tak apa, itu hak dia. ini dengan strategi dulu. tapi dengan strategi terbaru lagi boleh. boleh dan lebih mudah. cepat dan menyeluruh. nak berjaya buat, bertahan, bertanya, berkawan dan berjaya.
mula-mula meniaga, ramai yang masuk tapi mati, koma dan tak nak buat. dengan ada strategi baru ini bolahlah call balik.
"ada hal penting aku nak cakap dengan kau". ayat sebegini boleh guna nak tarik perhatian. dah 2,3 orang, berjaya dihidupkan semula denagn ayat tadi. boleh jumpa dan setuju dengan projek ini. mudah dan praktikal.
jumpa stranger, kalau tak nak, terus next je. tak payah tunggu lagi. kalau dia tak nak masuk, ramai lagi orang kat luar sana nak masuk. kita tak rugi apa-apa kalau prospek stranger tak masuk.
ada juga yang kata hai-o ni penipu.
betul ke hai-o ni penipu? yang penipu tu orang, bukannya hai-o.
kenapa bodoh sangat, sampai kena tipu tu kenapa?
apa penipuan yang dia tahu? tanya balik
nak berjaya kena berani buat closing dan tegas. bila dah nampak prospek dah nak. cepat-cepat buat closing. jangan pulak tak sampai hati.
"boleh jujur tak dengan saya, akak/abg ada duit tak sekarang?" terus tanya
" kat bank tapi buku tak ada". kalau gitu esok pukul 10 saya datang ambil, kita g bank. esoknya tak payah lagi call. pukul 10 kita mesti sampai depan rumah. kalau dia tak siap, kita tunggu. jangan bagi dia buat alasan. tak payah call dulu, datang je terus. kalau kita call, itu tandanya kita nak dengar alasan yang dia akan beri. proses penundaan akan berlaku. esok!esok!esok! dan akhirnya tak jadi. lama fikir, ramai yang tak jadi.
kalau dia ada hal jam 12 katakan.
' g sekarang, cepat kita balik dan ada masa nak selesai hal tersebut".
tak kesian ke buat macam tu?
kita kena pikir masa depan dia, bukan kesian masa sekarang. kesian 5 tahun akan datang, kalau tak berubah lagi teruk tau. pendapatan sekarang mana cukup untuk kehidupam 5 tahun akan datang. kita tolong/bantu/bimbing dia buat income. lagi besar income lagi senang hidup. pikir positif. kalau boleh masa tu jugak tanya bila nak mula meniaga. lagi cepat, lagi bagus dan cepat penuh TT.
macamana pulak kalau ada pikir/ nak pikir?
kalau macam ini kita g jumpa semula, tanpa bagi tahu dia. biar terkejut sikit.
"ada apa-apa yang boleh saya terang sekali lagi?" tanya dia.
kalau nak beritahu pasangan?
" biar saya sendiri jumpa dia dan terangkan pada dia. kalau dia nak marah pun biar dia marah saya. kot-kot salah paham bila awak terangkan sendiri pada dia."
susah nak ajak orang datang meeting buat pertama kali. janji dengan dia dan bila tiba masanya g lah rumah dia. tunggu dia kalau lambat, kalau ada hal tunggu dia lepas buat hal tersebut. ini pun kalau dia tak sms tak jadi sebelum tu. jangan tanya dulu jadi tak malam ni. memang tak jadi jawabnya.
dah masuk dan alasan tak ada orang nak jumpa.
mintak nama kawan dan no tefpon. kita call depan dia terus. nampak sikit kesungguhan kita nak tolong dia. kena buat sampai tahap ini. pujilah dia sikit-sikit, dia boleh buat dan boleh berjaya.
serba sedikit kelas pengukuhan hari ini. ayat-ayatnya tunggang tebalik dan diharap anda pahamlah maksudnya. kalau tak berapa paham tanya. jumpa anda dipuncak kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan