ini sambungan cite dulu-dulu. tak habis lagi. orang sama kata tak boleh dan orang sama kata boleh. boleh tau tak boleh bergantung kepada semangat kita je. upline datang mula-mula tu, kami tak berapa yakin boleh tapi kali 2, kami yakin boleh. mungkin cek yang dia tunjuk. dalam tak yakin, kami test dulu. jumpa dulu beberapa prospek. dalam hati dah nekad, kalau orang tak nak, kami pun tak nak buat. bila itu dah ada dalam hati, kami dah hantar massage negatif pada prospek. ini pun masih berlaku pada kita. nak tunjuk orang dulu,kalau ada orang nak masuk dia pun nak masuk. projek baru ni pun nak masuk terus dengan 6 orang. tak cukup tak nak.
selepas kedatangan kali ke2, kami pun setuju. syarat pun lebih ketat. mesti pakai dulu baru boleh berniaga. pakai dulu, bayar bila dapat bonus nanti. bulan pertama mesti naik sm. itu syarat dia. kami setuju, lihat potensi yang ada dalam meniaga mlm ini. tambahan pulak upline dah booking honda crv. mereka boleh, kami pun boleh. sebelum buat mlm ini kami dah kenal mereka. sama-sama berniaga, berjualan di ekspo-ekspo, car boot sale dan mana-mana tempat orang ramai ada. kami dengan mereka tak ada bezanya. mereka percaya lebih dulu dari kami je. kami lambat percaya, tunggu bukti lebih baru nak percaya.
saya masih ingat, beautiful dijual dengan rakan-rakan sekolahnya. set yang terakhir saya ingat, kat johor lakunya. kat felda simpang waha. kawan masa belajar kat upm dulu. dapat juga jual 10 set. lega dan dapatlah bayar beautiful. masa itu dah ada beberapa sideline yang dah lama buat, dok tanya macamana buat beautiful. mereka tak boleh nak jual. satu set pun susah. kami boleh jual sampai 10 set sebulan. income masa besarlah kalau nak dibandingkan dengan mereka yang buat produk ubat-ubatan. rahsianya ialah kami hanya buat satu produk je. laku tak laku mesti laku. jadi tak jadi mesti jadi. kena cari jalan juga. otak kena bejalan. apa yang kita fokus kita pasti berjaya.
buat gila-gila, bulan k3 dah naik dsm. bulan november masa tu. terkumpul 90 set beautiful. boleh bila, kita betul-betul nak. tak pikir lain. rakan kongsi masa tu ramai kawan-kawan sekolah je. semua tu dah mati, tak ada yang hidup lagi. mereka ini generasi pertama kami. bulan ke4, ramadhan datang. sibuk meniaga kat bazar ramadhan. meniaga brooch juga. bila tak pikir berniaga mlm, semangat beransur-ansur berkurangan. dah kurang mati terus semangatnya. lepas raya pun masih tak buat lagi. selama 6 bulan jugak kami tak berniaga. mengajar je kerja kami. upline rehat, dline dah mati. itu dulu, semangat hanya dapat dari upline dan bonus yang besar je. upline tak semangat, dline pun tak semangat. mana ada kelas-kelas seperti sekarang ni. boleh dikatakan setiap hari kita boleh dapat motivasi. upline ramai dan sentiasa bersedia membantu. sekarang ni kalau upline mati, kita masih boleh berniaga lagi taipankan ada, sentiasa membantu. kelas-kelas seluruh malaysia ada. nak dengan tak nak je.
lepas berehat 6 bulan, tak buat apa. bulan april 2002. ingatkan dah berkubur terus. tapi upline ajak lagi. pikir punya pikir, kita tak buat,orang lain akan buat. upline tetap buat, malah semakin kaya pun dan dah beli kondominium bukit jalil. dalam masa kami hilang dia dah kumpul kekayaan sedemikian rupa. bodohnya kami. tapi rezeki masih ada dengan hai-o. kami mulakan semula. sedih pun ada, sesal ada. benda dah berlaku dah tak boleh nak undur lagi. mula semula seolah-olah kelahiran semula. dah banyak belajar semasa tak buat.
nak mula semula bukannya mudah. kena basuh oleh upline buka sekejap. kami kumpul sisa semangat juang semula. berjuang semula. mulakan langkah semula. masa tu tak ada rakan kongsi. pikir punya pikir, teringat kat kawan sekolah lama. cikgu norliza. dari dialah lahirnya cdm juliani. mereka ini generasi ke 2 kami. masa ini kelas-kelas mula muncul. % mati pun berkurangan. meniaga mula hebat kembali. booth-booth mula dibuat kat PKNS shah Alam. dari situ ramai prospek yang dapat. antara dline yang dapat cara ini seperti cdm yan, cdm zana dan beberapa lagi.
kelas-kelas mula ada walaupun tak tetap. meniaga mesti besarkan lagi. ingin kuasai pasaran seluruh malaysia. group lain tak boleh lawan. masuk pulak dalam majalah mingguan wanita. lagi jauh kena g. sabah, terengganu, johor, kelantan, terengganu, kedah. leader-leader yang lahir dari contak majalah tak ada yang kekal. meniaga tak lama, cdm hamshah, cdm masni dan cdm jurinah yang masih bertahan sampai sekarang. lain-lain mati tanpa kubur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan