Jom Follow

Sabtu, 29 Mei 2010

kembara 3


selepas pasar minggu, hantar mak mertua dulu. makan kuih-muih dan ke destinasi kami seterus ke becah kelubi. kampung aku. mek buat makan-makan sikit. jamu orang kampung. dia nak gi umrah minggu depan. jamu laksa. aku sampai semua dah siap. makan je, tambahan sedang lapar. sedara-sedara ramai yang datang bantu. budaya gotong royong masih lagi kuat di kampung. masa kami sampai, orang sedang solat hajat.
rehat
rehat
rehat
tidur sekejap. semalam tak cukup tidur. malamnya nak memandu lagi. nak balik KL semula.
lepas maghrib kami ke KB pulak. ada kelas pengukuhan oleh cdm faridah. pasal bercakap dan bakar itulah kelebihan yang dia ada. bertuah taipan. semua orang boleh guna untuk besarkan meniaga. setiap minggu turun kelantan.
sebahagian warga taipan yang hadir kelas pengukuhan semalam. buat, buat, buat. jangan berhenti. kalau orang berhenti, kita jangan berhenti. perjuangan mesti diteruskan kalau mahu berjaya. bertahan.


lelaki pun hebat. sentiasa datang setiap kelas. belajar dan berjaya. tahniah buat mereka. bertahan sampai ke hari ini. fenomena di kelantan, orang suka pada mlm yang baru. 4,5 bulan akan pindah ke lain. 4,5 bulan pindah lagi. bila nak berjaya. syaarikat baru, tak menjamin kita berjaya. syarikat lama pun boleh berjaya. asalkan sanggup buat sepenuh hari. bukan hangat-hangat tahi ayam. tapi taipan dah bertahan lebih 2 tahun di kota baru. tahniah buat anda semua.

orang kelantan sedikit penat dengan projek tt. susah nak closing kalau nak dibandingkan dengan dulu. setiap hari jumpa 3,4 prospek. tak melekat. bulan mei ni lagi sikit. kenapa? mungkin skill belum ada. bulan jun pasti akan meletup.

jangan pindah kapal, bertahan. pasti ada jalan menuju kejayaan. kena ubah cara demo kot. cuba gi dengan2,3 orang dline. jangan gi sorang-sorang. bila dah dapat skill baru gi sorang-sorang seperti biasa. masa pertukaran strategi inilah masa paling kritikal. macam-macam cabaran datang. kita jangan goyah. berdiri teguh bersama taipan. kita harungi bersama cabaran tersebut. masa nilah dline nak mati. nak koma. nak buat benda lain. biarkan mereka. ini proses pemilihan. siapa yang bertahan dia akan berjaya.

amalkan baca surah al-waqiah setiap malam dan solat sunat dhuha setiap hari. jangan lupa. boleh juga kumpul 4,5 orang geng taipan. gi mana-mana masjid buat sama-sama. lebih bersemangat sikit. sorang-sorang ni almaklumlah. cadangan saja. kalau buat syukur. tak buat, masa masih ada. buat,buat.

orang yang datang tak ramai sangat. orang yang datang balik dengan penuh bersemangat. lebih nampak sikit apa yang perlu diperbaiki, perkemaskan lagi. kita mesti fokus pada kelebihan pada tt dan jangan fokus kelemahan tt.

lepas kelas semalam sempat sembang dengan cdm fazlan. sejak projek tt ni dia banyak dapat cash. lebih mudah katanya. tunggu masa nak meletup je.

12.30am baru bertolak ke KL. ingatkan boleh drive sampai KL. mengantuk punya pasal tidur dulu di r&r gua musang. 2 jam juga tidur. jam 4 sambung semula. sampai KL 8.30am.

jam 6pm tadi gerak ke sungai besar. tengok-tengok meeting. selain sungai besar, kat nilai pun ada kelas. kat ng pun ada, group cdm yan.

dah boleh tidur!!! update!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger