salam. salam pejuangan. masih lagi kat bilik hotel cempaka cheras. dok tunggu nak g seminar sehari bersama hj hanim dan encik roslan. saya yakin siapa yang hadir hari ini tak menyesal. motivasi akan bertambah. semakin rajin bekerja, semakin tekun, semakin kental hadapi cabaran, semakin banyak appt, semakin jelas impian dan semakin percaya pada kebolehan diri sendiri.
selain semangat dari luar yang kita suntik, api dalaman lagi penting. biarkan ianya sentiasa membakar semangat kita. baru boleh lama berniaga. cabaran setiap hari datang, kekuatan dalaman akan menentu sejauh mana kita terbang. nak ada semangat ini, kena sentiasa baca buku motivasi setiap hari, pagi boleh atau sebelum tidur. ambil masa 15-30 minit setiap hari. semasa memandu tak payah lagi dok layan lagu-lagu, tukar kepada cd-cd motivasi. jadikan kereta kita bak kelas motivasi. boleh juga call upline mintak semangat, layan blog ni boleh jugak. buatlah apa-apa tindakan yang membolahkan kita berjaya. kehidupan kita terlalu singkat. tindakan kena cepat dan tepat. tak ada orang yang boleh berikan kejayaan kecuali diri kita sendiri. diri sendirt yang nak dan bertindak sajalah kerja kita. fokus pada yang kita nak dapat, nak jadi, nak miliki sahaja. ramai orang dok pikir hal-hal yang mereka tak nak jadi. sekali lagi saya ingatkan, jangan dok pikir perkara yang kita tak suka terjadi pada kita. yang sentiasa kita pikir dan perkara tersebut akan terjadi pada kita. percayalah.
ramai orang hadiri seminar dan ramai lagi yang tak hadir. ada yang dah daftar nama, tarik diri. entahlah apa alasan mereka. semua alasan tu semuanya betul. inilah salah satu ikhtiar kita untuk anda semua. nak harapkan hadiri seminar atau kursus pihak luar lagilah tak g. malah bayarannya lagi mahal. ini hanya rm 50 je terlalu murah kalau nak dibandingkan dengan manfaat yang diperolehi. ilmu tak boleh dibanding duit tau. duit dan jarak bukan halangan kalau benar-benar nak berjaya. 'aku baru je buat, bonus kecik lagi'. baru atau lama bukan soalnya. kemahuan untuk beruubah amat penting dan akan menjadi tolakan terkuat seseorang itu hadiri majlis-majlis ilmu.
yang hadir hari ini pun ada beberapa kemungkinan. datang kerana memang dia nak datang dan sentiasa menunggu seminar seperti ini. ada yang datang kerana upline suruh. ada yang datang kerana upline suruh dan tolong bayar lagi. ada yang datang kerana malu pada upline, ada yang datang kerana tak tahu nak buat apa hari ni, ada yang datang kerana pasangan yang paksa datang. kita semaklah diri sendiri. orang berjaya mesti datang kerana memang dia nak datang, bukan orang suruh, bukan orang tolong bayar, bukan kerana dekat. datang dah dengar sepenuh hati. baru masuk kedalam hati dan seronok berniaga. lebih bagus lagi untuk next seminar dia dah daftar nama.
dijangkakan lebih 800 orang akan hadir seminar kali ini. pasti meletup taipan bulan mei. awal bulan masa yang tepat suntuk semangat. esok terus buat dan kita boleh tengok hasilnya nanti. pasti gempak habis.
jumpa anda diseminar hari ini. datang jangan tak datang. kita penuhkan segenap ruang kosong dewan cempaka. jangan malu untuk berubah. bertemu dipuncak kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan