Jom Follow

Isnin, 10 Mei 2010

kerja!kerja!

salam. salam 1Malaysia. hari-hari kerja, sabtu kerja, ahad kerja, isnin lagi kuat kerja, tak ada hari, tak kerja, malah setiap jam kerja,kerja,kerja. tidur pun mimpi kerja. ada orang tanya tak penat ke? itulah manusia kerja, dikaitkan dengan penat. lepas kerja kena rehat. itu bagi orang kerja ladang, buruh binaan, kerja bendang. tapi kerja macam kita mana ada penat. kerja adalah keseronokan bagi kita. kerja adalah macam bermain je pada kita. sebab tu tak penat. kalau orang suruh rehat dulu, mesti kita marah. nak rehat buat apa. tak letih, tak penat. mereka tengok yang penat. hairan bin ajaib dah dunia.

kerja kita ni tak tentu masa. tak terikat dengan masa, tak ikut 8-4 atau 9-5, tak terikat dengan jabatan, tak terikat dengan bos, tak ada mc, tak ada opis, tak ada cuti, tak ada bonus tahunan, tak cuti tahunan, tak ada klinik panel. apa yang ada ialah kemahuan yang meluap-luap. kalau nak buat 24 jam, tak siapa yang akan marah. paling kuat pun orang kata gile je. tapi orang gile je yang boleh bertahan dalam meniaga ini. orang gile je boleh kaya. projek baru ni lagi banyak kerja kita boleh buat usaha. semakin kuat kita kerja, semakin banyak duit masuk. modal kecil, semua orang boleh masuk.


berapa duit yang kita bawa balik tak menentu. kalau rajin, dapat lebih. bulan ni pun kita masih tak tahu berapa kita akan dapat. berapa tt akan masuk pun masih samar-samar. tak tahu berapa. awal bulan je, harap dan takut. harap dapat lebih dari bulan ni dan takut kurang dari bulan ni. kerja ini tawakalnya adalah tinggi dan sentiasa positif pada Ilahi. kerja kita buat dan Allah yang tentukan masuk atau tidak. kita pujuk, rayu macamana pun, kalau Allah dah kata dia tak masuk, tetap dia tak masuk. dah bukan rezeki kita. kerja kita cari yang lain. masih ramai lagi yang nak.

berapa tt bulan mei nak? jawapannya mudah. mesti lebih dari bulan lepas. itu je. kalau lebih 2x ganda lagi bagus. kalau kurang? tak payah jawab. pendorong kita adalah Nabi. 'barang siapa yang hari ini lebih baik dari semalam, adalah orang beruntung. bila hari ini sama seperti semalam, bererti orang yang rugi. dan jika hari ini buruk dari semalam adalah orang celaka.' ayat tu fokus pada imam. tapi apa salahnya kalau kita kaitkan dengan kehidupan kita. seperti meniaga mlm. pikir-pikirkanlah. jgn dok pening kepala. sifir dah tahu buat je. mesti lebihlebihlebih!!!!! dari semalam. bulan ni mesti lebih dari bulan april. mudahnya sifir kejayaan.

jumpa anda dipuncak kejayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger