Jom Follow

Rabu, 12 Mei 2010

salam pagi

salam. salam 1Malaysia. Bertemu lagi pagi ni. pagi penuh ceria, pagi penuh semangat. bagi warga Taipan kawasan tengah, semalam kan meeting. terbakar habis. panas tu sampai pagi ni, harap berterusan sampai petang, sampai malam dan sehingga kelas akan datang. kalau boleh biar sampai bila-bila. jumpa prospek pagi ni mesti closing. buat cpt, nanti sejuk pulak. kalau saja-saja tak datang, rugilah. penat sikit, datanglah. jauh sikit datanglah. mengantuk sikit datanglah. tak ada prospek datang, datanglah, upline tak datang, datanglah, dline semua tak datang, datanglah. ini meniaga kita dan bukan meniaga orang lain. siapa tekun dia akan dapat lebih. jangan dengki dengan orang dapat lebih, usaha lebih.

semalam orang dari Melaka datang, Seremban datang, Jalan Ipoh datang, Nilai datang, KLIA datang.kita yang dok dekat tak datang. rugi dan tak berjayalah dalam meniaga ini. kenapa mereka datang? nak semangat. nak besarkan meniaga. nak senangkan keluarga. nak bahagiakan ibubapa. nak tunaikan hajat orang tua.

ada orang tanya. bagaimana Taipan boleh bertahan dan berjaya? semangat. sentiasa ada kelas-kelas. meeting tetap 2x minggu. meeting group lagi. kelas pengukuhan hari sabtu. sentiasa bakar dan tak ada masa nak pikir hal-hal lain. tak freekan otak nak cuba-cuba meniaga lain. rakan kongsi nak berjaya kena sentiasa sibukkan diri dengan aktiviti meniaga. kalau tak anda akan buat benda lain( meniaga lain) atau datang pikiran kita buat ini dan buat itu. dua-dua dapat. jangan buat gitu.

apa-apa yang taipan buat pun nak bangkitkan rasa keinginan nak buat dalam diri. mereka buat kerana memang mereka nak buat. buat bukan kita suruh. buat bukan upline suruh. buat bukan desakan dline. tapi mereka buat kerana mereka nak buat. kalau ini dapat lahirkan dalam diri setiap warga taipan. semua orang akan dapat apa yang mereka impikan.

semangat kena beri dan jaga. boleh hilang bila-bila masa. sebab tu pagi-pagi kena kata pada diri, kata-kata positif. sebelum tidur baca sikit buku motivasi, dalam keta dengar cd motivasi. ini penting nak kekalkan semangat. bila hilang macam-macam alasan akan datang.

semangat tinggi, kita boleh tarik orang. bila kurang kita ditarik. siapa yang tarik? anak-anak, pasangan, hobi dan banyak lagi. semangat, semangat. semangat boleh kekal, disiplin kena ada. buat ikut perancangan. dah nak buat, kita mesti buat. tak ada alasan lagi. down datang, mesti buat. malas datang, mesti buat. tak ada mood, mesti buat.

nak sentiasa bersemangat, bacalah al-quran. nak tahu, bacalah. anda akan rasa semangat juang akan meresap dalam jiwa anda.

BERTEMU ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger