Jom Follow

Ahad, 9 Mei 2010

buat keputusan bagi pihak orang lain

pagi ni nak cite pasal buat keputusan untuk orang lain. kami dah alami seperti orang lain jugak. dah berjaya seperti hari ini pun kekadang perasaan orang tak nak, tak suka, dah ada duit, orang hebat tak kan nak buat lagi MLM ni, masih lagi bermain kat pikiran ni. padahal kita belum jumpa pun lagi. masa mula-mula tu lagi teruk la. hal sebegini terjadi bila prospek tu memang kita dah kenal lama. terutamanya geng-geng sekolah dulu-dulu la. geng-geng kat u dulu. geng-geng sekampung dulu.

kat sini nak cite 2 kes seperti itu. mula-mula dulu buat Premium Beautiful (PB). pakaian kesihatan. banyak manfaatnya terutamanya boleh bikin kurus badan. kalau pakaian ikut seperti yang disarankan. dulu memang kita jual kebaikan produk, tapi kini sedikit kurang. fokus pada bagaimana nak menjana pendapatan melalui produk. tak payah dok kisah pasal tu.

kisah ni sekitar tahun 2003. ada seorang kawan dan kahwin pun dengan kawan aku juga. jadi suami isteri ni kami kenal dan bukan setakat kenal, malah rapat lagi. mula-mula kami masuk, mereka ada dalam senarai nama tapi dalam kepala kami, kalau g ajak meniaga pasti mereka tak nak. ingat pasti tak nak. kami awal-awal lagi dah buat keputusan untuk mereka. padahal tak pernah cite sedikit pun pasal meniaga yang kami sedang buat. kenapa tak nak? mungkin mereka dah selesa. dua-dua kerja. dok kat dungun pulak. kos hidup murah. tekanan duit tak jadi masalah bagi mereka. pasangan yang hebat dan bijak. "tak akan nak buat MLM kot". ini yang ada dalam kepala kami. kalau call pun tak pernah cakap pasal meniaga pun. selain tu jugak, rasa rendah diri dan malu sebab baju PB tu bikin kurus. yang buat tak kurus-kurus. takut mereka kata produk tak berkesan. jadi kami pun tak cite pasal PB. bila dah buat keputusan bagi pihak mereka. kami puntak g jumpa mereka sebab dah tahu tak nak. bazirkan masa je jumpa. cukup sekadar telefon. masa tu mereka mengajar kat kolej teras timur.

pada cuti sekolah tahun 2003, kami balik kampung. ikut terengganu dan lalu Dungun jadi kami pun singgahlah jumpa dengan mereka. masa tu dah pakai keta honda. jumpalah mereka, terkejut pun ada dan tak percaya pun ada. kami dah berubah. kamu meniaga apa? nak dengar cite kami. kami apa lagi, niat asal nak jumpa je, lain pulak jadi. kami pun cite dari awal pembabitan. mereka berminat. nak buat. mereka pun dah macam-macam buat tapi tak berjaya. dok habis duit dan masa je. jadi ni lain kawan sendiri yang buat dan berjaya.

lihatlah lain yang kami pikir pasal mereka. pikir tak nak buat, tapi bila jumpa nak buat pun. kami dok pikir dah cukup duit, tapi bila cite dapat duit banyak siapa tak nak. tak akan pensyarah nak buat MLM, bila jumpa mereka dah macam-mcam MLM dah buat. syarikat apa tak payah nak sebuat kat sini. bukan 1 malah 5,6 buah. malah sanggup turun ke Kuantan untuk hadiri kelas-kelas. JANGAN BUAT KEPUTUSAN BAGI PIHAK LAIN.

hari itu jugak mereka terus jumpa dengan beberapa prospek dan semuanya positif. ingat nak lalu je, tapi kena meniaga pulak. mula dari situ meniaga kami mula naik dan melebar ke Terengganu. meniaga mereka cepat kembang. mereka hebat dan ada karisma tersendiri. kepimpinan pun hebat. dalam masa sekejap je mereka boleh jadi DDM.

satu kes lagi. sepasang suami isteri hebat. kerjayanya dah kira berjaya. hebat sangat. pangkat kakak lagi. dah biasa dengan MLM. jadi upline dalam amway lagi. bila kami buat ini, tak akan orang hebat seperti mereka nak dok bawah kami. MEREKA TAK NAK. kami yang buat keputusan untuk mereka. tak jumpa pun. main agak-agak je. siapalah kami, biasa-biasa je. jual baju kurus, penjualnya tak kurus. kalau saya ajak jumpa je cdm kartini akan mengelak. saya tahu sebabnya.

pada suatu hari juga tahun 2003. kalau tak salah dalam bulan puasa. kami g ke sungai buaya, jumpa prospek melalui call majalah. lepas jumpa, saya ajak cdm kartini g rumah mereka. kami pernah sampai rumahnya dulu-dulu. cdm kartini tak nak. tapi saya kata kita jumpa sebagai kawan dan bukan nak ajak mereka berniaga. kami pun g rumah mereka. lain pulak citenya. memang mereka menanti kedatangan kami. MEREKA NAK BUAT DENGAN KAMI. mereka boleh pilih orang lain sebagai upline, kerana sungai buaya tu lubuk 369 dan ramai kawan-kawannya dari group 369. itu keputusan mereka. mungkin rezeki kami dan taipan. kalau tak sejarah meniaga kami akan berbeza.

sekali lagi saya ingatkan janganlah kita buat keputusan bagi pihak lain. dua contoh menjelaskannya. kita kata mereka tak nak, padahal mereka tak cakap gitu pun. malah tak pernah jumpa pun. pasangan pertama tu dah tak buat, atas sebab-sebab tertentu dan pasangan ke2 tu cdm faridah dan cdm dzulfauzilah. masih meniaga sampai kini dan tak berhenti jadi hebat.

jangan buat keputusan untuk orang lain. jumpa dulu, biar mereka cakap sendiri. kalau sekali tak nak mungkin kita perlu jumpa lagi. ramai yang kita jumpa sekarang, mereka masuk setelah 3,4 kali kita jumpa. mana tau bila mereka nak kat ya. maaf tulisan ni teruk sikit tapi harap paham mesaage dah cukup.

JUMPA ANDA DIPUNCAK KEJAYAAN....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger