Jom Follow

Ahad, 9 Mei 2010

kepimpinan

pemimpin mesti boleh menransang, mendorong dan memberi inspirasi serta mempengaruhi downline di pelbagai peringkat, untuk bertindak menjadi lebih cemerlang, lebih hebat dari semalam. prospek, orang baru, orang lama dan cdm sekali pun. sebagai pemimpin juga mesti komited kepada apa-apa kerja yang kita buat mesti dibuat dengan cemerlang. bukan main buat je. asal siap.

pemimpin mesti komited kepada perniagaan mereka. jangan hilang fokus. kalau hilang, meniaga tak jadi dan lama-lama akan mati. sentiasa positif dan percaya diri. aku boleh, aku hebat dan aku pasti berjaya. mesti ditanam dalam diri dan setiap diri downlinenya.

antara prinsip kepimpinan:
1- mengenal diri
2- fahami kerja
3- ambil tanggungjawab
4- jadikan diri sebagai contoh teladan
5- kenali setiap downline
6- membangunkan downline
7- beri latihan
8- cekap dan pantas dalam membuat keputusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger