Tahniah dan jutaan terima kasih kepada ayahanda tersayang… En. Tan Kai Hee di atas kepimpinan hebat yang tidak pernah kenal erti jemu dalam mewariskan ilmu keusahawanan. Kepimpinan ayahanda terbukti benar, dengan lahirnya kami barisan pemimpin-pemimpin uahawan dermawan berpangkat cdm yang kini berjumlah lebih 300 orang.
Sekalung tahniah, serangkai kasih, selaut penghargaan kami berikan kepada En. Jim Ow, Pengurus Besar Hai-O Marketing, En.Tajudin Ali, penolong pengurus besar di Hai-O marketing serta seluruh warga kerja Hai-O yang sentiasa menjaga kebajikan kami para pengedar semua .
Hadirin dan hadirat sekalian......
Majlis indah pada malam ini, merupakan pentas terhebat kepada semua penerima anugerah Sales manager dan Senior Sales manager. Tahniah kepada anda kerana telah memulakan langkah pertama bersama Hai-O marketing.
..inilah pentas perniagaan yang telah disediakan untuk anda. Semoga ianya menjadi titik permulaan untuk anda mengharungi liku-liku cabaran sehingga akhirnya Berjaya menggenggam pangkat tertinggi yang menjadi idaman semua usahawan-usahawan di Hai O iaitu “Crown Diamond Manager” .
Siding hadirin yang saya muliakan
Setelah hampir 18 tahun, Hai-O Marketing dengan utuhnya berdiri gah di Malaysia, Hai-O telah banyak memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi Negara.
Seperti yang kita sedia maklum, dalam kegawatan ekonomi yang ditakuti dan sering diwar-warkan hari ini, Hai-O terus melakar keuntungan berterusan dan menjadi nadi penggerak dalam memacu kemelut ekonomi yang bergelodak di Malaysia dan juga peringkat dunia amnya.
Gabungan pelbagai bangsa dan agama tanpa mengira status dan taraf seseorang, hasilnya, syarikat Hai-O dan pengedar mampu menjalinkan kerjasama yang erat melalui kesepakatan inilah membawa Hai-O menjadi antara syarikat gergasi MLM terunggul di Malaysia.
Dalam kesibukan pengedarnya mengejar impian ke arah realiti, syarikat Hai-O semakin terus berkualiti dalam mencipta kejayaan demi kejayaan, pelbagai jenis anugerah dan rekod tercipta bukan sahaja dari segi produk, malahan nama syarikat dan corak kepimpinannya mempunyai aura tersendiri hasil garapan semua antara kaki tangan syarikat dan pengedar serta kerajaan Malaysia.
Dalam kegairahan kita mengejar impian jangan sesekali kita lupa pada amanat syarikat, semua usahawan haruslah menghormati keputusan orang lain, tanpa wujudnya PAKSA RELA, JANJI MANISMU hingga ianya tersasar jauh dari garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarikat menyebabkan kita tergolong dalam anak2 nakal yang bisa di rotan oleh ayahanda
Amanat syarikat adalah perkara penting yang perlu kita pegang selagi kita terus bernaung di bawah syarikat Hai-O Marketing Sdn. Bhd. demi menjaga nama baik dan reputasi syarikat
Sidang dewan yang saya muliakan
menyoroti sejarah silam …saya adalah anak kelahiran…… negeri Perak Darul Ridzuan… dibesarkan dalam keluarga sederhana, namun saya sentiasa berazam untuk mengubah kehidupan keluarga dari tahap biasa kepada yang lebih baik.
Sebagai seorang anak, saya berbangga menghadiahkan segulung ijazah sehingga ke peringkat sarjana kepada keluarga.. Dengan harapan saya dapat membalas jasa baik serta pengorbanan kedua ibu bapa selama ini.Alhamdulillah hasil dari didikan dari kedua ibubapa akhirnya saya berjaya bergelar sebagai seorang pensyarah di salah sebuah ipta yg terkemuka diMalaysia.
Namun kehidupan di kota metropolitan memerlukan perbelanjaan yang cukup tinggi. Adalah mustahil untuk saya menikmati keselesaan dengan hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan. Wang dan ringgit sememangnya tidak menjanjikan kebahagiaan tetapi hakikatnya di dunia ini segalanya memerlukan wang.
Alhamdulillah, setiap hari saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas anugerahnya yang melimpah-ruah dan atas kesabaran serta keazaman yang dikurniakan olehnya…. dalam usaha untuk mengubah kehidupan saya sekeluarga.
Atas dasar itu saya sentiasa mencari peluang menambah pendapatan dengan mengajar kelas tambahan pada setiap hujung minggu di samping menjalankan perniagaan kecil-kecilan lain bagi menampung kehidupan keluarga.
.
.
Hadirin dan hadirat sekalian….
Tanggal Januari 2007 merupakan detik manis yang membuka lembaran baru buat diri saya sekeluarga. Saya diperkenalkan dengan satu perniagaan oleh pemimpin hebat iaitu CDM Roshila Mohd Saufi dan pasangan beliau CDM Ahmad Zaifrey. Berpegang kepada prinsip, “Kejayaan dan kekayaan tidak akan datang dengan hanya menunggu, kita mesti mencarinya, membina dan buat sehingga mencapainya”,
saya tidak berfikir panjang kerana tiada alasan yang lebih munasabah melainkan tarikan Hai-O yang terlalu kuat membuatkan saya memilih untuk melepaskan jawatan sebagai seorang pensyarah dalam tempoh 24 jam pada julai 2008.
Kini profession sebagai usahawan Hai-O sepenuh masa menjadikan hidup saya lebih bermakna dan Keyakinan saya bertambah kuat hasil bimbingan yang berterusan dari semua pemimpin unggul dan hebat dari kumpulan kami.
apatah lagi syarikat Hai-O Marketing juga merupakan salah sebuah syarikat yang sangat kukuh dan telah disenaraikan oleh Forbes Asia sebagai “Best Under A Billion” dan merupakan di antara 10 buah syarikat terbaik selama 3 tahun berturut-turut.
Hadirin dan hadirat sekalian…
Saya percaya pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan akan menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Ternyata pengorbanan saya selama ini amat berbaloi kerana kejayaan demi kejayaan dikecapi sehingga saya dianugerahkan pangkat tertinggi dalam Hai-o Marketing iaitu Crown Diamond Manager (CDM) pada tahun 2008.
Allah telah menjanjikan 9 daripada 10 rezeki
Datangnya daripada dunia perniagaan. Alhamdulillah rezeki saya terus mencurah-curah dan kini mampu memiliki rumah yang bernilai lebih setengah juta di samping memandu kereta idaman yang selama ini bagaikan satu mimpi.
Impian untuk menghantar kedua ibu bapa ke tanah suci Mekah juga bukan lagi sekadar angan-angan semata.ianya telah di laksanakan hanya dalam masa setahun saja saya bersama hai0.syukur Alhamdulillah.
impian saya dan suami untuk mengelilingi dunia, kalau dulu mungkin sekadar angan2 tetapi melalui perniagaan ini impian telah menjadi reality
. Alhamdulillah kaki ini telah pun menjejaki bumi Korea, Perancis, Sydney, Tokyo serta Beijing semuanya secara percuma melalui insentif yang di tawarkan oleh haio 3x setahun.tak sabar rasanya nak meluncur ais di switzeland penghujung tahun ini.
Siding hadirin yang saya muliakan
Tiada kejayaan tanpa restu , di kesempatan ini saya mengambil kesempatan mengucapkan Jutaan terima kasih kepada kedua- ibubapa tersayang iaitu Tn Hj. Wan Taha dan Hjh Dara yang sentiasa memberi dorongan, nasihat dan semangat untuk anakandamu ini.
Tidak lupa juga untuk suami tercinta CDM Ahmad Shahril yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan saya selama ini.kepada CDM Wan Noor Hanum hj wan taha, CDM Wan Iskandar hj wan taha dan DDM Wan Noor Aien hj wan taha .sayangnya anak2 hj wan taha hanya 4 orang yang mana kesemuanya telah bergelar usahawan dermawan haio marketing
. juga merupakan rakan kongsi yang banyak membantu Sepanjang perjalanan karier saya bersama Hai-O Marketing…
Dalam mengukir kejayaan saya sentiasa dibimbing secara berterusan oleh pasangan suami isteri yang cukup hebat……pakar strategi dan perunding bicara iaitu CDM Kartini Mat Yaakob dan pakar gedung ilmu CDM Kamaruddin Mamat, yang terus memberikan bimbingan & ilmiah berterusan kepada saya dan kumpulan Taipan 181.
Terima kasih juga kepada pakar motivasi yang sentiasa membawa transformasi dalam membentuk revolusi hebat kepada saya dan kesemua rakan kongsi agar terus buat tanpa henti bagi menjadikan impian itu satu realiti. Tak lain tak bukan CDM Faridah Mohd. Ali dan pasangan CDM Dzulfauzilah bin Husin.
Tidak dilupakan juga….CDM Juliani Mohd Bastamam dan CDM Zulkornain Ahmad Nasir, yang banyak memberi motivasi serta galakan untuk saya terus maju ke hadapan. Sokongan padu kalian mengiringi perjuangan dan kejayaan kita bersama.
Rakan seperjuanganku sewaktu di universiti….CDM Noor Aidawati Ali…..tahniah ‘mate’ kerana kita sama-sama telah sampai ke puncak tertinggi dan telah pun bergelar crown diomand manager….sesungguhnya kita buka sekadar mengejar kejayaan di universiti tetapi juga kita sama-sama mendaki puncak kejayaan di Universiti Terbuka “ Hai-O Marketing”………perjuangan mu tidak sia-sia ‘mate’…..Tahniah sekali lagi….
Kepada rakan-rakan kongsiku dan rakan-rakan kongsi kumpulan taipan iaitu, DDM, DSM,SSM ,SM serta semua pengedar2 .....pilihan ini adalah yang terbaik untuk anda. Teruskan langkahmu, jangan berhenti walau setapak, usah mudah terguris kerana yang manis sedang menanti anda untuk waris yang tak akan hilang dan khazanah harta banyak tak terbilang. Andalah fighter hebat.....tanpa kalian siapalah saya....
Juga, kepada mentor-mentor dan CDM-CDM otai iaitu Super CDM chen Thiam Chai, CDM chen Thiam Fock, CDM Zulkifli Sohor dan CDM Hamdan Kamarudin. Terima kasih daun keladi. Ilmu kalian kami perlukan lagi…
,
Sekali lagi Buat upline tersayang.....CDM Roshila Mohd Saufi. Dan CDM Ahmad Zaifrey.... Terima kasih atas peluang yang diberikan dan Tunjuk ajarku Sifu selagi nafas dan usahaku ini bergabung menjadi satu.
Tidak lupa Kepada semua barisan CDM-CDM kumpulan Taipan 181 yang telah mencecah hampir 90 orang..... agak sukar untuk saya menyebut satu persatu namun apa yang pasti nama kalian tersemat di hati saya. Kalian sentiasa hadir dalam setiap doa saya.
Saya sangat berbangga kerana dapat bernaung di bawah kumpulan dan pemimpin-pemimpin yang sangat hebat. Terima kasih tidak terhingga buat kalian semua. Kuatnya kita kerana kita masih bersama dan bersatu......
Tidak lupa, terima kasih yang tidak terhingga, kepada stokis yang memberikan servis terhebat untuk kumpulan kami, iaitu stokis VB 01 Angie dan Kenny. Tanpa sokongan dan bimbingan kalian berdua belum tentu saya berjaya sehingga hari ini.
Sebelum saya mengundur diri.....ingatlah wahai usahawan2 hai-O......
Jangan memandang ke bawah untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak sebelum memulakan langkah.
Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh di hadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar kerana rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
Oleh itu, teruslah melangkah di bumi Allah ini kerana dia telah menjanjikan rezeki kepada orang-orang yang berusaha.
Ayuh SEMUA USAHAWAN HAI-O, kita tanamkan semangat Sense of Belonging.
Upline mestilah dihargai,
Downline sentiasa disayangi,
Sideline haruslah dihormati,
Hai-O sentiasa di hati.
-DULU , KINI, SELAMANYA-
Usahawan Hai-O yang saya kasihi,
Teruskan perniagaan ini,
Sentiasa dapatkan informasi terkini,
Barulah anda akan diteladani,
Dulu Kini Selamanya syarikat Hai-O akan terus digeruni.
Sekian,…………………..
-BERJUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN-
“HAI-O MY CHOICE FOR LIFE”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan