Sambung lagi perjalanan networker hari ini.
Nak kata sibuk, tak sangat. Sibuk buat duit.
hi!hi!hi!
Dari Ampang.
Pecut ke TTDI Jaya.
Sesi melantak & membedal.
Nasi Arab, Restoran Aroma Hijrah.
N0 6 & 8, Jalan Opera H, TTDI Jaya, Shah Alam.
Berhadapan Masjid. Bangunan baru.
N0 6 & 8, Jalan Opera H, TTDI Jaya, Shah Alam.
Berhadapan Masjid. Bangunan baru.
CDM Jai yang perkenalkan kepada kami.
Mana tahan, mesti cuba. Mesti test.
Sebelum ke sana.
Singgah dulu SACC MALL.
Lepas rindu dulu.
Beli buku & solat zuhur kat situ.
Terbakar bila lihat koleksi buku-buku customer kat Ampang.
Lagi pun dah beberapa hari aku tak beli buku.
Dah gian sangat, dah tak boleh tahan.
Lepas situ.
Ke TTDI Jaya.
Senang jumpa.
Dah selalu sampai kat sini.
Cuma Restoran Aroma Hijrah je belum sampai.
Baru 5 bulan buka.
Kami oder maklubah kambing.
Oder untuk 3 orang makan tapi hanya kami berdua je yang bedal.
Pekerjanya ingatkan aku, " pesan untuk yang 3 orang makan".
Banyak kali dia ulang.
Takut kami tak habis. Aku cakap.
Ok! Kami biasa makan makanan arab.
Banyak tu biasa, boleh habis.
Lebih-lebih lagi ketika perut kosong.
Bila kami makan, ternyata tak cukup.
Siap tambah lagi.
hi!hi!hi!
Tokey Restoran Aroma Hijrah.Aminuddin Resad(012-6544838). |
Sebelum balik pukul gambar dengan tokey kedai.
Encik Aminuddin Resad.
Baru 5 bulan beroperasi.
Masak sendiri.
Pekerja ada 9 orang.
Sebelum buka restoran, buat biz catering dulu.
Sebelum tu lagi kerja Putrajaya Holding.
Malam jadi tumpuan keluarga.
Lebih-lebih lagi malam jumaat, malam sabtu dan malam ahad.
Ternyata aku kenyang sampai sekarang.
Gara-gara nasi maklubah.
Harganya tak mahal sangat.
Masih dalam jangkauan.
Sekali kena, ingat sokmo.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan