Jom Follow

Sabtu, 15 Mei 2010

nak kerna kt nak

buat sesuatu kerana kt nak buat. bukan org suruh. ini paling penting kalau mahu berjaya dan tak berhenti berjaya. kt buat lahir dari dalam diri, bukan dari luar. apa yg berlaku, kt buat sesuatu kerana org ajak buat. bila org yg ajak kt blah, kt pun tak smgt dan blh sama.
ada jg yg join kerana karisma seseorang, tak dengar pun MP. bila upline blh, dia pun ikut blh.

buat kerana kt nak buat. ini br betul. bkn buat kerana upline, bukan buat kerana pasangan yg sokong. buat kerana kt ada impian yg kt nak capai. impian inilah akan berikan momentum utk kt terus berusaha. impian ini memberikan semangat juang. impian ini membuatkan kt lg tekun. impian ini memberikan lebih kesabaran. impian ini menjadikan kt sanggup lakukan apa saja tindakan asalkan impian kt tercapai, tiada alasan lg.

impian ini menjdkan kt cpt berdikari. cpt buat sendiri. cpt kutip ilmu, wpun jauh, walaupun mahal harganya. impian ini sentiasa meniup api semangat utk bertahan sehingga berjaya. bertahan wpun semua dline dah mati. wpun sentiasa disindir oleh geng-geng. wpun org kata hai-o dah nak mampus. wpun bos bg tugas bertimbun-timbun.


setiap kali rasa malas, down. ingat balik. down atau malas blh membawa kt capai impian ke tak? kalau blh teruslah down. kl tak blh kenapa nak down. terus bangkit balik, semak balik kt punya impian tu. dan yakin blh capai. katakan aku pasti berjaya. tak ada seorang pun yg blh halang diri kt dari mencapai impian kecuali diri kt sendiri.

kena tanya jg kenapa down. mungkin semalam tak closing,wpun jumpa ramai prospek. itu semalam, hari ini, pg ini, tengahari ini, petang ini, malam ini belum tentu lg. jumpa prospek lain pulak., sambil-sambil semak apa kelemahan semalam tu je. down tak sekali-kali.

satu tak nak, ada beribu lg kat luar sana yg dok nanti-nanti nak join. kena ingat ini tau. down tak selesai masalah. lbh baik bangkit semula dgn penuh ceria, katakan pada diri. ' hari ini hari aku cipta kejayaan.'

setiap kali jumpa prospek. kena yakin prospek tu memang nak join. bila kt yakin prospek nak join, kt akan lakukan dgn terbaik. cakap pun menyentuh hati, panggil namanya dan cite MP punpenuh smgt. dah yakin dia nak.

sebalik kl kt kata prospek ni tak nak. bagaimana kt layan dia. tentu berbeza dgn yg kat atas tadi. cite MP pun ala kadar je. nak cpt habis sbb dah setkan minda org ni tak nak.

tentu anda ada pengalaman kat pasaraya mewah. kt masuk, pekerja tak layan pun, sbb dah yakin kt ni tak mampu nak beli. tengok muka kt pun tidak. tp kalau kat kedai pasaraya biasa, pelayan layan kt kelas 1, sbb yakin kt mampu beli. kt masuk, terus ikut, terus tanya apa cari dan macam-macam lg bantuan yg dihulurkan. keyakinan memainkan peranan penting dalam melakukan demo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger