lepas kelas putrajaya, jam 1.30 PM tadi kami terus bertolak ke Ipoh. dah janji nak g. kelas kat ipoh dah 2 bulan tak buat. bukan apa, semua cdm sibuk, dan kelas kat ipoh dibuat oleh leader sana. orang dah jemu tengok muka sama je. lama-lama orang tak g, jadi mereka pun tak buat kelas. tak dapat sambutan.
setelah leader-leader bincang, kelas di ipoh mesti dihidupkan semula. tempat dan leader dah ada. rugi kalau tak buat. potensi kat ipoh amat besar walaupun ada sikit cabaran dari group-group lain. macam-macam cite negatif, tapi kita mesti hadapi semua cabaran tu. lepas cabaran tu, kita akan menguasai ipoh seluruhnya. masa tu dah tak lama lagi. semua leader dah sanggup nak gempur ipoh. ipoh pasti akan bergema dengan laungan go go taipan. tunggu kami datang.
kelas kat ipoh hari ni tak ramai sangat. tapi yang datang penuh semangat. kami pun rasa sangat puas, seronok dan gembira hari ini. ada orang baru dan terus masuk. transfer duit malam ini. malam ini juga dah gerak. malam ni jugak nak g demo dan dah yakin boleh buat sendiri. tak payah tunggu upline tolong. cukup dengan MP kat kelas petang ni je. keinginan yang meluap-luap pasti akan berjaya. ' hanya orang gile je yang akan bertahan dan berjaya'. berbaloi kami datang petang tadi.
tak semestinya kelas yang ramai, baru prospek akan percaya dan nak masuk. petang ni membuktikan segala-galanya. tak ramai pun, mereka nak masuk. mungkin ini tarikan nama taipan kot.
cdm yang hadir, cdm kak ina, cdm siti rohani, cdm amran, cdm kartini dan aku sendiri. kedatangan kami untuk membantu taipan ipoh bangkit kembali. kami yakin ipoh akan meletop balik. tak ada siapa yang boleh menghalang mereka meletop.
semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh leader amat hebat. sebelum kelas kat ipoh petang tadi pun. ada antara mereka yang g kelas kat Taiping. nak ambil semangat dari kelas kat sana. mereka juga selalu turun KL hadiri kelas,seminar dan program syarikat. semangat sebegini akan berjaya. harap-harap tak sekerat jalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan