hari ini saya sempat solat jumaat kat masjid negeri shah alam. tapi sedikit lewat. dah kutbah baru sampai. ruginya kalau selalu macam ini. harap-harap ini kali terakhir terjadi pada hamba ini. sekarang ni tak nampak kerugian, akhirat nanti baru tau.
isi kutbah hari ini ulas pasal kerja. kalau buat sesuatu kerja mesti lakukan dengan cara yang paling baik. banyak ulasan pasal makan gaji je. orang kerja sendiri tak diulas pun. mimbar kutbah jarang mengulas pasal orang kerja sendiri, terutamanya peniaga. peniaga sering dikaitkan dengan negatif. padahal golongan peniagalah yang banyak memberi sedeqah dan membantu anak-anak yatim. tak banyak pujian sebalik dicela, lantaran kesibukan berniaga. orang tak ingat mati, katanya.
buat kerja dengan cara paling baik. ini yang saya nak ulaskan. kita buat mlm, sudahkah kita lakukan dengan terbaik. sudah adakah impian, adakah impian itu terbaik untuk kita dan keluarga. adakah kita dah buat senarai nama seramai mungkin. terbaik mesti teramai. kalau setakat 10 nama, bukan terbaik tau. adakah kita hadiri semua kelas-kelas yang taipan buat. nak buat terbaik mesti hadiri semua kelas-kelas walaupun jauh dari tempat tinggal kita. nak buat yang terbaik mesti hadiri seminar yang taipan buat. nak buat yang terbaik mesti hadiri program-program syarikat. nak buat mesti selalu jumpa dengan mentor-mentor untuk berguru.
nak buat yang terbaik, mesti sentiasa berusaha menjadi setiap hari lebih baik dari semalam. mesti ada closing setiap hari. dan kita pastikan setiap hari ada jumpa prospek dan ada kawan baru yang kita jumpa. untuk lakukan dengan cara terbaik, setiap hari baca impian. setiap hari kena baca ayat seribu dinar, jangan lupa tau. nak lakukan terbaik pikiran mesti positif dan bertindak dengan tindakan positif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan