cerita pasal buku tak akan habis. sentiasa ada je buku baru yang dibeli. buku ada candu. bila giang datang tak boleh tahan.
majalah hai dulu banyak saya beli. setiap minggu. sekarang je tak beli. nak buang sayang. nak jual pun sayang. tak mahu nak simpan mana. majalah dewan sastera pun koleksinya saya simpan sejak 1999 lagi. setahun dua ni je tak konsisten beli.
minat membaca ni, sejak dulu lagi. minat tu sampai sekarang. lebih-lebih lagi ada duit sikit. senang belanja. tak pikir lain dari beli buku. lain-lain benda tak masuk dalam kepala. itu semua cdm kartini akan beli. apa yang saya beli buku.
antara tempat yang selalu pergi.
dewan bahasa dan pustaka KL, KB, KK.
kinokuniya KLCC,
marwilis PKNS
gramedia
MPH
popular
mana-mana pergi mesti cari kedai buku. kalau ke indonesia, syurga buku. terlalu banyak buku dan mereka suka dengan buku. kalau kat malaysia, ramai orang cina yang memenuhi kedai-kedai buku. orang melayu biasanya g ke kedai buku bila nak buka sekolah.
trend terkini, buku-buku berbahasa melayu menguasai 80% pasaran buku di malaysia. dulu hanya 20% je. kita boleh perhatikan. kalau pergi kedai buku, rak depan dipenuhi dengan buku berbahasa melayu. kalau dulu kat belakang je. sekarang tak lagi.
bukulah menjadi teman sepanjag masa. kalau gi mana-mana saya mesti ada buku. pasal beli pun dalam 2,3 hari sekali mesti pergi kedai buku. buku, buku,buku. tak makan pun tak apa asalkan dapat beli buku. minat dah dapat. sebelum ada duit, beli hanya buku murah-murah je. bila dah berduit sikit, belanja sakan. nak beli benda lain saya cukup kedekut. kena pikir sampai 10 kali tau. walaupun harga rm10. tapi kalau buku tak payah pikir. ambil dan bayar je.
tengok buku saya dah rasa tenang. walaupun koleksi buku tu, setiap hari mesti baca al-quran. malas sekali pun, pegang dan tengok pun dah cukup bagus. al-quran ni kita sentuh dan tengoknya pun dah dapat pahala. sekarang ni dah nak tamat untuk tahun ini.
wow banyaknya. tapi belum cukup. kena tambah lagi koleksi. koleksi sekarang ni banyak pasal meniaga. terutamanya motivasi meniaga. sebab itu semangat sentiasa ada. jarang tak ada semangat. kalau rasa lemah je, selak-selaklah buku yang ada tu.
koleksi novel juga boleh tahan juga. penulis popular tanah air. seperti a samad said, shahnon ahmad, azizi hj abdullah, faizal tehrani, samsiah mohd nor.
nove dari seberang pun banyak. laskar pelangi, dah ada filem pun, ada 4 siri tau. prammodya pun ada banyak. kalau nak baca novel hebat boleh baca tulisan dia. kena ambil masa lama juga, nak paham. kalau perlu kena baca sekali setahun baru bagus.
buku tulisan encik kamaruzaman, penasihat hai-o tu pun ada.' kifarat mahathir menuju diktator cetakan 2008.
koleksi terbaru. belum habis baca lagi tu. shahih tafsir ibnu katsir tu ada 9 buah. tafsir ini antara buku tafsir yang popular. dalam koleksi saya terdapat 3 tafsir. tafsir al-azhar dan tafsir di radio. buuku biografi tu dah habis baca.
baca buku seperti ini, boleh memberi inspirasi untuk terus bekerja. banyak buku biografi mendedahkan tak ada jalan singkat nak berjaya. hadapi cabaran tersebut dengan tabah.
tonny little juga buku motivasi. bangkit setelah kecundang.
buku-buku ni kat bilik tidur, senang nak baca. dah habis, tapi kena sentiasa baca. kalau tak boleh lupa. jangan hairan idea menulis datang mencurah-curah. boleh update blog sampai 3,4 kali sehari. banyak membaca luas pengentahuan.
koleksi ni pun kat bilik tidur juga. baca tanpa henti. seminit pun saya rugi kalau tak membaca. dah menjadi kegilaan. kadang-kadang tak boleh tidur selagi tak habis bacanya.
orang pinjam tak hantar balik pun banyak. rugi. ada kadang-kadang 3 buku yang sama kena beli.
orang pinjam tak hantar balik pun banyak. rugi. ada kadang-kadang 3 buku yang sama kena beli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan