ini masih lagi sambungan meniaga dulu-dulu. bukan apa sekadar renungan buat kita semua. sebagai sejarah meniaga hai-o. tak tahu pun tak apa. kalau tahu pun lagi baik. tak menambah sales pun. tak menambah volume meniaga pun. tapi sekadar berkongsi cerite je. mula-mula dulu kami masuk, kami diperkenalkan hanya dengan beautiful sahaja. masa tu orang kenal beautiful dari hai-o. kena buat sampai jadi. kena belajar bagaimana nak buat demo yang terbaik. kena belajar cakap, nak yakinkan prospek. kena tahu sedikit testimoni. kena jumpa orang perempuan sahaja. kalau suami ada dah goyang. ada yang beli pun suami tak tahu. masa itu group kamilah yang menguasai pasaran beautiful. untuk makluman semua selepas kami buat semula beautiful dah bertukar nama jadi premium beautiful atau pb. dulu orang beli atau beli dan meniaga. apa yang kita buat walaupun beli dan meniaga, set yang dia pakai mesti beli dari upline. ini dah dipersetujui semua kecualilah si prospek membantah.
berbagai cara digunakan untuk mempromosikan pb, antaranya buka booth-booth. biasanya buat kat PKNS shah alam. dari situ dapat banyak kontak dan pengguna. ada yang pakai saja dan ada yang meniaga. bayarannya pakat-pakatlah dengan yang nak. meniaga mula naik dan berjumpa dengan ramai prospek. bila prospek setuju jumpa terus g, tak bertangguh lagi. buat demo pun bukan sekejap, selama sejam jugak. nak cite kelebihan produk dulu.
selain itu, masuk beberapa majalah utama malaysia. seperti mingguan wanita, wanita, jelita dan beberapa lagi. prospek dapat dari seluruh negara. semakin sibuk dan pasaran semakin meluas. income pun melonjak mendadak. ramai yang dapat tukar kete. masa tu jual satu-satu dan cash. walaupun hanya jual satu-satu. masa tu kelas seluruh malaysia kena buat. kb, kt, kuantan, jb, alor setar, kk. itulah beberapa bandar yang masuk dalam jaringan perniagaan kita. ramai leader-leader yang lahir, tapi sayangnya tak bertahan lama. mereka gile-gile paling lama pun 12 bulan je. lepas tu senyap. tak ramai leader yang jumpa masa tu boleh bertahan sampai sekarang. mungkin juga leader-leader tak ada demo set untuk buat demo. upline masa tu kena ada stok barang yang banyak. pembeli akan test dan terus pakai pb. nak jumpa mesti tunggu upline dari KL. ini membantut perkembangan meniaga masa tu. bila leader sibuk dan tak boleh turun, mereka pun mati. ambil masa lama nak dibakar semangat. leader datang semangat membara. masa tu bukan satu tempat yang kena pergi. masa tu leader pun belum ramai lagi full times, jadi kena tunggu hari minggu je. ada tempat terabai dan lama-lama mereka matu begitu saja. leader taipan ada masa tu seperti cdm ku yah, cdm faridah, cdm juliani, cdm yan, cdm siti rohani, cdm rozana, cdm hamsah, cdm hj masni, cdm jurinah. itu sekadar beberapa nama.
bila keadaan pb panas, maka lahirlah satu group buat strategi jual hutang. mula-mula tu tak tergugat tapi lama-lama kita susah nak meniaga. ambil pulak loan bank rakyat, jual pulak hutang. masa tu bukan lagi jual produk tapi jual sistem je. produk tak cite pun. main asal nak je. tak yahu apa kelebihannya. report kat syarikat, buat tak tahu, asalkan meniaga naik. memang betul-betul meeniaga naik. sampailah jadi seperti hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan