Jom Follow

Jumaat, 21 Mei 2010

catatan1

salam.
pagi ini sedikit mendun serta berawan. sesetengah tempat hujan renyai-renyai.
di harapkan semangat kita semua tetap membara. semangat kita tak ditentukan oleh persekitaran. tapi ditentukan dari dalam diri sendiri. kita yang kawalnya.

bukan pagi ini je kena membara tapi setiap hari.
bukan setiap hari tapi setiap jam.
bukan setiap jam tapi setiap minit.
bukan setiap minit tapi setiap saat.
kalau setiap hari bersemangat, jadi setiap bulan pun bersemangat.
setiap bulan semangat membara dengan sendiri sepanjang tahun kita akan sentiasa bersemangat.
susah nak dapat semangat seperti itu tapi pasti ada jalannya.

untuk mendapat semangat seperti itu, kena ada disiplin.
target harian mesti ada dan berusaha sekuat mungkin untuk mencapainya. kalau dah ada sikap mesti buat. mesti capai. mesti laksanakan.

sebelum tidur tu tulis dulu apa perancangan esok hari. siapa yang kita nak jumpa. dah tentukan awal-awal lagi. esok hanya buat tindakan. tak payah lagi nak pikir-pikir nak ke mana lagi.

cdm cakap mudah. kami yang kena buat. jangan ada sikap sebegini. ini adalah catatan motivasi untuk saya sendiri. cipta kejayaan yang lebih besar mesti lakukan pengorbanan yang lebih besar juga.

kita mesti buat dulu baru rakan kongsi buat. rakan kongsi ikut apa yang kita buat, bukannya apa yang kita cakap.

sekarang ni pun saya dok bersiap-siap nak ke JB. jumpa dengan kawan lama. mana tau melekat. kena positif. orangnya baik dan tercari-cari peluang nak tambah pendapatan.

pagi tadi pun kami dah keluar rumah jam 6.40am, pergi ambil anak kat bangi fasa 4 tambahan dan hantar ke sekolah semi abim. semalam dah gi teman dia belajar, hari ini ada peperiksaan. lepas tu jumpa dengan cdm zaki dan cdm haryana, ddm shuhaimeee dan geng-gengnya di bangi kopitiam, jam 2 baru tidur. tapi pagi-pagi dah bangun.

tak mengantuk ke?
mana boleh mengantuk, kerja ada permiana bagi kami. kalau main mana ada mengantuk. tengok budak-budak, suruh tidur
n pun mereka marah. nak main. kita pun sama. tak akan penat, tak mengantuk kalau semangat berkobar-kobar.
sentiasa baca impian juga pencetus semangat untuk bertindak. yakin boleh capai dan lakukan tindakan.
tindakan yang membezakan antara sang juara dengan yang lain.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger