sarapan dengan nasi kerabu darat. ayam percik serta daging bakar. gomo banyok giler. kerabunya bawa dari kelantan semalam.
cdm kartini dan anak-anak gi shooping kat Sogo. aku malas nak keluar. baca buku dan tengok-tengok majalah lama, lagi baik.
baru siap kemas majalah-majalah lama. ada yang dah rosak. udara lembab dalam setor. koleksi majalah tersebut dari 1997 lagi. majalah Wanita, Jelita dan Mingguan Wanita. sayang nak buang. siapa-siapa yang nak membacanya boleh datang rumah dan baca. tak boleh bawa pulang. baca kat sini je. free je.
nota-nota masa belajar master dulu dah aku buang dengan hati yang berat. rasanya dah tak akan pakai lagi pun. teori simpulan. buku-buku yang aku fotokopi pun buang semua. malas nak menyemak rumah.
koleksi buku-buku novel popular pun banyak. aku mula kumpul buku tu dari tahun 1997 lagi. sekarang ni tak banyak beli novel popular. novel berat tu ada lah beli sikit-sikit. kalau penulisnya dah ada nama aku beli dulu simpan dan kalau ada masa aku akan baca.
sekarang ni banyak dok baca buku-buku motivasi dan meniaga. sesuai dengan kerja aku sekarang. setiap hari kena baca untuk semangat dan ilmu.
azizi hj abdullah, faizal tehrani, nisah harun, abd talib hasan-saga, shahnon ahmad, abdullah hassan, rohani din, amirzuszati, sekadar menulis beberapa nama.
majalah Hai juga banyak aku simpan. cite artis dari bercinta, kahwin, bercerai dan bercinta lagi dan kahwin lagi. paling lama tahun 2000.
dalam banyak kertas adalah buku persediaan mengajar kami. cdm kartini semasa mengajar di sekolah menengah taman dato harun tahun 1998 dan aku punya tahun 2001 senasa mengajar sekolah menengah teknik kuala lumpur.
cdm kartini punya buku.
aku punya buku.
kenangan semasa mengajar terlalu banyak. di sekolah terlalu banyak cite-cite belakang. semua cikgu nak 100% dalam setiap peperiksaan. itu target semua sekolah pun sebab tu lahir pelajar yang hebat tapi moralnya ramai yang out.
aku dulu cikgu fizik. susahnya nak pahamkan pelajar.
sukan dok tepi. nak ikutkan sekolah tak payah ada pun tak apa. tak membantu pelajar dapat A pun. sebab cikgu PJ orang tak pandang sangat. padahal mereka ini amat penting.
pendidikan tak menentukan pendapatan seseorang. rajin dan tekun je boleh berjaya dalam hidup. sekolah tinggi-tinggi pun ramai yang kerja dengan orang yang tak sekolah tinggi. orang tak sekolah tinggi ni mereka ada keberanian mengambil risiko. berani memulai sesuatu usaha dan tak takut gagal. gagal mereka akan bangkit balik. tak maluUUUUU.
kata bob sadino
"orang 'goblok' biasanya lebih berani dibanding orang 'pintar'. kenapa? kerana orang 'goblok' sering tak berfikir panjang atau banyak pertimbangan. dia nothing to lose. sebaliknya, 'orang pintar' terlalu banyak pertimbangan."
jumpa anda dipuncak kejayaan!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan