Jom Follow

Ahad, 25 April 2010

ALAHAI MINES


HARI AHAD, AKTIVITI SEPERTI BIASA. MEETING BOP KAT MINES. KELAS BERJALAN SEPERTI BIASA. RAMAI YANG TERNANTI-NANTI KELAS TERSEBUT. ADA YANG TAK LENA TIDUR SEMALAM.

DOK PIKIR, 'JADIKE PROSPEK AKU NAK DATANG ESOK'. 

TAK SABAR-SABAR NAK BAWA PROSPEK MELIHAT KEHEBATAN GROUP KITA. PROSPEK YANG DATANG KELAS KAT MINES, BIASANYA MEREKA AKAN MASUK. PANDAI-PANDAILAH AJAK PROSPEK ANDA DATANG KELAS KAT MINES WALAUPUN SEKALI. DATANG DAN NILAI PELUANG DENGAN HATI YANG TERBUKA. KALAU TAK NAK MASUK JUGA, KITA DAH PUAS HATI.

SEBELUM INI KITA SUSAH NAK AJAK PROSPEK BARU DATANG KELAS BOP TAPI DENGAN STRATEGI BARU PROSPEK LEBIH MUDAH NAK DATANG. KELAS-KELAS TAIPAN SEKARANG SENTIASA PENUH DAN MERIAH. KAT MANA-MANA JE KELAS PENUH SESAK. SYUKUR. PROSPEK MULA DATANG DAN PERCAYA SISTEM LATIHAN YANG KITA BUAT.

HARI INI KELAS KAT MINES MACAM BIASA. PROSPEK RAMAI. CDM JE YANG TAK RAMAI. MUNGKIN PENAT, BARU SAMPAI DARI ALO STAR. ADA JUGA CDM-CDM YANG BERMALAM KAT SANA. TAK LARAT NAK BALIK. BAS PUN MUNGKIN SAMPAI PAGI. SEMALAM PUN KAMI TERPAKSA TIDUR DULU KAT KAWASAN REHAT GUNUNG SEMANGGUL, DAPAT TIDUR SEJAM, TERUS SEGAR DAN PANDU KETA SAMPAI RUMAH. 

LAJUNYA BOLEH TAHAN, CECAH 200KM/J. SAMPAI JAM 5.00AM. TUNGGU DULU SOLAT SUBUH BARU TIDUR DAN BANGUN JAM 8.30AM. DATANG JUGA KELAS KAT MINES. ITU DAH KERJA KAMI. INILAH JANJI PADA DIRI KAMI. ORANG LAIN TAK DATANG KAMI TETAP DATANG. INI DAH PERIUK KAMI. 

TAK G KELAS, TAK MENIAGA, TAK MENIAGA MANA FULUS NAK MASUK. TAK KAN SEKALI TAK DATANG DAH MATI MENIAGA. BAGI KAMI DAH JADI KEMESTIAN DATANG KELAS SETIAP HARI AHAD. SEKALI TAK DATANG, RASA TAK APA-APA. 2 KALI TAK DATANG TAK APA-APA. LAMA-LAMA KITA TAK ADA KEGHAIRAHAN NAK DATANG KELAS, MENIAGA BOLEH MATI.

BILA KITA TAK DATANG KELAS, INI AKAN DI DIPLIKASI OLEH RAKAN KONGSI KITA. LAMA-LAMA GROUP KITA TAK DATANG KELAS. KESANNYA BUKAN HARI INA DAPAT LIHAT. TUNGGU 2,3 BULAN BARU NAMPAK KESANNYA. VOLUME KECIL, INCOME CIPUT. BARU MENGELABAH.

ADA JUGA CDM YANG DATANG LEWAT. RAKAN KONGSI DAN PROSPEK DAH LAMA MENUNGGU, DIA BELUM SAMPAI LAGI. LEADER SEPERTI INI, ORANG TAK YAKIN BOLEH IKUT. URUS DIRI PUN TAK BOLEH, MACAMANA NAK URUS GROUP. KAMI  DAH LAMA PERHATIKAN LEADER LAMBAT DATANG KELAS, MENIAGA PUN TAK MELETUP. KALAU DATANG KELAS LAMBAT, APPOINTMENT PUN LAMBAT. PROSPEK DAH MENILAI KITA. LEADER SEPERTI INI TAK BOLEH G JAUH. ADA YANG TERUK LAGI, LANGSUNG TAK DATANG KELAS. ALASAN G APPOINTMENT.

ADA ORANG TANYA TAK PENAT KE CDM. TAK PENAT, APA YANG KAMI BUAT NI MACAM BERMAIN JE. MANA ADA PENAT, SERONOK ADA LA. INI KERJA KAMI DAH LAKUKAN DAH DEKAT 10 TAHUN. ANDA CUKUP BERUNTUNG, MASUK JE DAH ADA KELAS-KELAS. NAK DATANG ATAU TAK JE. KELAS MOTIVASI BERTERUSAN ADA, SMS MOTIVASI SETIAP PAGI DAN RAMAI CDM YANG BOLEH DIJADIKAN MENTOR. TAK ADA SEBAB KITA GAGAL. APA YANG ADA BELUM JADI. JANGAN BERHENTI JE. DULU TAK ADA KELAS SEPERTI HARI INI. SUSAH NAK DAPAT ILMU DAN SUPPORT DARI GROUP. MENIAGA MASA TU JADI JUGAK. TAPI LAMBAT SIKIT LA. SEKARANG NI LAGI LAJU, CUMA KENA PANDAI AMBIL PELUANG JE. KENA PANDAI IKUT. KENA GUNA SEPENUHNYA KEMUDAHAN YANG ADA. 

SELAIN KELAS KAT MINES. MELAKA, MUAR DAN RANAU PUN ADA JUGA. SELURUH NEGARA ADA KELAS. HADIRKAN DIRI ANDA, KUTIP ILMU, TAMBAH SEMANGAT, MENIAGA PUN LEBIH JADI. DUIT PUN LEBIH BANYAK MASUK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger