Jom Follow

Ahad, 18 April 2010

PGRM

Tahniah buat anda semua. kita dilahirkan untuk menjadi juara. juara dibina dan bukannya dilahirkan. ramai antara kita terbawa-bawa kegagalan semalam, kecewa semalam, kedukaan lepas dalam kehidupan hari ini. hari ini adalah hari yang paling penting dan perlu mengambil peluang dengan membuat sesuatu usaha dengan cara terbaik. menangis sehingga keluar air mata darah sekali pun, semalam tak akan kembali. sebaiknya kita mengaku kesilapan, kegagalan itu sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya lagi. lepas dah tak boleh buat apa lagi. hari ini adalah harinya untuk bertindak dengan lebih baik lagi.
sebenarnya kami baru balik dari menara pgrm cheras. ada majlis penganugerahan sm&ssm 2010. kehadiran seperti biasa, ramai, penuh dan dewannya dipenuhi dengan merah hitam. bergaya sakan. bagi mereka inilah masanya untuk bergaya, memakai baju yang indah, sanggup berhabis untuk cantik. ini juga sebagai momentum untuk berkerja lebih tekun dan penuh strategi.
speaker taipan cdm noor hanim bin wan taha. speaker terakhir. ucapannya cukup bermakna dan isi-isinya boleh membakar semangat. warga taipan pun tak kurang ramai kalau nak dibandingkan dengan group-group lain. penuh pentas sehingga ramai yang tak boleh naik pentas. cukup sekadar kat bawah saja. letupan dan lampu pun banyak. gerak tari "lagu pikirkan" boleh semakin mantap. malah ada yang duduk kat kerusi pun bangun dan ikut gerak tari tersebut. anak-anak pun seronok mengikut. dengar lagu tu je mesti nak buat gerak tari tersebut. dah jadi habit. tahniah juga buat cdm hairul nizam yang menjadi taiko setiap kali ada majlis seumpama ini. selain itu cdm zaiton juga banyak membantu. ingat kalau sorang-sorang memang tak mampu, jadi kena bersatu dan bersama baru boleh boooooooom. speaker pertama cdm Faridah Din dan ke 2 CDM Hamimee bt Abu Bakar.
semasa aku makan kat station kopitiam, sempat tanya dengan rakan kongsi baru taipan. "Nak meniaga ke nak main-main?" "nak meniaga"jawab mereka. "kalau nak meniaga jangan bertangguh. bagi saya tak ada yang malas tapi ramai yang bertangguh. kita buat esok, jumpa lain kali, call kemudian, hari ni dia sibuk dan banyak lagi alasan untuk menangguh. ingat jangan sekali bertangguh. dah ramai yang bersedih bila prospek dah masuk dengan orang lain. sibuk macamana pun kita mesti rancang untuk ,meniaga ini. semua orang ada masa 24 jam dan tak boleh dipinjam dari manusia lain. jadi kena ada disiplin dan keutamaan baru kita boleh berjaya. jangan buat masa rajin je tapi kena buat setiap hari. lepas kerja, kalau kita kerja. mesti buat, mesti buat. kalau tak buat, tak ada orang akan buat untuk kita. ingat masing-masing nak kaya tau." syarah aku.
seramai 800 lebih penerima sm dan 200 lebih penerima ssm. sentiasa ramai dan ini membuktikan hai-o menarik ramai orang dan ramai yang nak berubah hidup. persoalannya kenapa ramai juga yang gagal. padahal mula-mula masuk betul-betul bersemangat. masuk bula ke2, ke 3 semangat dah kurang dan langsung tak buat. mulalah menyalahkan orang lain atas kegagalan diri sendiri. antara petua nak berjaya ialah kita mesti bertanggung jawab dengan apa-apa yang terjadi kepada diri sendiri. berjaya atau kegagalan. gagal tak cukup kerja.
AYUH SEMUA BUATLAH KEPUTUSAN UNTUK BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK LAGI. ANDA BISA MELAKUKAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger