Jom Follow

Selasa, 13 April 2010

Nama Kamarudin Mamat. Dulu cikgu, mengajar kat Sekolah Menengah Teknik Cheras. Masuk mengajar tahun 2000. Tamat belajar 1997, sepatutnya terus mengajar tapi sambung belajar dulu, tak sempat habis, subjek yang saya ajar fizik dan matematik moden. Masa kat UPM dulu ambil ijazah sarjana muda painstaking pengkhususan fizik, orang baru kena mengajar tingkatan 4. Pelajarnya sekarang ni dah tamat belajar, ada yang dah kerja, yang belum kerja pun mungkin ada, yang bekerja sendiri pun ada. Rezeki ada di mana-mana kalau kita buat usaha. Sentiasa saya ingatkan pelajar dulu kalau harapkan nak makan gaji terlalu sukar kerana pada masa mereka tamat belajar persaingan lebih hebat lagi, yang terbaik saja yang dapat peluang pekerjaan yang bagus atau yang ada orang dalam. Mungkin mereka perlu berhijrah ke negara lain. Dunia tanpa sempadan. Itu yang selalu diingatkan pada anak murid. Kalau meniaga sendiri lagi baik. Meniaga boleh jadikan kita kaya raya. Ada pendapat kata, pendapatan tak ada kaitan pun dengan pendidikan yang diperolehi.
Sekarang ni buat meniaga MLM sepenuh masa. Pada mulanya meniaga kecil-kecil buat menampung hidup, tampung mana yang bocor. Lebih sikit dapat bersedekah pada yang memerlukan, lebih sikit rezeki boleh bagi lebih pada orang tua, lebih lagi pergi jalan-jalan tempat yg menarik dalam dan luar negara, kalau lebih lagi boleh beli aset-aset lain. Sekarang ni pun sedang menanggung 5 anak buah yang kehilangan kedua orang tuanya. Ada rezeki lebih boleh buat apa yang diminati, membaca buku dan beli buku sebanyak-banyaknya. Masih ada lagi impian yang akan digapai sedikit masa lagi. Jom join kami, cipta masa depan yang gemilang. Kita wariskan kekayaan pada generasi akan datang dan bukannya kemiskinan. Ternyata meniaga yang kami pilih adalah betul.
Letak jawatan sebagai guru ni tahun 2004, mula-mula tu perasaan berbelah bagi. Pengetua masa tu beri sokongan tapi cc sekolah yang beri sedikit tekanan. Meniaga ni tak selalunya akan naik, mungkin merosot. "Langit tak selalunya cerah" katanya. Tapi hati dah nekad. Letak jawatan 24 jam. Terpikir juga, ok ke buat MLM ni? Boleh bertahan lama ke? Sentiasa income besar ke?kalau tak bertahan menyesal. Tapi pejam celik, pejam celik dah 5 tahun aku dah buat meniaga ini. Pendapatannya kukuh dan bergantung kepada kesanggupan kita bekerja serta kualiti kepimpinan kita. Pendek kata kerja menang hati selalu kena buat. Orang ikut kita selagi mereka suka dan sayang pada kita. Kalau tak meniaga kita tak lama dan salahkan MLM tak boleh buat duit. Padahal diri yang tak berubah dan buat banyak silap. Ramai juga geng-geng yang sama-sama masuk dulu dah tak buat, give up dan patah hati. Saya dan isteri masih lagi buat, buat, buat dan pendapatan pun mengalahkan masa makan gaji dulu. Tak perlu berapa yang kami dapat. Kalau nak tahu, perlu berjumpa. Aset-aset pun mampu beli dan melancong pun dah banyak kali. Meniaga ini boleh kita kongsi dengan ramai orang. Rakan kongsi pun dah ramai yang berjaya dan masih ramai lagi yang sedang menanti untuk dijayakan. Mampukah untuk jayakan semua orang? Kalau sekali mereka kata nak, 10kali kami nak. Sekarang ni keseronokan dan kepuasan terletak pada kejayaan dan kesenangan rakan kongsi.
Nak sampai ke tahap sekarang bukan mudah tapi tak mustahil. Kami dah buktikan. Banyak pengorbanan yang mesti dilakukan, banyak pelaburan yang kena buat, beribu-ribu KM kena berjalan. Orang sedang tidur, dah keluar rumah. Balik rumah dikala orang dah tidur semula. Tapi tak lama, bila dah berjaya itu semua dah jadi kenangan yang paling manis dan mungkin tak temuinya lagi.Sekarang kami tahu, ramai lagi rakan kongsi yang sedang menjejaki kami. hulurkan tangan mu biar kami heret supaya anda bersama kami dan tak keciciran dalam mengejar impian.
BERTEMU ANDA DIPUNCAK KEJAYAAN. Akan ada lagi sambungan catatan meniaga MLM.

1 ulasan:

  1. perhatikan kepada kamaruddin mamat

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150158624083341&set=a.193167228340.127195.139381643340&type=1&permPage=1

    BalasPadam

Powered By Blogger