Terima kasih pada semua yang sudi membaca catatan ini. pohon maaf dulu, catatan ini lintang pukang bahasanya. orangnya masih belajar menulis untuk berkongsi sesuatu dengan anda semua. catatan ini sebagai titik mula untuk menulis. perkongsian ini untuk kita sama-sama dapat manafaat dan tak ada niat pun nak mengajar. bila banyak buku-buku yang kita baca, maka banyak benda yang kita perlu kongsikan dengan anda semua, terutamanya rakan-rakan Taipan. saya tahu dalam kesibukan meniaga sehinggakan kita tak sempat untuk menelaah ilmu terutamanya kita yang masih baru membina rangkaian. rangkaian yang dibina perlukan masa untuk jadi kukuh. bukan semalam boleh kukuh, malah ikut pengalaman saya kita perlukan 4 tahun selepas jadi cdm. kalau anda belum lagi cdm, masa yang lebih mesti diperuntukkan untuk membina rangkaian. lebih terang mesti tambah kuantiti. dari kuantiti yang banyak akan keluarlah kualiti. bila kualiti banyak, rangkaian anda menuju kekukuhan. kalau belum lagi, kerja dan belajar mesti lebih giat lagi. dalam belajar pun kita dah dapat duit. mungkin belum banyak tapi rata-rata orang yang saya jumpa pendapatan yang mereka bawa pulang pun dah lebih dari gaji semasa mereka bekerja.
Mula-mula meniaga dulu, kita buat, buat, buat sahaja. orang masuk suka, orang tak masuk cari lain. lama tak closing ubah cara cakap. banyak guna kaedah cuba jaya dan baca buku-buku berkaitan MLM. buku-buku pun bukan banyak kat sini. tapi itu semua bukan menjadi alasan bila nekad yang tetap nak berjaya. tak ada panduan dan bimbingan dari orang yang lebih pengalaman. upline pun masih baru, banyak silap pun saya tak tahu. meniaga masa tu dah kira ok. income pun menjadi-jadi. ingatkan income besar menandakan kita dah betul buat. betul buat kat sini ialah jaga group dan bina meniaga. lama-lama baru saya tahu ilmu akan membawa kita meniaga lebih lama. bukan semata-mata income yang banyak. tak ada kelas mingguan, kalau ada pun hanya sekali dua je buat. bila asyik muka yang sama je yang datang dan beberapa kerat orang je. lepas tu tak buat lagi. seminar pun setahun sekali. tak ada peluang pun nak jumpa cdm-cdm otai seperti sekarang. kalau jumpa pun sekejap saja. belum menuntut dah nak balik. tambahan pulak upline selalu cakap. " mereka tu pun bukan meniaga besar, bila kita masuk mereka jadi hebat, so kitalah yang hebat. tak payah tanya, ikut aku je". saya pun ikutlah. menjadi pengikut adalah ciri-ciri orang berjaya. jadi kami pun ikut.
Setiap hari mesti keluar bertemu dengan prospek. senarai nama mesti ada dan sentiasa kena tambah. jauh atau dekat bukan lagi masalah. janji setiap hari boleh berkongsi peluang dan produk dengan prospek. kalau tak jumpa orang bisa demam pak. dulu kalau jumpa prospek memakan masa 1 hingga 2 jam. cite dulu pasa kelebihan produk dan prospek akan cuba produk. target mesti jadi sm bulan pertama, mahu tak mahu kena buat sampai jadi. mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang selagi tak jadi sm pada bulan pertama. pengalaman dulu membuktikan orang baru layak jadi sm pada bulan pertama. sama seperti pakej 10 unit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan