Jom Follow

Khamis, 29 April 2010

Terkenang Masa Dulu-Dulu


Ni nak kisahkan sikit pasal kami. Sebelum kami ceburi perniagaan MLM. Sebelum meniaga ini dulu-dulu pun ada meniaga juga. Kahwin 1998, lepas tu menyewa kat Taman Desa Serdang. Tahu kat mana Taman Desa Serdang. Letak di Besraya. Sebelum jumpa Serdang Lama, akan jumpa dulu. Senang cakap belakang Restoran Maulana. Masa kami tinggal, Restauran Maulana belum ada lagi. Penyewa kat situ asyik bertukar saja, meniaga tak jalan. Selepas Maulana ambil alih baru hidup. Itu pun selepas kami pindah. Ada satu lagi, Klinik Dr R Daya dah ada. Macam doktor pribadi pulak. apa-apa hal, r daya jadi tempat rujuk. biasanya demam dan nak MC sakit. Kami Menyewa flat. Rumah sewa kami ditingkat 4. Asyik kena menapak. Masa tu ok lagi.Masih muda. Masih bertenaga. Sebelah Minlon. Berjiran dengan jalan kereta api dan komuter. Hidup pun tak senang sangat. TV pun sewa masa tu. Nak beli TV tak cukup duit. Nasib baik ada TV sewa. Krisis air pun berlaku, air kena catu. Kenapala krisis air berlaku ketika kami dok kat tingkat 4. Bawak air dengan baldi, naik kelantai 4. satu baldi pun dah cukup susah. Nak menangis pun ada. tapi itu dah jadi kenangan. Masa itu juga elektrik pun ada masalah. Maklumla Sukan Komenwell.  

Geng kami yang tinggal kat situ.
Habibah(pensyarah UPM) dan Yet( mengajar di sekolah sains selangor masa tu tapi sekarang mengajar di sekolah alam shah putrajaya). Mereka ini suami isteri. coursmate aku.
Kamaruszaman(pelajar sarjana masa itu dan sekarang usahawan berjaya)

Masa tu aku sedang belajar lagi. Ambil Sarjana Sains. Adalah sikit elaun. Tak silap aku RM1,300. Boleh bernafas. CDM Kartini je yang keje. Mengajar Sekolah Menengah Taman Datuk Harun, PJ. Duit tak berapa nak cukup. Kalau cukup sekali pun. Nak meniaga juga. Minat punya pasal. Suka punya pasal. Macam-macam nak beli. Macam-macam bekenan. Nak meniaga lain tak ada modal dan pengalaman. Masa belajar, belajar saja kerjanya dan tak ada niat pun nak buat apa-apa part time. jadi meniaga makanan je paling mudah. Cdm Kartini ada skill memasak. jadi meniaga nasi kerabu dan nasi berlauk. Nak buka gerai tepi jalan. Masa tak cukup. Nak gi macamana. Keta pun belum ada lagi masa itu. Hanya motorlah kenderaan kami. Nasib baik anak belum ada lagi.  Jadi kami letak kat KOOP UPM dan kat kolej KPZ. Kat KPZ sekejap je letak. Nasi habis duit tak berapa nak cukup. Jadi tak buat lepas tu. Kat KOOP tu lama jugala hantar. Dapat tampung hidup kami berdua. Ada juga yang komplen. Nasi kerabu basi. Maaflah. Tak sengaja.Mungkin masa bungkus tu nasi masih berasap lagi. Sape-sape yang terbeli nasi kerabu basi tu, maafkan kami. Hantar pakai motor, kena pegang raga lagi. Ada juga geng-geng yang gelak tengok kami. Kami tak kisah. Tak malu pun. Dapat duit. Cari rezeki halal. 

Sebelum tidur dah siap semua bahan-bahan. Pagi masak nasi je dan lepas subuh dok bungkus nasi. CDM Kartini mengajar petang. G sekolah pun menumpang kete kawan. Siap je g hantar. Itu bab pertama kami meniaga. Mesti buat kalau nak hidup senang. Kalau nak miliki macam-macam. Rumah. Kereta. Harta-harta lain. Itulah prinsip kami. Tak ada orang akan tolong kalau kita susah. Orang boleh bagi simpati je. Boleh bagi pendapat tapi tak bagi pendapatan. Nak minta dengan orang tua, memang tak patut. Nak hidup mestilah kreatif.

Peristiwa penting. Masa inilah Cdm Faridah, ajak Cdm Kartini gi meeting bop di kajang. tak bagi tahu nak gi mana pun. tiba-tiba je gi kat tempat amway. kalau awal-awal tahu,memang tak gi dah. bagus juga helah yang diguna pakai oleh Cdm Faridah. Balik je, Cdm Kartini berangan. Kalau dapat income seperti orang tadi kan bagus. apa nak buat. pendapatn abang hizam, masa tu RM8000. Langkah pertama menuju kejayaan. 

Lepas itu, gi lagi ke kelas di Bukit Fraser. Bermalam lagi. Dibakar habis-habisan. amway adalah jalan menuju kejayaan. jalan menuju kemewahan. jalan menuju kebebasan masa dan wang. produk-produk berkualiti dan banyak lagi.Masa itulah cdm faridah buat buku impiannya. buku inilah beri inspirasi dikala down.  Aku tak pi pun. Dok kat rumah jaga anak.

Lepas tu kami pindah ke Kampung Abu Bakar Baginda. Nak merasa rumah bawah pulak dan tuan rumah tak nak bagi sewa lagi. Masih aku ingat. Pindah, barang tak banyak. Tapi Abg Nuar datang ambil barang. Abg Nuar ada lori. Kami bakal berjiran dengannya. Kenal macamana? Cdm Kartini mengajar sama dengan Kak Zah, wife Abg Nuar. Barang naik lori. Kami naik motor. Malangnya hujan lebat. Basah kuyup. Sedih! Aku masih ingat lagi. Kalau tanya Cdm Kartini mungkin, tak ingat.

Kenangan dengan Abang Nuar dan Kak Zah. Ambil buah mempelam kat rumahnya. Masa itu mereka menyewa di taman serdang raya. Belakang fakulti vet. Mempelam tu dan kami jeruk. Jual. Masa tu duit dah nazak sangat. Esok baru gaji. Nasib baik laku juga jeruk kami itu. Dapatlah sambung hayat. Apa kami buat dengan duit tu. Pi tengok hoki kat Stadium Bukit Jalil. Bayangkan kami berdua, naik motor. Kelakar. 2 2 besar. hi!hi!.Bukan dekat tu. 

Tahun 1999 dapatlah beli kete Proton Iswara, lepas mengundi. Beli kat Kelantan. Kenangan bawa kete dari kelantan ke KL. Kete tu manual. MRR2 tak siap lagi, jam jalan dan kete mati 6 kali, sebelum sampai rumah. Kenangan yang terpahat kekal. Bukan pasal manual, tapi jarang bawa keta. jarang pandu keta. mana ada keta masa itu. nak bawa keta pun kena sewa. stress gila bawa keta hari itu.

Langkah mula panjang. Otak kian mula terbang apa lagi boleh buat. Keta kena bayar. Minyak kena isi. Pikir punya pikir meniaga barang siam lagi mudah dan murah. Balik Kelantan beli brooch kat Siam dan jual kat KL. Geng-geng sekolah dan mana-mana ekspo. Selalu balik 2 minggu sekali. Kadang-kadang setiap minggu. Lepas jumaat bertolak, sampai 3 pagi, tidur, pagi masuk siam dan esoknya naik kl lagi. Itulah rutin kami. Semangat dan tak ada rasa penat pun. Rutin tu berjalan selama 2 tahun jugak. Jual kat sekolah-sekolah dan car boot sale Shah Alam, tumpang tapak orang. lepas tu, sewa tapak sendiri. itu pun tak lama. Kenangan cukup mendewasakan kami.

Hari ahad pagi-pagi dah keluar. Bayangkan kami sumbat payung dalam keta Proton Iswara. Masuk melalui bonet belakang. Hulur sampai ke kaki belah penumpang. Tempat duduk belakang isi dengan barang nak jual. Tengah hari balik. Berapa dapat, ok saja. Biasanya habis. Kami berniaga selalunya bersama Cdm Safiah Jamsari. Kongsi tapak kadang-kadang. Aku masa itu, pusing-pusing. Cari gerai jual buku dan majalah lama. Sebab itulah kami punyai banyak sangat majalah-majalah lama. Majalah seperti Wanita dan Jelita, terutamanya. Anak tinggal kat rumah pengasuh. Nasib baik dapat pengasuh baik. Kadang-kadang anak tidur rumah pengasuh. Hubungan baik masih berjalan hingga kini. 

Kenangan yang masih tebal, semasa kami tinggal di kampung abu bakar baginda. Kami berjiran dengan abang nuar. Tuan rumah orang kajang. Dalam tanahnya hanya ada kami berdua je. Tanahnya 2,3 ekar juga. Malam-malam sunyi. Nak ke rumah kami. Masuk kampung abu bakar baginda dari UNITEN, belok kiri, jalan terus hingga naik bukit sikit. Atas bukit tu ada rumah belah kanan. Kat situlah rumah sewa ke 2 kami. Semasa tinggal kat situ, jalan belum siap sepenuhnya lagi. masih lagi jalan kecik dari tol UPM. Putrajaya baru buka. Tak sibuk sangat lagi. Kalau ada yang masih ingat. Kat kuil hindu tu, ada simpang 4 dan ada trafik light. 

Ramadan. Kami meniaga tart nenas. Tahunnya aku tak ingat. Apa yang pasti sebelum menceburi dunia hai-o. Cdm Jamsari safiah yang jual kat PKNS Shah Alam. Ajak anak buah datang tolong. jem nenas, buat sendiri. beli nenas. blande dan masak. bukan mudah tapi nak jimatlah katakan. buat pun main ikut-ikut. ada besar dan ada kecik. botol pun kami ambil dari kelantan. kami isi penuh kereta. kelakar pun ada. padahal kat KL pun ada. Harganya pun sama. Pengalaman berharga. Berminyak satu rumah. Tak untung pun. Tak pakai maejering tapi pakai barter. Nak sedap. Untung entah ke mana. Seronok berniaga.
Satu lagi kenangan. Cdm Faridah datang ke rumah. Bawa upline. Beri semangat kat Cdm Kartini. Ajak terus fokus pada perniagaan amway yang dia sedang. Nama orang yang dia bawa, aku tak ingat. Apa yang pasti seorang lelaki.

Seronok dengan kehidupan itu, duit cash ada tapi simpanan tetap tak banyak. Tak boleh buat harta. Makan memang mewah. Cakap je mana kedai sedap. Kami pasti sampai. Bila sedap, hari-hari kami sampai. 

Bulan ramadhan ambil tapak kat bazar ramadhan kat lorong tengku abdulrahman. Jual brooch. Sempat 3 kali ramadhan. Kami pikir mudah je, buat, buat, buat dan jangan pikir negatif. 

Duit, duit, duit. Selalu ingat kami akan meniaga besar juga suatu hari nanti. Semangat dan impian ada. Orang lain boleh, kenapa kami tak boleh. Orang lain boleh memiliki kereta mewah, aku juga ada keinginan nak memilikinya. Orang lain dah memiliki rumah, kami juga ada keinginan memiliknya. Kalau ingin saja dan tak ada fulus. Memang tak boleh dapat. Tunggu ikan keli bersisik pun tak akan dapat. Sampai bila nak menyewa. Sampai bila dok, lihat kesenangan orang. Aku pun nak merasa juga. Masa ni aku dah mengajar Sekolah Menengah Teknik Cheras.


Mei 2001 kami mula kenal dengan hai-o. Kawan semasa CDM Kartini mengajar kat PJ. Kami dah tinggal di Taman Desa Damai, Sungai Merab. Masuk ikut pusat latihan orang kurang upaya, Bangi. Rumah yang kami beli. Guna pinjaman kerajaan. Datang rumah, lepas maghrib. Cakap-cakap kejap, terus masuk bilik. Aku buat tak kisah. Aku pun tak ingat. Sembang ke tak sembang dengan Jamsari masa itu. Datang cite pasal satu peluang hebat dan ikut firasatnya meniaga ini memang boleh berjaya. Memang boleh buat duit. Memang boleh buat kita kaya. Produknya pakaian dalam, Beautiful. Produk ajaib. Produk kesukaan ramai. Produk orang perempuan. Orang perempuan mesti suka dengan Beautiful. Pakaian pembentukan badan. Boleh kurus kalau kena dengan cara pakainya. Fokus pada satu ni je walaupun harganya RM 2000. Produk lain ada, tapi jangan kisah dengan yang lain-lain tu.

Setuju nak buat tapi ragu pun ada. Cuba-cuba. Try-try. Kita cuba dulu esok kalau orang nak, kami buat. Lepas sekolah CDM Kartini bawa upline jumpa dengan beberapa prospek. Mereka tak nak. Semangat merundum. Dah sah, susah nak jual. Sah orang tak suka. Harga mahal dan tak semua orang mampu beli. Buat keputusan tak nak buat. Tak nak buat. Tak nak join. Tak nak terlibat.

"Tak nak ikut tak apa, aku nak buat." Kata upline.
" 3 bulan lagi aku jumpa balik."

Lepas tu upline senyap dah tak call kami. Pasal meniaganya kami dah tak ambil tahu. Tak ada hubungan lagi. Buatlah berniaga seperti biasa. Jual-jual apa yang boleh jual. Selepas 3 bulan, upline betul-betul datang dan tunjukan cek bulan ke3 sebanyak RM 14K. Terkejut! Tiba-tiba keyakinan datang. Dia boleh, aku pun mesti boleh juga. Dulu ragu dan kini betul-betul percaya. Hai-o ada masa depan. Bukti depan mata. Saat itu terus melekat. Disini juga kami belajar, sekali tak nak bukan bererti selama-lama tak nak buat. Kena g lagi. Kami masuk pun selepas 2 kali dengar. Kalau anda sekali jumpa orang tak nak, jumpa sekali lagi. Sampai 4,5 kali pun tak apa. kena pujuk lagi. pujuk dan pujuk lagi. mana tahu prsopek akan setuju. itulah dia kuasa follow up. Tak follow up, mati berniaga.

Nak buat. Nak join. Nak ikut. Kena pakai dulu Beautiful. Nak pakai, ada duit. RM 2000 tu. Banyak tu. Kesian kami, 2 2 makan gaji. Gaji ijazah lagi. Nak beli barang harga RM2000 pun tak mampu. Betul-betul tak ada duit. Pakai mesti. Kalau tak, tak boleh berniaga. Nakjual, tapi penjualnya tak pakai. Tak masuk akal. Pikir punya pikir. Upline beri pakai dulu. Hutang. Dapat bonus bayar. Mesti jual 10 set. Mesti jual. Itu target kena capai. Mesti capai. Bila keyakinan diri tinggi. Mudah orang percaya dan beli. Kawan-kawan sekolah yang beli. Dalam bulan pertama, dengan jual satu satu. Dapat capai 10 set juga. Set terakhir, terjual di Felda Simpang Waha Kota tinggi johor. Dapatlah bonus RM4000 lebih. Boleh bayar hutang.

Kenangan.
Jaga anak. Layan anak. Ada keta melintas. Jengok ke luar. Harap-harap wife yang balik. Bukan lagi. Cdm Kartini balik malam. Lepas sekolah terus gi berniaga. Terus jumpa prospek. Nak laku 10 set bukan mudah. Kena jumpa ramai orang.
Stesen minyak caltek kat seri kembangan, tempat aku tunggu wife balik demo. Beberapa kali juga.

Itulah permulaan kami buat meniaga ini dan keputusan itu telah mengubah kehidupan kami sekeluarga. Tak sangka boleh jadi begini. Itu pun selepas 3 bulan baru kami masuk, kalau masuk masa pertama kali upline datang mungkin sejarahnya lagi berbeza. Tapi kami tetap bersyukur. Benarlah kata bijak pandai kehidupan masa kini, berkait rapat dengan keputusa-keputusan yang kita ambil masa lalu. Kalau kami terus menolak dan ego tak nak ikut orang berjaya. Tak tahu macamana kehidupan kami. Syukur pada Ilahi.

Bulan ke 2. Berjalan seperti dirancangkan, yang beli dan pakai dalam bulan pertama. Nak join dan nak berniaga. Dapatlah jadi SSM dan bulan ketiga terus jadi DSM. 

Akan ada sambungannya nanti!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger