bila kali terakhir kita hadiri seminar motivasi? bila kali terakhir baca buku-buku moyivasi? bila kali terakhir kita sembang-sembang pasal motivasi? jawablah dengan jujur. semua tahu motivasi tu penting dalam meniaga ini. motivasi penting untuk terus bertahan. motivasi penting untuk terus buat,buat dan buat. motivasi penting untuk hadapi halangan-halangan yang datang. motivasi penting untuk kita dengar orang kata tak nak. motivasi penting untuk kita dengar sindiran kawan-kawan kat tempat kerja. motivasi penting untuk hadapi jelingan perlekeh oleh pasangan sendiri.
tahu penting tapi tak buat. nak bayar g seminar pun kedekut, nak beli cd-cd motivasi pun sayang duit, nak beli buku-buku motivasi tak nak, sembang-sembang motixasi dengan upline pun jarang. susah nak meniaga tau. semua tau semangat boleh hilang sekelip mata. bila hilang perkara kat atas tu perlu. kalau setiap pagi kita baca buku motivasi selama 15 minit. tengok hasilnya semangat memuncak hari tu, jumpa orang pun closing.
nak buat sesuatu, mesti ada sebab. kita nak buat MLM pun mesti ada sebab. sebabnya mesti hebat dan besar. biar orang dengar terkejut beruk. biar orang kata " mati hidup balik pun aku tak dapat apa yang kita nak tu." biar orang kata " mati hidup balik, mati dan hidup balik lagi pun tak akan dapat apa yang kau nak dapat".
masing-masing ada matlamat sendiri, suburkanlah impian tersebut dan yakinlah kita akan dapatnya sedikit masa lagi. matlamat akan dikecepi oleh semua orang, cuma perlukan masa je. kita buat MLM ni nak dapat matlamat dengan lebih cepat lagi. kalau kita tak buat MLM ini mungkin kena tunggu 10 atau 15 tahun baru boleh dapat. ini kita boleh singkatkan masa tu, kepada mungkin 5 tahun ke.
apa matlamat semua orang? basic matlamat nak hidup senang, rumah besar, kereta mewah, dapat g melancung, g mekah, nak apa pun boleh dapat, dapat buat apa yang kita suka buat, boleh bersedeqah tanpa had, nak kerja kebajikan je. hidup senang tanpa kerja. ini semua orang nak. dah gile ke. mana boleh senang tanpa keje. bukan tak keje. keje dulu, beli aset, buat simpanan dan pasif income besar. masa tu kerja adalah pilihan. saja nak seronok-seronok. masa tu kerja bukan wajib lagi pada kita. dalam dunia ada ke yang dapat seperti tu? dah ramai, tengok sehabat-sehabat cina kira, mereka gile-gile dan sampai satu tahap mereka dah tak kerja. pasif income dah banyak. orang melayu tak tekun kerja sebab tu tak boleh buat harta yang banyak. selalu kita dengar " kalau orang tua tak beri harta/tanah pada kita mana boleh mampu beli, keje setakat cukup makan je". orang cina kerja mana yang boleh dapat duit banyak. kerja buat sales, buat lebih dapat lebih. mereka tak suka pada gaji tinggi tapi tetap. tengoklah dijalan-jalan lepas orang masuk pejabat, mereka ni sedang buat sales. tentu orang cina bukan. bukan nak perlekeh orang kita. saya pun melayu. dah sampai masanya kita ubah, buat sesuatu dengan cara terbaik.
impian mesti besar dan sentiasa yakin boleh mencapainya. capai satu, tambah lagi impian. jangan lepas dapat dah tak tahu nak buat apa lagi. dalam MLM ni impian kita ialah nak dapat network yang benar-benar kukuh. semua 6 kaki tu hidup. bukan nyawa-nyawa ikan, sentiasa perlukan bantuan oksigen je. bukan hidup segan, mati tak mahu. nak capainya mesti tetapkan tarikhnya. jun 2013 aku akan capai tahap tu. kalau capai tu, tak boleh nak bayangkan. indahnya hidup. kerja ganti mesti kena buat, kerja semai benih baru pun kena buat. orang bila-bila masa boleh blah. leader sendiri pun boleh blah. apayah lagi orang baru. jadi sampai bila nak cari orang. cuba renungkan,sekiranya satu kaki baru kita buat, seolah-olah kita beli kebun 100 ekar dan sedang dapat hasil rm25k sebulan. tak nak ke?
beli kete, beli rumah, melancong tu adalah basic dalam MLM. tapi kita mahu extra punya. beli aset banyak-banyak, beli insurans/ takaful sampai RM 1juta, tabung pendidikan anak rm 250K seorang. kita akan capai. kita tahu ada orang beli rumah sampai 5 buah sekali gus, ada simpanan duit 4 juta. ada aset 10 juta. inilah seronok buat MLM. tak mustahil tau. akan tiba juga giliran kita. tunggu masa je dengan syarat buat jangan berhenti jeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!
bertemu di puncak kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan