Jom Follow

Memaparkan catatan dengan label kelas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kelas. Papar semua catatan

Selasa, 22 Mac 2011

Kelas23


kelas malam ini.
kelas malam ini.
kelas malam ini.
aku mesti pergi.
aku mesti pergi.
aku mesti pergi.


ambil ilmu.
tambah semangat.
kongsi kejayaan.
kongsi kegembiraan.

hadirkan diri bagi siapa yang mahu berubah hidup.
hadirkan diri, bagi siapa mahu besarkan meniaga.
hadirkan diri,siapa yang mahu bertahan.

Usj 9.
jam 8.45 pm

jangan malu.
jangan segan.
kejayaan menanti anda.
dah ramai yang berjaya hasil bimbingan akademi taipan 181.
masih banyak lagi kekosongan.

kejayaan bermula dengan hadir ke kelas.
kejayaan bermula tak ponteng kelas...
jauh dekat, tua muda. 
jom datang,
bertemu untuk berjaya.

habis kerja terus balik. siap-siap ke kelas.
kerja opis, siapkan cepat. jangan dok main-main. kalau tak siap, lambat balik. tak sempat ke kelas. rugi. 2,3 kali tak gi. dah biasa. tak rasa apa-apa. lepas tu tak gi langsung. alamak tak meniaga.

nak berjaya, jangan ada alasan.
nak berjaya, datang kelas, walaupun tak ada prospek.
nak berjaya, datang kelas, walaupun tak ada rakan niaga yang datang.

Khamis, 27 Januari 2011

Kelas16- cakap benda sama....

salam

khamis
27/1/11
hari ke 27.

bertemu lagi. hari ini awal pagi. penuh semangat. baru lepas berbasikal pusing-pusing taman bukit kinrara. lepas solat subuh, terus mulakan langkah. lewat sikit, malas akan selubungi aku. malas akan ikat kaki tangan aku. malas akan terus tarik hati dan persaaan untuk rehat-rehat kat rumah. akan terbaringlah. tewas. tewas.
masalah. masalah. masalah.
susahnya nak istiqamah.
susahnya nak disiplin.
susahnya nak buat hari-hari.
apa yang nak buat?
banyak...

sekarang ni aku berbasikal pagi-pagi. dah hampir sebulan. tiap-tiap pagi. tapi setiap pagi juga adalah peperangan. nak buat ke tak nak buat. tidur atau pusing-pusing. hakikatnya sihat atau sakit. mana pilihan aku. dah tentu sihat.tapi kenapa susahnya nak istiqamah buat. kalau pusing-pusing pun, nak cepat balik. kenapa? malas juga. bosan pun ada. pusing-pusing tempat sama. alasan, alasan, dan beralasan. nak berjaya lawan tetap lawan. 1 jam pun susah. balik bukan ada kerja sangat pun. relak juga. lawan tetap lawan. aku pasti menang.

kaadang terpikir juga. macamanala mereka yang berjaya, seperti dato lee chong wei. hari-hari berlatih. berjam-jam pulak tu. tinggalkan zaman keseronokan remaja. penuhi masa dengan berlatih. hari-hari berlatih. tak bosan ke. jangan tengok sekarang. lihatlah masa dulu-dulu. berapa banyak masa berada digelanggang dari berada dirumah? berapa masa berada ditempat latihan? berapa pulak masa bersama dengan ibubapa? kalau tak sanggup. mana mungkin boleh jadi seperti sekarang.
basikal yang aku gunakan untuk pusing-pusing lepas solat subuh.

meniaga kita pun sama.
istiqamah buat.
hari-hari buat.
letih. bosan. jemu. kena buang.
disiplin mesti buat.
hari-hari mesti ada demo. paling kurang 1.
hari-hari mesti jumpa stranger.
hari-hari kena keluar. jauh atau dekat.
hari-hari kena bersemangat.

kalau tak. tak kekal lama. tak sampailah 2,3 4,6,7,10,11 tahun meniaga. tak jadi kaya la...
kelas mesti hadir. bukan 1 bulan 1 kali. bukan ada prospek baru nampak muka. bukan free baru jengok.
wajibkan diri hadir setiap kali kelas. anggapkan kelas tak jadi, kalau kita tak hadir. kena rasa diri penting pada kelas. kalau mahu meniaga lama dan menjadi-jadi. kalau nak setakat cukup makan, tak apa. jangan pulak dok tanya kenapa meniaga tak besar-besar? 
 
Kelas di ttc sabah.
ada jenis tak suka datang kelas. bosan. cakap benda sama. sebulan sekali je datang kelas. mana berjaya kalau malas datang kelas. kalau berjaya pun, group tak berkembang. kita je yang berjaya. apa yang berlaku masuk dan mati....


Selasa, 19 Oktober 2010

kelas13



salam.
cepatnya gelap. dah nak maghrib. sekejap lagi, nak gi kelas. kelas hari selasa malam dah 5 tahun. syukurlah dapat bertahan, meskipun banyak cabaran yang datang.kami masih bertahan kerana adanya kelas berterusan.


sesetengahnya jarang datang kelas. alasannya, kelas dok cite benda sama. mereka berniaga tanpa datang kelas. hasilnya ciput.....penat lebih,ramai jumpa prospek tapi tak ramai yang masuk.
  • kelas ibarat sumber kemenangan perjuangan kita. 
  • kelaslah nadi perniagaan kita. 
  • kelaslah nyawa perniagaan yang kita tekuni bersama. 
  • kelaslah pencetus tsunami AT, melanda seluruh negara.
  • kelaslah tempat bakat kita dikembangkan.
  • kelaslah penanda aras perjuangan.
  • ramai datang kelas, meniaga menjadi-jadi.
  • kelas kurang, buat sesuatu perubahan
 

Kelas12

jadikan diri anda sebahagian dari mereka

salam.

jangan lupa malam ini. Kelas Akademi Taipan akan berlangsung seperti biasa. tempat je yang bertukar. kelas akan diadakan di USJ Taipan. tak tahu destinasi, rujuk pada yang tahu. jangan tersesat pulak malam ini. lambat sampai. rugi.  tak dapat sepenuhnya ilmu. Hotel mines penuh.

mana tempat pun, tujuan tetap sama. memberi bimbingan terbaik buat mereka yang mahu.tak mahu apa boleh buat. negara demokrasi. pilihan ditangan sendiri. tak ada paksaan. 

jangan pulak ada yang merungut, positif. walaupun dah ada prospek yang nak hadiri kelas di hotel, tukar tempat terus tak jadi. bawa prospek lain.
datang dengan hati, jangan datang sekadar nak tunjuk muka  dan cari kelemahan AT. tak maju kalau gitu....

orang jauh pun tetap datang...melaka, n9, penang dan banyak tempat lagi. datang jangan tak datang...

Ahad, 1 Ogos 2010

Kelas8

Pemilik kereta ini, DSM Syukri. datang dari kedah. nak cari ilmu dan membantu rakan kongsi menaja. bantu rakan kongsi menaja adalah latihan secara praktikal. bukan sekadar teori sahaja.
Kelas hari ini dihadiri oleh warga Akademi Taipan dari utara. CDM Abang Ali, Sukri, DDM  Zana dengan suami, DSM Syukri, Wawa. Datang dari jauh memenuhi tugas sebagai upline. Bimbing dan jayakan rakan kongsi. Jauh bukan halangan, kalau hati kata nak. Halangan akan hilang dengan sendirinya.

CDM Abg Ali dah 2 hari ada kat KL. Pulun sakan. Nak berjaya. Tak boleh berhenti menaja dan membimbing. Sekarang ni sedang bantu rakan kongsi barunya. Kongsi peluang buat duit. Peluang betul dan bukan jerat orang. Dulu ikut-ikut tapi kini mesti boleh menaja sendiri. Dah tak boleh tunggu CDM upline lagi. Wilayah yang kena jaga dah meluas. Sorang nak jadi tak tertanggung.

CDM Abang Ali bersama rakan seusahanya semasa ikuti roadshow penang. Mudah mesra itulah rahsia CDM ni. Masa kami di Perlis, ramai orang yang kenal dia, mudah jumpa prospek.

AT 181, dah ada. bukannya Akademi biasa-biasa. Akademi luar biasa hebat. Akademi yang melahirkan usahawan. Usahawan berdaya maju dan usahawan pantang menyerah kalah selagi ada nyawa. Akademi mempunyai pembimbingnya bukan lahir di sekolah. Tapi lahir diarena jalanan. Pengalaman yang mengajar mereka menjadi seperti hari ini. Pengalaman inilah akan diajar dalam akademi ini. telah terbukti berjaya, sesiapa yang datang ke Akademi dengan kosong mindanya. Nak isi dengan ilmu dari Akademi. Mereka akan beroleh kejayaan.
Setelah hampir setahun menekuni usaha bersama AT 181 inilah hasilnya. Orang biasa-biasa, tanpa kelulusan tinggi, tanpa harta pusaka beratus ribu, tanpa modal yang tinggi, masih mampu memandu kereta ini. ini bayaran yang diperolehi setelah saban minggu hadiri kelas, selalu datang seminar, tak berhenti belajar dan tak malu bertanya.


Nak berjaya mesti berani. Berani ambil risiko. Berani keluar dari zon selesa. Berani berimpian. Berani jumpa prospek. Berani terima kegagalan.



Ahad, 25 April 2010

ALAHAI MINES


HARI AHAD, AKTIVITI SEPERTI BIASA. MEETING BOP KAT MINES. KELAS BERJALAN SEPERTI BIASA. RAMAI YANG TERNANTI-NANTI KELAS TERSEBUT. ADA YANG TAK LENA TIDUR SEMALAM.

DOK PIKIR, 'JADIKE PROSPEK AKU NAK DATANG ESOK'. 

TAK SABAR-SABAR NAK BAWA PROSPEK MELIHAT KEHEBATAN GROUP KITA. PROSPEK YANG DATANG KELAS KAT MINES, BIASANYA MEREKA AKAN MASUK. PANDAI-PANDAILAH AJAK PROSPEK ANDA DATANG KELAS KAT MINES WALAUPUN SEKALI. DATANG DAN NILAI PELUANG DENGAN HATI YANG TERBUKA. KALAU TAK NAK MASUK JUGA, KITA DAH PUAS HATI.

SEBELUM INI KITA SUSAH NAK AJAK PROSPEK BARU DATANG KELAS BOP TAPI DENGAN STRATEGI BARU PROSPEK LEBIH MUDAH NAK DATANG. KELAS-KELAS TAIPAN SEKARANG SENTIASA PENUH DAN MERIAH. KAT MANA-MANA JE KELAS PENUH SESAK. SYUKUR. PROSPEK MULA DATANG DAN PERCAYA SISTEM LATIHAN YANG KITA BUAT.

HARI INI KELAS KAT MINES MACAM BIASA. PROSPEK RAMAI. CDM JE YANG TAK RAMAI. MUNGKIN PENAT, BARU SAMPAI DARI ALO STAR. ADA JUGA CDM-CDM YANG BERMALAM KAT SANA. TAK LARAT NAK BALIK. BAS PUN MUNGKIN SAMPAI PAGI. SEMALAM PUN KAMI TERPAKSA TIDUR DULU KAT KAWASAN REHAT GUNUNG SEMANGGUL, DAPAT TIDUR SEJAM, TERUS SEGAR DAN PANDU KETA SAMPAI RUMAH. 

LAJUNYA BOLEH TAHAN, CECAH 200KM/J. SAMPAI JAM 5.00AM. TUNGGU DULU SOLAT SUBUH BARU TIDUR DAN BANGUN JAM 8.30AM. DATANG JUGA KELAS KAT MINES. ITU DAH KERJA KAMI. INILAH JANJI PADA DIRI KAMI. ORANG LAIN TAK DATANG KAMI TETAP DATANG. INI DAH PERIUK KAMI. 

TAK G KELAS, TAK MENIAGA, TAK MENIAGA MANA FULUS NAK MASUK. TAK KAN SEKALI TAK DATANG DAH MATI MENIAGA. BAGI KAMI DAH JADI KEMESTIAN DATANG KELAS SETIAP HARI AHAD. SEKALI TAK DATANG, RASA TAK APA-APA. 2 KALI TAK DATANG TAK APA-APA. LAMA-LAMA KITA TAK ADA KEGHAIRAHAN NAK DATANG KELAS, MENIAGA BOLEH MATI.

BILA KITA TAK DATANG KELAS, INI AKAN DI DIPLIKASI OLEH RAKAN KONGSI KITA. LAMA-LAMA GROUP KITA TAK DATANG KELAS. KESANNYA BUKAN HARI INA DAPAT LIHAT. TUNGGU 2,3 BULAN BARU NAMPAK KESANNYA. VOLUME KECIL, INCOME CIPUT. BARU MENGELABAH.

ADA JUGA CDM YANG DATANG LEWAT. RAKAN KONGSI DAN PROSPEK DAH LAMA MENUNGGU, DIA BELUM SAMPAI LAGI. LEADER SEPERTI INI, ORANG TAK YAKIN BOLEH IKUT. URUS DIRI PUN TAK BOLEH, MACAMANA NAK URUS GROUP. KAMI  DAH LAMA PERHATIKAN LEADER LAMBAT DATANG KELAS, MENIAGA PUN TAK MELETUP. KALAU DATANG KELAS LAMBAT, APPOINTMENT PUN LAMBAT. PROSPEK DAH MENILAI KITA. LEADER SEPERTI INI TAK BOLEH G JAUH. ADA YANG TERUK LAGI, LANGSUNG TAK DATANG KELAS. ALASAN G APPOINTMENT.

ADA ORANG TANYA TAK PENAT KE CDM. TAK PENAT, APA YANG KAMI BUAT NI MACAM BERMAIN JE. MANA ADA PENAT, SERONOK ADA LA. INI KERJA KAMI DAH LAKUKAN DAH DEKAT 10 TAHUN. ANDA CUKUP BERUNTUNG, MASUK JE DAH ADA KELAS-KELAS. NAK DATANG ATAU TAK JE. KELAS MOTIVASI BERTERUSAN ADA, SMS MOTIVASI SETIAP PAGI DAN RAMAI CDM YANG BOLEH DIJADIKAN MENTOR. TAK ADA SEBAB KITA GAGAL. APA YANG ADA BELUM JADI. JANGAN BERHENTI JE. DULU TAK ADA KELAS SEPERTI HARI INI. SUSAH NAK DAPAT ILMU DAN SUPPORT DARI GROUP. MENIAGA MASA TU JADI JUGAK. TAPI LAMBAT SIKIT LA. SEKARANG NI LAGI LAJU, CUMA KENA PANDAI AMBIL PELUANG JE. KENA PANDAI IKUT. KENA GUNA SEPENUHNYA KEMUDAHAN YANG ADA. 

SELAIN KELAS KAT MINES. MELAKA, MUAR DAN RANAU PUN ADA JUGA. SELURUH NEGARA ADA KELAS. HADIRKAN DIRI ANDA, KUTIP ILMU, TAMBAH SEMANGAT, MENIAGA PUN LEBIH JADI. DUIT PUN LEBIH BANYAK MASUK.
Powered By Blogger