Salam. Salam perjuangan dan salam 1Malaysia.
1- 9/4/2010(jumaat) berkumpul di KLIA lantai 5, jam 6.45am. Seramai 35 orang pengedar Hai-o, yang ikut rombongan Syarikat ke Jakarta. Kami antara beberapa orang warga Taipan 181 yang ikut serta dalam rombongan tersebut. Ada juga yang pergi tak ikut rombongan syarikat, mereka beli tiket untuk majlis makan malam sahaja dan tinggal lebih lama lagi disana. DSM kak Ana, suami dan adiknya. Pesawatnya sama. Group kami, group A3. Kenapa A3? pada awalnya ramai yang nak ikut rombongan syarikat tapi saat akhir mereka tukar perancangan, pergi sendiri mungkin lebih murah atau ada perancangan nak ketempat-tempat lain serta mahu tinggal lebih lama. Mungkin juga nak jumpa ramai prospek di Indonesia.
2- Bertolak dari KLIA jam 9.05am dan sampai Bandara Sukarno-Hatta jam 10.33am WIB. Di Jakarta lewat sejam. Perjalanan mengambil masa 1.45 minit, lebih kurang pergi Kuching, Sarawak. 1.30 minit baru selesai semua urusan dan ambil bagasi. Penat kerana terlalu lama menunggu. Peraturan baru, ambil cop 10 jari itu yang lambat.Malangnya aku, cdm Sabarina dan cdm Rohaya dan beberapa orang lagi bagasinya tak sampai. Masih dok kat KL lagi. Panik juga, tak pernah alami masalah seumpamanya ini sepanjang menaiki pesawat. Buat report, dijanjikan akan sampai bersama flight jam 15.00pm nanti.
3- Selepas makan siang aku ke Plaza Grand Indonesia, naik teksi. mudah dan banyak dan tak risau pasal tambang, semua teksi pakai meter. nak bagus lagi naik teksi blue bird. terkenal bagus servisnya. itu yang dipesan oleh pemandu pelancong kami. Plazanya besar dan nampak lebih mewah kalau nak dibandingkan dengan Malaysia. Aku pergi ke Toko Buku Gramedia. belanja sakan. hampir 800K rupiah perabih. berbaloi dapat hampir 20 buah buku dan Majalah Motivasi Luar Biasa. dah lama aku cari majalah tersebut kat Kl, tapi tak jumpa. Majalah dimiliki oleh Andrie Wongso, pakar motivasi no 1 Indonesia. buku-buku meniaga dan motivasi menjadi pilihan aku. sesuai dengan MLM yang sedang dibuat. Orang lain pergi shooping di tanah abang. dah ke situ dulu, malas nak ikut, tak sesuai dengan minat.
4- lepas tu aku balik hotel.Novotel, Mangga dua square. tak jauh dari HQ PT Hai-o Indonesia. lebih kurang 100m. bersantai kat bilik sambil baca buku. Orang lain sampai hotel jam 9.00pm, lepas makan malam. Aku makan sendiri, Nan Sero, bawah hotel tu je. tak kurang sedapnya.
5- 10/4/20109(sabtu)
Esoknya lepas sarapan masih ada lagi yang ke tanah abang, tak sempat nak berbelanja semalam. beli masih belum cukup, Aku pun ikut sekali. baca buku kat food court kat lantai 8. bersama cdm zool dan cdm zulko. Malamnya pelancaran rasmi PT Hai-o Indonesia. pada mulanya Menteri Keordinator Perekonomian nak datang, tak jadi last minit. tetap meriah dengan kedatangan Duta Besar Malaysia Ke Indonesia. mula jam 8pm, tapi kami semua menunggu dari jam 4pm lagi. lambat dan ramai yang kelaparan. warga taipan ada 4 meja. lebih kurang 40 orang.
Perjalanan majlisnya lancar dan menarik. ucapan-ucapan pendek je belum jemu dah tamat. semasa menunggu majlis bermula tetamu dihidangkan dengan nyayian secara live. makanannya sedap. majlis dimulakan dengan nyayian lagu Indonesia Raya, Hai-o perjuanganku versi Indonesia, bacaan doa, persembahan tarian, ucapan duta besar malaysia, ucapan tan sri, perlancaran PT Hai-o Indonesia, makan malam bermula,ucapan jamsari(permintaan encik Tan), anugerah pangkat sm, ada 3 orang yang layak, cabutan bertuah. tamat jam 12 malam.
6- meja kami no 13. cdm kartini, cdm kamarudin, cdm juliani, cdm zulkornain, cdm azizah,, cdm rohaya dengan suami, cdm haryana. Meja 28, cdm rosmah dan kawan-kawan. meja lain kak ana dan suami, yan dan adiknya, pak hamid dan isteri serta beberapa orang rakan kongsinya.satu lagi meja, Cdm Sabarina dan suami serta kawannya, ddm ita dan suami bersama 3 prospek dari Indonesia.
7- 11/4/2010(ahad) aktiviti bebas, tunggu nak bertolak ke bandara jam 12.30. Sempat melawat HQ PT Hai-o Indonesia. Naik pesawat jam 3.45pm WIB. sampai KLIA jam 6.50 pm.
Catatan ini bertabur sikit, akan diedit lagi lepas ni. siap dengan gambar sekali. kita akan bertemu lagi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan