pada zaman dulu di negara cina, ada seorang panglima hebat yang selalu menang setiap kali peperangan berlaku. oleh itu dia digelar 'panglima penakluk' oleh raja dan rakyat. dalam sebuah pertempuran, dia dan pasukannya ditentang habis-habisan oleh musuh yang lebih ramai bala tenteranya sehingga dia dan pasukan terpaksa berundur. berundur sehingga sampailah ke pinggir jurang yang dalam. pada saat itu tenteranya dah berputus asa dan ingin menyerah kalah.
panglima mencari akal, 'wahai seluruh tentera ku, menang-kalah sudah ditakdirkan oleh dewa-dewa. kita akan menanyakan kepada para dewa, apakah hari ini, kita harus kalah atau akan menang. saya akan lambung coin ini. jika sisi gambar yang muncul kita akan menang. jika sisi nombor yang muncul kita akan kalah. biarlah dewa-dewa yang menentukan. bila panglima melambung coin dan sisi gambar yang muncul. ini tanda kemenangan akan terjadi hari ini.
keadaan ini disambut gembira oleh pasukannya'dewa dipihak kita, dewa dipihak kita, kita pasti menang' bagaikan kerasukan mereka kembalik bertempur dengan pasukan musuh. akhirnya mereka benar-benar memusnahkan pasukan musuh dan beroleh kemenangan lagi.
pada petang itu, semasa panglima berehat di tepi sungan dalam perjalanan pulang seorang prajuritnya berkata' kemenangan kita ni ditentukan oleh dewa-dewa, dewa-dewa tu begitu baik dan sayang pada kita semua'. 'apa kau kata' agak terkejut panglima sambil melambung semula coin kemenangan. prajurit tersebut pun memeriksa coin kemenangan terrsebut, terkejut kerana kedua-dua sisi coin tersebut adalah gambar tanda kemenangan.
pikirkan kemenangan, positif dan bertindak, kita pasti akan meraih kemenangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan