Meniaga MLM perlukan mentor.
Tak ada mentor meniaga sukar nak kembang
atau tak kembang-kembang
atau lambat jadi atau orang dah jauh ke depan,
kita masih terkedek-kedek mencari arah,
orang dah ke bulan kita masih merenung bulan
dan akhirnya mati tanpa kubur.
Tak dinafikan juga ada yang berjaya walaupun tanpa Mentor.
Bila meniaga tak menjadi mulalah salahkan upline, downline dan sideline. Padahal salah sendiri. Padahal tak jadi meniaga sebab meniaga syok sendiri.
Rasa pandai sangat dan tak payah dengar nasihat yang lebih tahu,
" koya pandai" dan boleh pikir sendiri sebab aku belajar tinggi.
Tak ikut nasihat.
Tak ikut cakap malah tak nak dengar pun apatah lagi
nak ikut jejak orang-orang yang dah berjaya.
Jadikan orang dah berjaya sebagai mentor.
Orang yang dah berniaga lama.
Dah banyak pengalaman.
Dah banyak makan garam,
dah mengalami jatuh bangun dalam MLM
dan paling penting mentor sentiasa belajar
dan setuju nak bimbing kita dengan ikhlas,
tak ada udang di sebalik batu.
Ada masa untuk membimbing.
Jumpa mereka dan menuntut ilmu bagaimana nak berjaya seperti mereka.
Ikut jejak orang berjaya buat, kita pun boleh berjaya seperti mereka.
Tanya mereka bagaimana nak besarkan sales
dan nak jaga group agar sentiasa boleh kembang.
Bagaimana nak buat closing,
bagaimana nak jumpa dengan stranger,
bagaimana, bagaimana, bagaimana lagi.
Ilmu MLM tak akan habis dan sentiasa berkembang.
Sentiasa ada ilmu-ilmu baru, kaedah baru
dan banyak lagi yang baru-baru.
Pandai jaga group amat-amat penting dalam meniaga MLM.
Tak pandai jaga, meniaga kita tak menjadi atau lambat jadi.
Kena pandai ambil hati dan jaga hati. Meniaga ini, meniaga ikut saja.
Ikut orang yang dah berjaya. Buat apa orang berjaya buat.
Mentor seorang yang telah berjaya dan banyak pengalaman.
Tahu mana keutamaan. Bukan main buat sahaja.
Kadang-kadang tindakan yang kita ambil dah rasa betul,
tapi bila rujuk pada mentor. Dia kata silap dan tak boleh buat.
Saya dah banyak kali alami hal-hal begini.
Belajar dari kesilapan.
Lepas itu saya tak berani buat sesuatu perkara,
cakap, beri nasihat pada rakan kongsi tanpa merujuk Mentor.
Tahu macamana pun kena pastikan juga dengan mentor.
Mentor-mentor Taipan:
1- Cdm Ah Chai.
2- Cdm Ah Hock.
3- Cdm Zukkifli Sohor
4- Cdm Hamdan Kamarudin
5- Cdm Azailani
6- Tuan Hj Hanim
7- Bili Lim
8- Roslan Muhamad
9- Dr. Edward
Senarai ini akan bertambah setiap masa. Kenapa mereka dipilih menjadi mentor untuk Taipan?
1- Orang lama dalam industri MLM.
2- Mahir dalam strategi MLM.
3- Rapat dengan pihak syarikat.
4- Pakar dalam motivasi.
Ada yang kita jemput beri ceramah motivasi dan ada yang kita jumpa personal dengan mereka.
Taipan sentiasa mencari siapa sahaja yang boleh membantu meniaga.
Sentiasa kembang dan lama.
Tiru mereka yang dah 17, 15 tahu bersama Hai-o Marketing sdn. bhd.
Mereka boleh. kenapa kita tak boleh. Lama baru meniaga kita jadi.
Nak bertahan lama mestilah sentiasa bersemangat.
Seolah-olah baru je masuk.
Ilmu juga sentiasa bertambah seiring perkembangan semasa.
Tak putus asa dalam membina rangkaian.
Itu mentor Taipan. Bagaimana dengan anda?
Dalam Taipan ada ramai cdm yang boleh dijadikan mentor sebagai tempat rujukan.
1- Cdm Kartini
2- Cdm Faridah
3- Cdm Dzulfauzilah
Sekadar beberapa nama sahaja.
Sebenarnya ramai lagi yang layak.
Cdm Taipan 181 berjumlah lebih 90 orang.
Buang ego. Buang malu. Buang takut.
Buang rasa pandai dan semua tahu.
Jumpalah mereka.
Saya tahu ramai yang dah layu semangat tapi masih lagi malu untuk berguru.
Meniaga macam dah tak boleh pergi, dah sangkut.
Meniaga tak kembang-kembang.
Meniaga hanya kaki gajah.
Meniaga pun hanya 2 kaki yang hidup.
Tabung kereta pun masih belum lepas.
Apatah lagi bonus wawasan.
Jangan bertangguh.
Belajarlah dari mereka.
Mereka semua sentiasa bersedia membimbing anda.
Mereka seronok dan mahu melihat anda berjaya seperti mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan