Jom Follow

Selasa, 20 April 2010

YAKIN BOLEH BERJAYA

salam.
marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Ilahi, kerana kita masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini. beri peluang kepada kita untuk berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik. berubah dari keadaan lebih baik kepada keadaan lebih-lebih baik lagi. masih lagi diberi peluang untuk tambah lagi pendapatan. beri peluang kepada kita memperbaiki kesilapan. kelemahan dan kekurangan semalam.
saya yakin dan percaya kita semua adalah orang yang berjaya atau tak akan gagal. jika kita percaya pada diri. yakinlah kita adalah orang yang paling hebat, paling berjaya. tiada orang yang lebih hebat dari diri kita. kita akan capai apa yang kita inginkan. buatlah tindakan yang sepatutnya. apa yang kita impikan akan menjadi realiti. kitalah yang akan ubah nasib kita. orang lain tak boleh ubah apa-apa kalau anda tak mahu. kita adalah arkitek masa depan kita, ingatlah kita lebih hebat dari apa yang kita pikirkan.
terima kasih upline yang membawa kami ke dalam dunia hai-o. kalau mereka tak bawa kami, kami mungkin masih seperti 9 tahun dulu. mungkin umur je yang bertambah. itu saja yang kami jangkakan. tetapi dengan ajakan mereka, kami buat keputusan yang tepat untuk mencorak kehidupan dengan MLM, seperti anda semua. bukan semata-mata makan gaji. cuba sesuatu yang baru untuk mencapai impian yang telah kabur dan hampir-hampir musnah sama sekali. impian bersinar semula apabila bersama hai-o. hidup telah berubah-mimpi-mimpi indah menjadi realiti. syukur sekali lagi pada Ilahi.
marilah kita sama-sama ikut jejak langkah orang yang telah berjaya seperti cdm-cdm. mereka telah berjaya capai banyak impian mereka. nak beli kereta mewah- dapat. nak beli rumah- dapat. nak pergi melancong- pun dapat. nak bersedeqah- dapat.
sebelum bersama hai-o, banyok kepala pening dok memikirkan; nak balik kampung, balik raya, bayar saman, sewa rumah, bil-bil, makan kat luar, nak hulur duit kat orang tua, road tax mati. kadang-kadang tak lena tidur dibuatnya. syukur sekarang ini hal-hal tersebut dapat diatasi. bukan cdm je yang dapat atasinya malah ddm,ds,ssm dan sm pun telah bebas sedikit demi sedikit masalah tersebut. saya yakin akan tiba giliran anda sedikit masa lagi asalkan buat,buat,buat,buat janga berhenti.
cdm-cdm bekerja bukan lagi untuk duit semata-mata, tapi mahu melihat kita semua berjaya, mereka bekerja untuk kita. banyak fikir untuk kejayaan kita, kerja dengan keikhlasan,banyak masa habis tak apa janji kita berjaya, letih/penat tak apa janji kita berjaya, tak tidur tak jadi hal janji kita berjaya,demam tak apa janji kita berjaya,tak sempat balik kampung tak apa janji kita berjaya. kejayaan kita adalah kejayaan mereka. jayakan orang lain, bantu orang berubah itulah prinsip MLM. upline adalah orang paling risau terhadap rakan kongsinya.
yakinlah pada diri kita, yakin boleh berjaya, yakin boleh jadi cdm, yakin boleh jadi jutawan. kita akan dapat/ jadi / perolehi apa yang kita impikan. percayalah.
syarat nak berjaya mesti yakin dulu pada diri sendiri. aku boleh, aku hebat, aku pasti berjaya. kalau ini tak ada dalam pikiran, kita akan gagal. sebelum buat keputusan nak buat yakin dulu boleh berjaya, baru boleh berjaya. kalau ragu-ragu kita akan gagal. tengok orang lain boleh berjaya, aku pun boleh. apa lebihnya orang lain kalau nak dibandingkan dengan aku. tindakan dan keberanian buat keputusan. itu yang membezakan aku dengan orang berjaya.
BERTEMU DI PUNCAK KEJAYAAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger