sekadar nak cite. tak cite pun tak apa. tapi rasa nak cite. aku rasa ada juga paedah. kalau aku cite. cite biasa-biasa. tak pelik mana. semalam aku gi makan nasi, di warung pak din, berhadapan dengan kedai baiki motor. sedap. memenuhi selera aku. sape-sape nak try boleh datang. hari sabtu dan ahad tak meniaga. lepas zohor dah buleh makan. banyak jenis lauk ada. pilih je. harganya tak mahal sangat.
masa aku nak gi makan, memang dah niat nak jumpa dengan seseorang. nak cakap-cakap. kot-kot melekat. jadi tt baru. makan pun sorang-sorang. cdm kartini gi dengan anak-anak. aku jenis malas nak ikut-ikut. sedang baca buku pasal 'law of attraction'. nak cuba. betul ke jadi...
memang betul berlaku. sembang dengan kawan. aku tak kenal pun. dia duduk semeja dengan aku. warga malaysia, asal seberang. surabaya.
datang sini 1998 lagi. dah lama. namanya ashari. dah kahwin dan anak ada 2. semuanya dok kat kat surabaya. buat kontrak kecil-kecil. dah 10 tahun buat kerja ini. selalu ada projek. tak menang tangan. pekerja ada 5 orang. tinggal 1 rumah je. jimat belanja. semuanya dari 1 kampung. tolong menolong. bantu sesama orang kampung. erat kerjasamanya. gilir-gilir balik kampung.
projek tak mahal sangat dia ambil. lepas gaji dia dan pekerja serta ada sikit-sikit untung sudah. paling penting gaji pekerja mesti lepas. jangan makan titik peluh orang lain tanpa bayar. sikit-sikit lama-lama jadi bukit. dah buat rumah di kampung. banglo besar. habis rm60k.
kenapa tak balik dok sana?
peluang buat duit. kenapa tak ambil kesempatan. duit banyak gunanya. tabung pendidikan anak-anak belum cukup lagi. nak hantar anaknya belajar di Mekah. banyak juga pakai belanja. nak harap sape lagi. dia kena persiapkan duit tersebut. bila sampai masanya nak guna. kena berjimat. kat sini tak beli ape pun. motor tak ada. basikal pun dia tak beli.
kenapa kontraktor lari?
biasanya tokeynya main perempuan. nak untung cepat dan pentingkan diri sendiri. alasan rugi. ni 3 sebab kontraktor renovation rumah lari. lain-lain sebab aku tak tahu. aku tulis ni pun dia yang cakap.
bagi dia, mesti buat sampai tuan rumah puas hati. tak boleh cincai-cincai je. duit dok no 2 sekarang. duit boleh hilang sekelip mata je, kalau ambil duit orang dengan cara tak betul.
mula-mula datang dulu susah. datang naik pom pong. tak ada permit. masuk haram. kerja gajinya murah rm15. dah la datang sampai jual lembu. harga masa tu amat murah. rm60 je kalau tukar pada duit kita.
datang sini, mintak restu orang tua. restu mak bapa paling utama, kalau tak susah cari rezeki. itu keyakinannya. kenapa? betapa susahnya mak mengandung. tidur susah, sakit dan macam-macam lagi. gadai nyawa semasa melahirkan kita. jadi restu ibu dan doa ibu paling penting. maknya pesan, jalan mesti lurus. jangan serong. hidup kita ni tak lama. mati juga akhirnya.
tak pakai ilmu kebal ke? tanya aku
"tak payah pakai. guna kunci ilmu je dah cukup"
"baca bismillah setiap kali nak buat sesuatu" yakin dengan Allah sahaja.
itulah serba ringkas citenya. ambillah paedahnya. mesti rajin buat kerja. kena jujur dan jalan mesti lurus. sentiasa berdoa dan mohon restu dari ibu. pergunakanlah mana yang baik. gunakan untuk besarkan kita punya meniaga. kita tunai, apa yang kita janjikan. jangan janji yang pelik-pelik. nak tolong cucuk orang ke. nak tolong jual barang ke.
jangan pulak kencing rakan kongsi. ambil sales dline. tak punch sales dan banyak lagi. buat mana yang boleh je. dapat duit banyak pun tak guna, boleh hilang sekelip mata je. orang pun tak lama meniaga dengan kita. selalu penat, sentiasa ganti baru. baru datang, lama hilang.

saya sgt2 suka post ni! 1 lg yg tersirat dlm post ni...malaysia ni memang lubuk duit! :)
BalasPadamtapi ramai yg tak nampak peluang, sebaliknya dok nampak halangan.
BalasPadam