Jom Follow

Ahad, 13 Jun 2010

melaka1.

salam. salam 1malaysia dan salam perpaduan.
baru balik dari MITC Melaka. Bukan gi tengok SUKMA, tapi hadiri roadshow selatan yang dibuat di MITC Melaka Bandaraya Bersejarah.

jam 6.40pm semalam kami sampai dari hong kong. penerbangan balik hanya memakan masa 3.01 jam sahaja. lebih cepat dari kami gi dulu. syukur, dapat balik ke Malaysia. banyak juga yang dapat kami belajar dari percutian kami tu. selain dapat tengok negara orang. dapat juga belajar dari mereka.

Nak buat sesuatu mesti terhebat, terbesar dan terbagus. dari paper yang kami lihat, rumah, resort, apartmen sangat cantik dan canggih dan mahal. mereka yakin pasarannya pasti ada. janji mereka bijak melakukan promosinya. bukan sekadar jual untuk rakyat tempatan je tapi seluruh dunia.

impian kita pun mesti besar, hebat dan tercanggih. jangan kisah dengan pendapat orang. kita nak, kita buat, kita usaha, kita capai, kita miliki. orang bukannya membantu kita capai tapi ramai yang membantut. melemahkan semangat juang yang sememangnya dah tak berapa kuat. kadang-kadang kita terpaksa hapuskan orang-orang negatif dalam hidup kita. ada tak membantu, tak ada pun tak menjadi jadi hal.

kena amat positif. tak laku sekarang tak apa, tunggu sedikit masa lagi. pasti semua habis. satu lagi sikap mereka, sabar. semasa tunggu giliran nak main dalam disneyland mereka sabar. relax je. tak bising-bising. masuk kat situ bukannya kita boleh main semua dengan sekali masuk. 2,3 kali baru dapat main semua. menunggu tu kadang-kadang memakan masa 60 minit. kita orang dewasa, orang kita, tak sabar. memang tak boleh main. budak-budak lain mereka sanggup menunggu lama asalkan boleh main. kalau boleh gi je terus main, tak payah tunggu-tunggu lagi.

mereka beratur nak naik bas pun panjang.tak kisah pun. tak pun potong queue. kita mana boleh. tak hebat kalau tak potong queue. itulah nilai yang berbeza yang kita miliki.

cuba perhatikan. kalau anak-anak kita nak sesuatu. kalau tak bagi. mereka mintak juga. sekali dua tak bagi. mereka mintak kali 3. mintak-mintak sampai dapat. marah, mereka diam sekejap. lepas tu mintak balik. marah, senyap lagi. lepas tu mintak balik. mereka senyap bila dapat apa yang mereka nak.

belajarlah dari anak-anak kita. nak berjaya dalam mlm, buat, buat tanpa jemu. buat sampai dapat apa yang kita idamkan. bukan sekerat jalan je.

roadshow kat Melaka tadi, yang nak berjaya datang. yang tak datang tak semestinya tak nak berjaya. mungkin ada alasan-alasan mereka tersendiri. apa pun alasan mereka tu semuanya betul. kenduri, balik kampung, sukma dan banyak lagi. yang datang pun bukan tak ada benda lain yang nak buat tapi mereka ada impian yang mereka nak capai. jadi mereka lakukan pilihan mana yang terbagus. tercepat capai impian.

hampir 200 peserta tadi. dari wajah mereka terbayang harapan yang tinggi mereka letakan pada Taipan. janji kami pada semua. kami akan jayakan anda semua tapi dengang syarat ikutilah apa yang kami sarankan. kami tak ada lampu Alladin boleh jayakan anda sekelip mata. kena buat usaha berterusan.

cdm-cdm yang bercakap tadi pun telah bagi jalan. ikutilah jalan tersebut. jangan banyak alasan. mereka dah berjaya, jadi tak salah kalau ikuti jejak mereka. mereka tak loket ilmu. berkongsi dengan anda semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger