Jom Follow

Sabtu, 26 Jun 2010

matlamat3

1-
tetapkan apa yang dicapai/dimiliki/apa yang kita nak jadi. kena tahu dengan jelas. dalam meniaga ini. tetapkan berapa simpanan yang mesti ada rm 100k. kena tepat. tak boleh main agak-agak. nak capai pangkat tertinggi tahun ini.
2-
tulis matlamat tersebut. 3 yang terpenting tulisn pada kertas dan sentiasa bawa bersama. bacanya setiap hari.
3-
tuliskan tarikh untuk mencapainya. jangkamasa inilah yang menjadi pendorong utama kita buat kerja. ingat tak ada matlamat yang mustahil, tapi jangkamasa je yang menentukan.
4-
listkan apa tindakan yang mesti diambil untuk capai matlamat tersebut. list juga halangan/ cabaran yang mungkin ada semasa kita berusaha capai matlamat. list juga apa ilmu dan pengentahuan yang mesti ada, untuk capai matlamat tersebut. listkan juga mentor/ leader yang kita perlu berguru kalau nak capainya.
5-
susun semula tindakan-tindakan tersebut ikut keutamaan. mana yang paling utama /cepat capai matlamat.
6-
buat tindakan SEKARANG. jangan bertangguh lagi. juara lebih kepada tindakan, orang kalah lebih kepada cakap-cakap. nanti tu, nanti ni, baru nak bertindak.
7-
setiap hari buat tindakan menuju matlamat yang dibuat. setiap hari!!!!. bukan 1x seminggu buat tindakan capai matlamat. tindakan ini memberi kita momentum untuk bekerja lebih giat lagi.

sama-samalah buat tindakan untuk capai apa yang diimpikan. tak ada yang capai tanpa buat. dok cakap je tak ada guna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger