hari ke2 kami di hong kong. sarapan nasi dengan sambal bilis bersama daging. persediaan cukup. beras bawa, periuk dan sambal bilis, sambal ikan serta sardin. stok magiee dan roti cukup banyak satu bag besar.
hari ini di bawa melawat taman tema ocean park. terletak di pulau. kami menginap di hong kong tapi sebelah tanah besar. bertolak ke sana jam 9-30 am. 30 minit je sampai sana. lalu trowong bawah laut. tak buat jambatan.
keluasan 1 bukit. kaki bukit dah ada permainan tapi tak leh main, hujan lebat pagi tadi. kita hanya merancang Allah yang tentukan. pusing-pusing dalam indoor je. lihat panda. aquarium dan beberapa lagi.
aiman dan ameerah bergambar depan panda. ada sekor ni je. ingatkan ada banyak. dah banyak pupus dah.
cdm kartini bersama anak-anaknya bergambar dengan moskot panda.
cdm kartini bersama anak-anaknya bergambar dengan moskot panda.
lepas tu naik cable car, naik ke puncak bukit. hampir 15 minit atas keta kable. gayat pun ada. kat atas banyak permainan seperti yang ada kat genting highland. tak leh main juga, hujan punya pasal. petang baru boleh main. nasib baik juga orang tak ramai sangat. beratur sekejap je. tak semua permainan kami main. takut pun ada. main yang mudah-mudah.
tengah hari kami makan magee je. beli air panas. bolehlah buat alas perut.turun dengan esclator sebelah lain pulak. semasa turun ada lagi permainan. antara permainan tu ada dalam gambar di bawah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan