buat apa-apa pun mesti buat sungguh-sungguh hati. tok leh wat main-main. tak boleh salahkan orang lain kalau tak berapa nak jadi. bukan pasal modal besar ke kecik. kalau modal kecil tu mudah bagi rakan kongsi buat sendiri. tak payah tunggu kita je. lain-lain tu sama juga. mesti rajin gi kelas, kena rajin, tekun dan sabar.
kena perhatikan juga sistem latihan dan bimbingan. kalau tak ada susah juga nak maintain meniaga dan semangat. susah nak berjaya, susah nak kekal lama, cabaran datang, ramai yang lari. jangan pandang sebelah mata pasal latihan. saya dah terlibat hampir 10 tahun dalam bidang mlm ni,latihan dan bimbingan cukup-cukup penting.
lihat juga siapa upline tu. jenis lompat syarikat ke. kalau dok lompat situ, lompat sini pun susah. nanti ada syarikat baru, ofer lebih, dia pun lari. ajak kita join dia pulak. puji melangit syarikat tu pulak. kondem habis-habisan syarikat lama. maklumlah dah dapat bunga baru. harum baunya. berapa lama kekal masih terawang-awang lagi. kita lah terkontang-kanting. nak ikut sape. kalau ada team, kita boleh ikut team.
berpuluh-puluh syarikat baru muncul, mana satu nak pilih. ofer baik punya. kembalilah pada basic mlm. kena 3s juga. tak ada ni tak kekal lama. meletup sekejap. ketahanan pengedar penting kalau nak berjaya. tak boleh berjaya dalam masa yang singkat. duit boleh dapat. dapat kekal ke sampai 10-20 syarikat baru tu. ini persoalannya.
kita meniaga mlm, nak jadikan satu kerjaya. bukan main-main. bukan lagi sekadar nak tambah pendapatan je. ramai yang dah resign kerja tetap. tahniah. tapi kena berani hadapi cabaran. kena tahan sampai mati tau. tak boleh bertahan selama 1,2,5,10, 20 tahun tapi sepanjang hayat. sebab tu kena pilih syarikat yang kukuh dah terbukti bertahan lama.
kami yakin dengan pilihan anda. bertemu di puncak kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan