setiap orang berhak mencari kekayaan dan menjadi kaya. kaya bukan untuk berlagak. kaya bukan untuk menyombong diri. kaya bukan untuk derhaka kepada Allah. mencari kekayaan sebanyak-banyaknya dibolehkan. apa yang paling penting takwa kepada Allah. setiap jumaat, khatib ingatkan kita supaya bertakwa. tak ada pun pesanan jangan jadi kaya. tak ada pun sekatan dalam mencari rezeki. tapi sepanjang 10 tahun menjalani ramai yang kami jumpa "duit tak boleh bawa mati". "duit bukan boleh beli syurga". kami tahu anda juga bertemu dengan kata-kata seumpamanya.
beberapa sahabat nabi yang kaya raya, seperti Thalhah bin Ubaidilah, Abdurrahman bin Auf, Utsman bin Affan. mereka ini milionair. Ada lagi; Abu Bakar, Umar bin Khattab, Sa'ad bin Abi Waqqas, Khalid bin Walid, Amr bin Ash, serta banyak lagi sahabat yang termasuk dalam golongan orang berada. kalau mencari kekayaan itu tak bagus, kenapa mereka ni kaya.contohilah mereka. mereka ada yang dah dijamin syurga semasa hidup di dunia lagi. mereka lebih paham agama dari kita. berapa banyak pengorbanan untuk kembangkan agama.
tan sri syed mokhtar bin syed nor al-bukhary. salah orang terkaya di malaysia tapi banyak menyumbang kepada orang memerlukan menerusi yayasan al-bukhari. berapa banyak masjid-masjid yang didirikan. berapa banyak rumah anak-anak yatim yang dibantu. berapa banyak rumah orang tua yang dibantu. semasa saya mengajar dulu ada tiusyen yayasan al-bukhary percuma di seluruh negara. yayasan ni yang bayar gaji guru-guru yang mengajar. itu yang orang tahu, yang dia sumbang senyap-senyap.
cuba bayangkan kalau ada 10 orang yang sepertinya. betapa bertuah negara kita. jutawan lain pun ada yang memberi sumbangan sepertinya.mungkin kita tak tahu. jadi cari kekayaan dan jadi kaya tak salah. salah tu yang lupa pada Sang Pecipta.
kita buat mlm ni pun sama. nak ubah kehidupan diri, keluarga dan masyarakat. bukan untuk kita semata-mata. boleh bantu orang miskin, anay-anak yatim dan banyak lagi. tak boleh bagi banyak, sikit pun boleh. masa makan gaji, nak beri sumbangan pun susah. tapi bila buat mlm ni, tangan pun semakin ringan untuk bersedekah. dah berapa ramai yang dah merasai sumbangan warga Taipan. tak payah nak sebut-sebutkan kat sini tapi saya tahu itu semua.
"duit gaji dah cukup untuk besarkan anak-anak". ini cakap-cakap orang penting diri sendiri. kita cari duit untuk diri dan boleh membantu orang yang memerlukannya. bukan untuk makan pakai diri dan keluarga sahaja. ramai lagi yang menanti untuk dibantu. ibu-ibu tunggal yang terpaksa besarkan anak-anak.
bertemu di puncak kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan