Jom Follow

Rabu, 23 Jun 2010

buat sampai jadi1

walaupun dah petang, itu tak penting. yang penting semangat juang masih maksimum. lepas kerja ni, terus jumpa dengan prospek. sharing peluang yang hebat ini dengan seramai mungkin. semakin ramai kita kongsi, semakin hampir dengan kejayaan. orang tak nak, itu biasa. kita sharing dengan orang lain pulak. satu tak nak, sharing k2, k3 tak nak, sharing dengan prospek k4. k4 tak nak sharing dengan prospek k5. prospek k100 tak, jumpa prospek k101. prospek k1000 tak nak, jumpa prospek k10001. semangat sebeginilah yang mesti kita ada kalau mahu berjaya. prospek tolak, balik kaji kenapa, perbaiki mana yang kurang pada cite mp kita tu, ubah.sharing lagi, tak jadi, perbaiki lagi cara cakap mp, sharing lagi. kalau beginilah kita buat setiap kali penolakan berlaku. kita akan jadi pemenang jua suatu hari nanti.
kalau thomas edision tak teruskan ujikaji k1000 setelah tak berjaya pada ujian k999. mungkin dunia masih bergelap sampai sekarang. tengoklah anak-anak kita, berapa kali mereka jatuh semasa belajar berjalan. jatuh, bangun lagi, jatuh bangun lagi, sehinggalah tak jatuh lagi. kita sebagai mak bapa pun terus bagi dorongan. kalaulah mereka tak nak teruskan usaha. sampai bila-bila pun tak boleh berjalan. jatuh untuk jadi lebih kuat lepas tu. bukan nak memusnahkan harapan.
dalam kehidupan sekarang ni susah sikit nak jumpa orang bagi dorongan/inspirasi pada kenkawan yang berusaha nak berjaya. banyak yang dok menyata, banyak dok nak mampuskan semangat yang ada. bukan orang lain pun. orang dekat dengan kita je. pasangan, adik beradik dan sedara mara. kalau kita nak berjaya juga, jangan kisah dengan cakap-cakap orang tu.
orang suksess suka buat apa yang orang gagal tak suka buat. contohnya dalam mlm. orang suksess suka datang kelas, walaupun jauh. bagi orang gagal, jauh sikit dah tak pergi. orang suksess suka sharing dengan prospek, orang gagal jumpa 1,2 dah boring. orang suksess ada mentor, tapi orang gagal, mentor tu menyusahkan mereka.
orang suksess ada matlamat harian, hari-hari buat, buat, orang gagal buat ikut suka je. malas tak buat, rajin buat giler-giler. tapi banyak tak buat dari buat. duit nak banyak, kerja tak nak banyak. pelik-pelik,



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger