Jom Follow

Selasa, 8 Jun 2010

roadshow kota bahru3

cdm indawati bersama dsm wan sedang naik hely. takut-takut pun naik jugak.

sambungan semalam. roadshow kota bahru. semasa cdm muhamad razali bentangkan slotnya. kami ( beberapa cdm) lari sekejap gi ke pameran udara oleh ARG GLOBAL. Sempat naik hely. Sekali dengan pengambaran video untuk speaker diamond night nanti, iaitu cdm indawati. Idea spontan datang. nampak berjaya. pasti meletop malam tu. tiketnya rm 700, untuk 5 orang. sekali naik mesti 5 orang. tak pernah naik. teruja tengok suasana kota bahru dari udara. bukan lama pun, lebih kurang 5 minit je. tapi cukup sebagai pengalaman berharga. naik fligt tak sama dengan hely.

cdm muhamad razali bentangkan tajuk perang dalam meniaga. tajuk ini telah dibentangkan semasa roadshow di alor setar baru-baru ini. Telah saya ulas dalam catatan dulu-dulu. kali ini ada sedikit penambahan menjadi lebih menarik. mungkin roadshow di melaka kita akan cuba bawa juga ke sana. sat dok risau. cdm ni selalu je ada ilmu-ilmu baru yang dikongsi dengan rakan kongsinya. beruntung sesiapa yang berada di bawah bimbingan. sesiapa pun boleh korek ilmu dengannya. kalau berjumpa dekat-dekat dengannya, mungkin anda akan dapat sesuatu darinya untuk digunakan semasa menaja nanti. sikapnya kerja tanpa rasa penat dan bergerak dalam group. jarang bergerak sorang-sorang. lebih mudah closing katanya.

dari naik hely, kami gi pulak ke gelanggan seni. dok lama kat kelantan pun tak pernah sampai sini. teruja dengan bunyi gendang dan serunai. naik angin. ada yang menari ikut irama.


cdm kartini, cdm siti rohani dan cdm indawati sedng asyik palu gendang. tak sangka mereka ada bakat.
sempat bergambar dengan pemain gendang.

slot terakhir oleh cdm faridah. tayangan slide taipan pada 2005 dahulu. ada beberapa cdm sahaja. meeting group pun tak ramai sangat. masa tu masih buat kat stokis NG. cdm kartini, cdm faridah dan cdm juliani berpadu tenaga membina meniaga ini. bermula dengan group kecil-kecil. gi anugerah pun orang tak pandang pun. tengok sebelah mata je. tak ramai. gi melancong pun tumpang group-group lain. semasa seminar seberang laut, mc pun tak sebut pun group kita. tapi kita buat, buat, buat berterusan, segala cabaran luar kita tempuhi bersama. macam-macam orang kata. "dah mati meniaga," "dah kena buang hai-o," "nak ikut group kecil","group tak ada masa depan". "group penipu", " group tu, group tinggal orang', "taja-taja tinggal". banyak lagi kata-kata, sindiran, kutukan yang diterima. ramai juga prospek yang tak jadi masuk. kecewa? tak ada, kami terus buat,buat, buat, buat. Masa tu tempat mengadu kami ialah Allah dan cdm-cdm otai, terutamanya CDM Ah Hock dan CDM Zool. mereka ni tak jemu-jemu bagi semangat. " meniaga nak besar. cabaran mesti besar juga". inilah intipati slide taipan 5 tahun dulu.
leader yang ada masa tu dan masih ada sampai sekarang; cdm juliana, cdm siti rohani, cdm ku yah, cdm siti rozana, dan beberapa cdm lagi.


cdm ah hock dan cdm zool semasa melancong ke beijing awal tahun ini.

slide ke2, taipan sekarang. apa pencapainya?

cdm taipan pada 1/1/2010. perjuangan belum selesai. masih ramai lagi yang menanti untuk dijayakan. mesti bergerak dalam satu team baru boleh berjaya.

cdm dah bertambah. mencecah 80 orang, setiap bulan lahir cdm, melancong pun gi dengan group sendiri, taipan ada di seluruh negara. seminar setiap 4 bulan. sales dah cecah 10-15 juta sebulan. orang lain mula buka mata. apa strategi yang diguna pakai. boleh bina group dalam masa singkat. pengedar bawah taipan dapat income besar dalam masa yang cepat. kesepaduan taipan menjadi impian semua. bersama dan bersatu benar-benar dihayati oleh warganya. group yang ikut dan tak lawan pihak syarikat. majlis anugerah, ramai warga taipan yang hadir. sesetengah tempat lebih dari separuh warga taipan isi. tak kurang juga taipan menjadi idola sesetengah group lain. nak jadi macam taipan. kelas-kelas sentiasa penuh. buat kat mana sekali pun. sabah, sarawak, kedah, penang , kelantan.
salah satu program taipan. terlalu ramai sehingga ada yang duduk kat tangga. berdiri pun ramai juga. ini kelas oleh tuan haji hanim dan bili lim
di KL sendiri, kita telah adakan di hotel mines dah 4 tahun. sekarang masih lagi bertahan. ramai yang datang. tak berkurang pun.
slide k3, taipan 10 tahun akan datang. akan ada wisma sendiri, cdm pun akan bertambah sampai 1000 orang. tak boleh nak bayangkan, kalau hai-o bertahan 10 tahun lagi.
leader-leader taipan tak terpikir punn nak jadi sebesar ini. tak terpikir pun nak gah seperti hari ini. apa yang mereka tahu ialah buat,buat,buat dan buat. buat dan belajar. buat dengan sabar. buat dengan tekun. buat dengan kerajinan. buat dengan tabah. siapa sangka dulu, kecil kini berkembang menjadi sepohon pokok rendang, ramai yang boleh berteduh di bawahnya.
kalau peserta seminar hari itu dan anda bertahan untuk 5,6 tahun lagi. tak mustahil income anda jadi 6 angka. leader dah buktikan dengan buat dan bertahan mereka cipta kejayaan. kejayaan tak datang dengan bergolek. tak datang dengan sekelip mata. jangan lemah dengan cabaran. andainya lepas, kita amat berjaya.
dulu jual satu-satu pun boleh dapat income besar, kenapa dengan tt tak boleh? boleh. kena usaha lebih la. sekarang ni belum jadi. mungkin belum dapat skill lagi. bila dah dapat, meniaga akan meroket juga. jangan risau. hari-hari asah skill. hari-hari jumpa prospek.
slide seterusnya. orang berjaya berlatih hari-hari dan ada impian yang nak dicapai. buat pengorbanan. pengorbanan yang mereka buat tu, seolah-olah mustahil bagi sesetengah orang. dalam hidup ini tak ada luck. leader-leader keluar rumah semasa orang masih tidur dan balik rumah orang lain dah tidur. setiap minggu pergi kelas. hari-hari jumpa dengan prospek. beribu-ribu kilometer mereka bergerak. adakah ini luck? tidak. usaha tanpa kenal penat, membuatkan mereka berjaya. nak berjaya seperti mereka, mesti tiru usaha mereka.
orang berjaya mesti berani mencuba dan bertindak. mana ada orang menang pertandingan yang dia tak sertai. kena buat bersungguh-sungguh dan jangan buat sambil lewa sahaja. nak dapat income 5, 6 bukan mudah. buat dengan sepenuh hati. sedikit slot cdm faridah.
jumpa anda di puncak kejayaan.

cdm faridah ;sentiasa bergerak ke depan kalau mahu berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger