Jom Follow

Sabtu, 26 Jun 2010

matlamat2

pengorbanan yang nak dibuat. komitmen yang nak diberi. sebanyak mana ilmu yang perlu dimiliki. bergantung kepada sehebatmana matlamat diri. matlamat diri, keluarga dan negara. kalau nak ada simpanan rm 1 juta, pengorbanan mestilah berbeza kalau nak rm 200k sahaja. kalau nak simpanan rm 5 juta, kerjanya mesti berbeza dengan nak simpanan rm 500k. kalau nak rm 2k, 3k sebulan mestilah usahanya tak sama dengan nak dapat rm 10k sebulan. kalau buat full time, kerjanya mesti berbeza dengan orang buat part time. tak ada yang mustahil kalau buat usaha sungguh-sungguh dan berterusan. berfikir di luar kotak sikitla.

ramai yang nak lebih, tapi tak nak kerja lebih. ini masalahnya. dunia perniagaan adalah dunia yang tak ada had pendapatan. tapi ramai yang takut menceburinya. sesetengah pendapat menyatakan orang melayu tak ada budaya keusahawanan. budaya ni tak diajar disekolah dan dipusat pengajian tinggi. budaya ini mesti dipupuk dirumah, tapi tak ramai keluarga orang melayu yang menjadi peniaga. berbeza dengan orang lain.

ramai yang menjadi penggangur terhormat. tamat belajar tak ada kerja. tak tahu nak kerja apa lagi. sekarang ni dah masuk fasa mencipta kerja. bukan lagi dok harap makan gaji. cipta kerja dan cipta peluang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger