sedar tak sedar ramai orang berada di pulau impian. kat sini ramai penduduknya. suka dok bercite-cite masa depan mereka. nama pulau; 'pulau suatu hari'. alangkah seronoknya kalau suatu hari nanti aku, memiliki rumah mewah, ada 10 bilik. siap ada kolam renang. alangkah seronoknya kalau suatu hari nanti, setiap tahun boleh gi mengerjakan umrah bersama keluarga. alangkah seronoknya kalau suatu hari nanti, boleh memiliki apa yang teringin miliki. alangkah seronoknya kalau suatu hari nanti, boleh melancong seluruh dunia. alangkah kalau suatu hari nanti, boleh buat apa yang disukai sahaja, boleh pilih nak kerja atau tak kerja. alangkah seronoknya kalau suatu hari nanti, boleh membantu orang miskin, anak-anak yatim serta orang yang memerlukan tanpa had. alangkah seronoknya kalau suatu hari, memiliki berpuluh-puluh rumah kedai, beratus-ratus rumah sewa dan kilang-kilang, penghasilan dari situ sahaja cecah ratus ribu sebulan. alangkah seronoknya kalau suatu hari nanti, memiliki simpanan berjuta-juta dalam tabung haji.
nak capai ini, mesti belajar macamana nak buat duit. nak capai ini, kena buat berterusan. nak capai ini, mesti berguru dengan pakar. nak capai ini, kena baca buku-buku.
penduduknya terlalu suka pada 'alasan-alasan'. seperti; susah, banyak rintangan, tak ada masa.terlalu sibuk. anak nak periksa. tak ada orang mahu. malu, tak pandai cakap, kawan-kawan tak ada, mustahil boleh kaya dengan buat mlm. mana boleh kaya setakat jual penapis air tu, balik kerjo kena terus balik rumah, kelas jauh sangat, kalau dekat boleh gi, dan bla,bla,bla....bla.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan