Jom Follow

Isnin, 12 September 2011

Hari ini 2


Hari ini;
  1. Hantar anak ke USJ. Makan dulu kat Restoran Ubi Kayu.
  2. Menapak bersama menuju Pusat Tuisyen Kasturi, atas BSN. Marathon punya kelas hari ini. Tips terkini untuk hadapi UPSR selasa ini. Kelas bermula jam 10pm-6pm. Tapi terlajak sehingga jam 7pm. Semasa menapak sempat juga aku berpesan. Abang dilahirkan untuk jadi hebat. Abang dilahirkan dalam keluarga hebat. Abang layak jadi hebat. Bukti pertama, dapat 5A dalam UPSR. Kalau boleh, jangan pula jadi tekanan.
  3. Anak menuju pusat tuisyen. Aku menuju makbul. Habiskan sisa-sisa buku semalam. Peluang terbuka, tanpa gangguan. Dengan segelas kopi aku tamatkan juga pembacaan aku. 'Dendam'. Hasil tulisan Affifudin Omar. Buku ini lebih dari buku yang aku baca sehari sebelum itu. Walaupun kisahnya ada kesamaan tapi yang ini lebih menarik. Lebih syok dibaca. Dunia koperat yang penuh muslihat. Siapa cepat dia jadi juara.
  4. Habis buku. Nak ke Stokis Ng. Terjumpa pula dengan Dsm Ag. Sambung lepak, sambil layan ragbi piala dunia. Australia vs Itali.
  5. Solat Zuhur kat Masjid al-falah.
  6. Balik rumah. Rehat2.
  7. Ke bukit jalil. tengok pameran kereta valkswagen.
  8. Layan anak-anak...
  9. tidur dengan lenanya. harapkan mimpi inda menjelma.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger