Jom Follow

Jumaat, 16 September 2011

Ziarah Raya Cdm Hanim

Sahabat Blog.

Lepas Isyak.
Bertolak ke Denai Alam.
Ziarah raya rumah rakan niaga.
Cdm Wan Nor Hanim bt Wan Taha.
Cdm Hanim + Cdm Shahril.
Masing-masing happy. Dapat makan free. Ada meehun. Mee goreng. dan lain-lain lagi. Semuanya menyelerakan. Selain acara makan-malan, acara sembang-sembang juga rancak. Melompat dari 1 topik ke 1 topik. Kalau tak diajak balik, wow! jam 12 belum tentu angkat punggung.
Cdm Aida. Sopan je melantak. Tak kan sikit je. Aiman dok tunggu apa lagi tu. Serbu. Terjah. Apa yang menarik. Apa yang mahu.
Ambil. Tambah. Habiskan. Akan ditambah. Masih banyak lagi kat dapur. Penuhkan tembolok masing-maing sebelum blah. Esok lain punya cerita.
Cdm Lin bersama suami. Ceria dan gembira. Meniaga sedang naik, macam matahari pagi. Sedang ke atas.
Lelaki idaman Malaya. Atas tangga juga jadi pilihan. Macam-macam cite juga. 1 topik ke 1 topik. Topiknya mungkin berbeza dengan orang perempuan. Topiknya lebih ganas. Aku pun tak tahu. Nak tahu boleh tanya mereka. Pasal demam tak kebah, pasal wife tunggu hari, pasal maid lari dan macam-macam lagi. Kelantan tewas pun terkeluar.
Kenny pun datang. Tak pernah miss. Jemput mesti datang.
Wow! Penuh meja. Makan dan tambah. Hujan pun berhenti. Inikan pulak makan. hi!hi!hi! esok pakat-pakat diet. Esok raya lagi. Ada yang sampai 4,5 jemputan. Aku juga yang tak ada. Boleh rehat. Kaki pulak sedang sakit. Akibat salah makan. Hati lembu yang aku belasah. Inilah akibatnya.
Pemilik blog http://hadi181.blogspot.com/. Seronok katanya. Bila isterinya dah berhenti kerja. Pendapatan dari kerja dan berniaga bersama akademi taipan181 dah boleh menampung hidup. Buat apa dua-dua kerja. Tambah kemahiran dan kerja dari rumah. Lagi senang. Opis dalam rumah sendiri.
Lebih kurang jam 10 malam kami berangkat balik.
Mata dah mengantuk.
Dah kenyang.
Tapi silap juga, belasah buah tembikar banyak sangat.
gula naik....

Terima kasih kepada tuan rumah.
sudi jemput kami...
jangan lupa 25/9/2011 datang beraya rumah kami pulak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger