Jom Follow

Rabu, 21 September 2011

Ziarah Johor Bahru.

Sahabat Blog.

kisahnya esok aku akan catat.
dah penat sangat.
perlu tidur..
otak pun tak berapa betul.

ok. dah pagi. dah boleh menulis.
terima kasih kerana menunggu.
(macam bagus sampai ada yang menunggu-perasanla tu)
tunggu ke, tak tunggu ke. apa aku kisah.
blog ni, blog aku.  apa aku tulis. aku punya suka.
aku punya cite. aku punya tanga yang dok menari-nari.
tak susahkan orang lain. kalau ada yang sudi baca.
syukur. yang tak sudi.nak buat cam mana. hi!hi!hi!

semalam. selasa.
aku dan isteri, cdm kartini.
bergerak arah selatan. menuju JB.
dah lama tak ke sana.
ziarah kak ipar dan temui sahabat isteri.

ziarah raya. sambil cari sinar.
tambah rakan niaga. tambah duit masyuk.
nak tampung kos2 hidup sentiasa melambung.
macam roket naik. kalau tak buat sesuatu...(takut nak sambung).

jam 8.45 pagi. dah gerak ke sana.
walaupun 50-50. gi ke tak gi.
appt dah cancel kat sini. dok melangut kalau tak gi.
so, keputusannya gi juga.
macam biasa. guna highway plus.
tak banyak keta. cepat je sampai. tolnya cecah RM40, sehala.
tak apa asalkan cepat sampai. cepat jumpa kawan.

Plaza angsana, hentian 1.
cari teman. cari buku...


orang ni aku jumpa. kenal? ppije. sahabat lama. kerja di dbp, wilayah selatan. penolong pustakawan. baru kerja, tapi mahir dengan tugasan. belajar pun pasal tu. senang la kerjanya. gile 'keris'. macam2 hal tahu pasal keris. sekarang ni buat part time, ukir ulu keris.

hentian ke 2. ziarah kak ipar dan anak buah serta cucu sedara. baru bersalin. masih dalam pantang. hadiahkan maharani. utk lebih sihat dan bertenaga. sesuai sangat makan lepas bersalin. mereka tinggal di Taman Puteri Wangsa.
mee rebus. santapan tenghahari ketika hujan mencurah-curah bumi jb. sedap. penuh pelanggan. kena beratur.

Ni pulak kat pagoh. ketika balik kl. rehat dan solat kat sini. dah berubah sakan. macam2 kemudahan ada. tempat makan cantik. gerai2nya bagus.
satu tempat wajib, setiap kali aku jejak bumi jb. kedai buku badan. suasana kedai buku. banyak pilihan. semua ada. semalam aku hanya cari novel keluaran dbp. entah kenapa 2 bulan kebelakangan ini aku asyik baca novel. buku2 lain ketepi dulu.
sempat kongsi biz.
nak ke tak nak.
itu soal lain. asalkan kongsi peluang.
bertolak dari taman puteri wangsa.
jam 5 lebih...

syukur. perjalanan semalam selamat.
misi berjaya. cuma belum 100%.
kami dah usaha dan buat yang terbaik.
mana tahu, jb berikan sinar buat kami.
beri harapan untuk terus kembangkan biz ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger