Jom Follow

Isnin, 19 September 2011

Merapu senin


  1. jam 7.05 pagi. Pagi2 dah ke Shah Alam. Seksyen 10. Cari makan. Isi perut. Restoran Hartinie. macam-macam ada. larat dgn tak larat je nak melantak. Orang Shah Alam, dah biasa kat sini kot. Semalam kuih-muih kurang kick...kenapa????
  2. 9.00pagi. sampai rumah. apa lagi. sambung tidur dulu. hi!hi!hi! appt belum ada lagi. Syoknya bila masa kerja, kita yang tentukan. bila nak mula kerja. bila nak balik rumah. tak nak kerja 1 hari pun boleh. nak rehat2 pun ok. kerja sambil jalan2. wow! best giler.
  3. 12 tengah hari. bangun. wow! lamanya aku tidur. ingatkan jam 10 pagi aku akan bangun dan mulakan langkah hari ini. apa lagi. tunggu wife masak. makan tengahari. kena ikan singgam. ikan rebus goreng. sambal tempoyak. wow! sedap giler. banyak sungguh melantak. ada pula kacang miun(bendi celur). sukar nak berhenti. mulut nak, perut dah penuh. hi!hi!hi!
  4. 2.30 petang. gerak ke Subang Parade. ada jumpa prospek. cari prospek. aku happy sakan. ada masa utk aku habiskan buku yang dah beberapa hari belum habis. dok sorang-sorang sambil baca buku satu nikmat yang hebat. aku terserempak dgn pasangan dok ralit berasmara dalam keta, di tempat parking. pok guard yang gi tegur. lepas tu mereka blah. carila tempat lain....
  5. 5.30 petang. balik rumah. ddm syukri, dsm wawa dan ssm najib datang rumah. apa lagi. sembang pasal meniaga. pasal meniaga pasca seminar. berlumba-lumba appt. tak sempat nak sembang sesama mereka. sibuk. appt penuh. hinggakan nak update blog pun tak sempat. fb pun tak leh tengok. sibuk. cepat. kalut. penangan seminar punya pasal. i!hi!hi!hharap semuanya jadi.
  6. 7.50 petang. gi ioi. hasrat nak jumpa prospek. cuti pulak hari ini. aku cari buku. anak aku cari jam. wife temankan anak-anak. masing2 happy dapat jam. nak tambah koleksi jam.
  7. 9.40 petang. taipan corner. makan2. isi perut. lapar kan tak boleh tidur pulak. nasi goreng kerabu. kang kong goreng belacan, telur dadar menjadi pilihan. kadang2 tak tahu apa nak makan. semuanya dah selalu sangat. tak makan, lapar pulak. Terima kasih abg jenal dan kak ana. tokey merangkap tukang masak sekali. sedap. capai standard. pelanggang pun ramai. semakin bertambah. masyuk pun meningkat.
  8. 12 malam. kena tidur. esok nak ke johor bahru pulak. apa lagi berniaga..kena kerja selagi ada masa. ketika sihat tubuh badan....kat plaza angsana...ada kedai buku Badang. insyaalah pergi esok. mana tahu ada buku yang aku bekenan..
Koleksi terbaru. Majalah Jutawan dan novel 'gadis-gadis kota riyadh.' Novel tu novel translate dari bahasa arab. keluaran syarikat penerbitan zaid ibrahim. novel2 keluarannya seringkali tak mengecewakan. puas hati baca. lain dari yang lain. selasa aku akan memulakan pejelajahan aku dengan buku tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger