Jom Follow

Jumaat, 9 September 2011

Aku Hari Ini..


  1. Precint 16. Sarapan kat situ. dah lama tak ke sana. Nasi belauk.
  2. Ke Jabatan Pendaftaran Negara. Ambil i/c anak. Semalam gi buat. Tak siap.
  3. Ke Taman Desa Ramal. Ziarah rakan niaga. kongsi semangat. transfer ghairah meniaga. rugi besar kalau bertangguh untuk memulakan langkah gemilang. Dah mula, tapi kalau boleh cepat, kenapa pilih slow.  
  4. Balik Taman Bukit Kinrara.
  5. Tidur....hi!hi!hi! Tidur lewat semalam. Sampai dari Safira Club jam 4 pagi.
  6. Ke Subang Parade. Jumpa prospek. kongsi peluang tambah duit, sejajar dengan peningkatan kos kehidupan. positif. kena terima hakikat. gaji yang diperolehi, terlalu jauh nak capai kehidupan yang selesa. Tawaran yang dikongsi, datang sesuai dengan masanya. lepas raya. lepas berhabis duit. aku ziarah kedai buku, MPH dan melantaknya di restoran nando's. selalulah lagu ni, lagi cepat habis aku punya koleksi buku.
  7. Balik Taman Bukit Kinrara. Solat maghrib. Bertemu dengan anak-anak. Bermesra dengan anak-anak. Beri inspirasi buat anak-anak, jadi manusia yang terbaik.  Mesti punyai cita-cita hebat. sanggup melakukan pengorbanan yang setara dengan cita-cita. Tak boleh nak lebih, buat kurang.
  8. Ke Puchong Prima, ambil anak buah sampai dari Kelantan.
  9. Ke Seksyen 7, Bangi. Restoran Syarifah. Jumpa rakan niaga. Sempat aku baca buku.
  10. Melantak Satay Willi. Best. Sedap. Hanya satay ayam. Daging kena kurang. kesihatan kena jaga. nak sihat lama. nak bertenaga lebih lama.
  11. Balik ke Taman Bukit Kinrara. Pekena laktolite. Layari youtube. Isu Mat Indra. Satu yang menarik. satu yang seharusnya menjadi santapan rakyat malaysia yang mencintai negaranya. lebih tahu pasal sejarah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger