Jom Follow

Jumaat, 1 Februari 2013

Ulang Tahun ke-15 Di Laman Grill.

Hari ini 1/2/2013.
Hari Ulangtahun perkahwinan kami ke-15.
Syukur pada Ilahi. Kami sentiasa doakan ikatan ini kekal sepanjang hayat.
Janganlah ada ujian-ujian berat yang boleh menggugat ikatan terbina kukuh ini.
Sikit-sikit tu biasa. Lengkap melengkapi. Mana ada orang sempuna dalam dunia.

Sekejap je masa berlalu. Indahnya hidup berdua dan dikurnikan zuriat yang sihat lagi sempurna.

Awal-awal dulu, CDM Kartini jadi guru aku sambung belajar.
Lepas tu dua-dua jadi guru.
Lepas tu lagi, seorang berhenti dan seorang lagi masih seorang guru.
Kini dua-dua dah tak jadi guru.
Walaupun dah tak jadi guru, tapi masih macam guru.
Fungsi guru masih kami bawa sehingga sekarang.
Anak murid serata tempat. Berguru/bertanya bila perlu sahaja. Tak perlu hari-hari.
Tak perlu berdepan sahaja. Melalui fb, blog, sms dan telepon.

Beberapa foto ini. Semalam punya tau. Laman Grill.
G33, Blok 5, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, Shah Alam.
Pilih menu tersohor kat sini. Menu, paling ramai yang pilih.
Dah sampai. Taklah lama sangat.
Tengok ini pun dah meleleh air liur. Kami dah berkira-kira nak datang sini lagi.
Tak cukup satu, tambah lagi la...

Kami bersama Chef Zubir. Tuan punyanya. Mudah mesra. Kalau datang hujung minggu boleh jumpanya. Hujung minggu, kena booking dulu. Takut bila sampai sana dah penuh. Tak ada kosong. Masa aku sembang dengan stafnya. Laman grill, dapat sambutan hangat. Dah 2 tahun, gagah kat sini. Tahun ke-2, biznya makin ok.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger